Halaman

Selasa, 8 April 2014

Hujan mencurah, air paip masih tiada.


Paip mogok
walaupun beberapa hari lalu hujan timpa bumi
Ramai juga orang bersungut, hujan yang turun pun tidak "kena" pada perhatian meraka. Sungguhpun hujan mencurah-curah di Kuala Lumpur dan Selangor seputar dua minggu lalu, namun sebaik memulas kepala paip, air masih mogok daripada meleleh. Hujan yang turun dengan galaknya berlaku di kawasan kediaman dan di tengah-tengah bandar. Sedangkan di empangan, hujan yang turun tidak mencukupi untuk menokok takah keluar daripada sukatan krtikal.

Meingkut laporan Bluetine Utama tv3, Berita TV1, NTV7 dan Al -Hijrah melaporkan, paras air di empangan masih berada pada takat kritikal. Perkara ini telah diumumkan dua hari lalu dan kerajaan mengambil langkah pencatuan air peringkat keempat.

Ini bermaksud SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara) telah meluluskan pelebaran liputan kawasan catuan air. Kali ini akan mengakibatkan lebih ramai pengguna, dijangkakan seramai 3 juta orang akan terjejas.

Justeru, memberikan pengajaran bahawa hujan milik Allah, air juga milik Allah, maka teruskan berdoa, beristigfar dan sempurnakan solat. Harus mendirikan solat hajat sebagaimana kesungguhkan kita mendirikan solat hajat untuk MH370.

Sebagaimana sirah Nabi Musa a.s yang didatangi kaumnya kerana menghadapi kemarau berpanjangan. Mereka meminta Nabi Musa berdialog dengan Allah minta diturunkan hujan.

Nabi Musa a.s yang memiliki mukjizat bercakap secara langsung dengan Allah SWT telah menyampaikan hasrat mereka itu. Allah SWT telah bersetuju untuk memenuhi permintaan mereka tetapi syarat telah ditetapkan bahawa salah seroang dalam kalangan kaum itu yang sering melakukan dosa dan kaki maksiat. Allah SWT mahu orang tersebut dihalau keluar dari daerah itu.

Nabi Musa a.s kembali kepada kaumnya lalu menyeru agar orang dimaksudkan Allah SWT tersebut keluar dari masyarakatnya. Walhal ketika itu Nabi Musa a.s. sendiri pun tidak mengetahui siapakah dalam kalangan kaumnya itu kaki maksiat.

Selama tiga hari Nabi Musa a.s menyeru dan tiada siapa pun dalam kalangan mereka yang mengaku atau melarikan diri. Hujan masih juga tidak turun sesuai dengan janji Allah Yang Maha Benar.

Sehinggalah genap tiga hari, keesokan harinya hujan pun turun hingga mencukupi keperluan penduduk setempat. Lalu Nabi Musa a.s berasa pelik, sedangkan tiada siapa dalam kalangan kaumnya itu yang keluar dengan senyap2 atau mengaku dia seorang pemaksiat. Sesungguhnya Maha Suci Allah tidak pernah memungkiri janji.

Lalu Nabi Musa a.s berdialog dengan Allah SWT hendak mencari jawapan. Allah SWT berfirman bahawa sesungguhnya pada malam hari ketiga itu hamba yang dmaksudkan berasa bersalah dan malu. Lalu dia telah pun memohon ampun dan taubatnya diterima Allah SWT. Maka dengan ini tiada lagi dalam kalangan kaum Nabi Musa iyang kaki maksiat, Sesuai dengan janji Allah SWT, mereka pun dilimpahi rahmati Allah SWT dengan diberikan keselamatan, perlindungan dan hujan pun turun membasahi bumi.

Demikianlah sifat pemurah Allah SWT. Sesungguhnya perancangan Allah SWT amat sempurna hendak menyelamatkan hamba-hamba-Nya yang terpilih. Justeru, untuk mendapat rahmat Allah SWT dan pertolongan dari-Nya, bertaubatlah dan berdoalah kepada Allah SWT. Kemudian bersabarlah menantikan pertolongan Allah. Sesungguhnya orang-orang bersabar itu terlalu hampir dengan Allah SWT.

Moga-moga kita terkeluar daripada masalah ini.

11 ulasan:

  1. Hujan lebat tetapi air masih dicatu.

    BalasPadam
  2. Errr.. tiba-tiba ilham tercetus, gara2 menonton tv al-hijrah. heheheh

    BalasPadam
  3. semalam sempat menjengah Empangan Batu, water reservoir untuk daerah Gombak. Memang airnya toho dan jauh ke bawah. Ini akibat kemarau.

    Lagipun KL dan Selangor sudah mengalami 4 bulan kemarau, jadinya memerlukan masa juga untuk empangan pulih seperti sediakala dengan tahap hujan yang ada sekarang iaitu hampit tiap-tiap petang hujan. Alhamdulilah.

    Hehehe..

    BalasPadam
  4. kami ni duduk dalam kawasan empangan... kawasan tadahan air
    hujan setiap hari
    tapi tetap kena catu...


    lainlah orang yang duduk jauh dari kawasan mcm kami ni..huhuhuhu

    BalasPadam
  5. Err,.. kak Kujie masih ada alternatif yang hebat. Pergi belakang rumah berhampiran Sungai Serendah, boleh ceduk air di situ dan membasuh pakaian.

    Kami di KD terpaksa cebuk guna air mineral. uhuk!

    BalasPadam
  6. terasa benar ketiadaan air jika ada baby..
    kalau yg dah besar boleh cari port lain..

    BalasPadam
  7. Terpaksalah gunakan air mineral,.. huhuhu

    BalasPadam
  8. nampaknya xtvt mlm jumaat kena ditangguhkan...

    BalasPadam
  9. kat rumah pun xda air ni
    catu berjadual 2 hari buka 2 hari
    tp rumah apartment buka 2 jam shaja pada hari ada air kerana xsempat nak pam ke tangki utama dah abis :(

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini