Halaman

Khamis, 10 April 2014

Avanza 1.5 jimat minyak. Dari Kuala Lumpur ke Kuantan cuma RM20.00

Deretan kenderaan di atas aspal Jalan Mersing-Kluang dari Kahang

Reeza merungut, "Preve kuat makan minyak. Isian penuh sudah RM100++. Dari KL ke Kuantan dengan kelajuan standard dalam RM40.00."

"Oklah tu. Preve berkapasiti 1.6cc. Kalau hendak dibandingkan Vios aku yang 1.5cc. Dari KL ke Kuantan cuma separuh tangki, lebih kurang RM30.00++," jelas Tharuma.

Lalu saya mencelah, "Betul tu. Memang padan dengan keupayaan Preve yang laju dan hebat. Aku pernah pakai Avanza 1.5. Enjin sama macam Vios juga. Avanza lagi jimat. Dari KL ke Kuantan tak sampai pun RM20.00. Cuma luak sedikit aje."

"Biar betul! Jimatnya. Mengalahkan Kancil ni." terbeliak biji mata Reeza.

"Kau buat macam mana ek?" Tharuma tidak percaya.

"Oh, kalau tak silap aku, masa tu aku baru tuang minyak di Bangsar. Kereta pulak kosong, aku seorang memandu. Lepas tol Gombak tu, aku berhenti sebab terpaksa telefon tow-truck. Jadinya, minyak aku tak luak banyak pun, cuma kena bayar RM350.00 untuk tarik Avanza tu sampai Kuantan"

Tiba-tiba bunyi guruh berdentum di luar tingkap dan hujan membingitkan telinga dalam pantry di pejabat ini. Sesekali disulami bunyi gerutu dari rakan saya itu.

Jalan Mesing-Kluang dari Kahang

Ilham 

7 ulasan:

  1. hoho..jawapan tu mmg bisa bikin panas...hahaha

    vios mmg jimat..travel kl-penang boleh dpat dalam RM30-Rm40 sehala

    BalasPadam
  2. Errkk.. baru kawe mahu shortlist Avanza tadi.. adehhh..

    BalasPadam
  3. hahaha
    mmg terkena rakan2 pejabat bro

    BalasPadam
  4. Aduhai, baru hendak letakkan Avanza didalam senarai. :-)

    BalasPadam
  5. Saya pakai keta Malaysia je tapi hebat jugak. Aritu saya potong dkt 30 biji kereta dan 3 biji treler dalam masa tak sampai 1 minit walaupun semua kenderaan tu bergerak dalam kelajuan maksimum kat highway

    BalasPadam
  6. Haha, ingatkan bunyi guruh tu nak petir orang yang guna Avanza 1.5 tu. :D

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini