Foyer Kolej Kendiaman Kinabalu, tempat kami melepak dan memekak ramai-ramai. |
Melangkah perlahan-lahan mendapatkan tempat duduk di foyer Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya. Mata tertancap ke arah langit yang hitam di bayangi bulan purnama. Bulan mengambang penuh, ibarat sinar lampu alam. Di sekeliling bulan itu dipagari bintang-bintang. Tidak henti-henti bintang berkelip-kelip. Kehadiran bulan terang malam ini menambah seri malam. Sesekali terdengar bersahut-sahutan suara burung pungguk merindukan bulan. Sayup-sayup burung tukang memuji keindahan malam itu.
Maza mengamati setiap deti-detik itu tanpa mempedulikan sekeliling. Terasa damainya sampai jauh ke segala pelusuk jiwa dan hati sanubari. Jam ini jugalah terimbau kenangan-kenangan indah di waktu zaman remaja. Lagu Malam Bulan Dipagar Bintang (P. Ramlee) berkumandang. Maza melentok-lentok melayani melodi itu. Setiap bait-bait lagu begitu tekun dihayati. Meniti di ulas bibir.
MALAM BULAN DIPAGAR BINTANG
Malam bulan dipagar bintang
Makin indah jika dipandang
Bagai gadis beri senyuman
Pada bujang idaman
.
Belai kasih ingin dimanja
Dengan cumbuan mesra
Untuk pelipur lara
Penawar dik asmara
Makin indah jika dipandang
Bagai gadis beri senyuman
Pada bujang idaman
.
Belai kasih ingin dimanja
Dengan cumbuan mesra
Untuk pelipur lara
Penawar dik asmara
Mm .... mm .... mm .... mm ...
.
Malam bulan dipagar bintang
Tambah seri cuaca malam
Murni sungguh ciptaan Tuhan
Bulan bintang lampu alam
.
Andai kata bintang menyepi
Bulan tidak berseri
Malam menjadi sunyi
Tidak berseri lagi
.
Malam bulan dipagar bintang
Tambah seri cuaca malam
Murni sungguh ciptaan Tuhan
Bulan bintang lampu alam
.
Andai kata bintang menyepi
Bulan tidak berseri
Malam menjadi sunyi
Tidak berseri lagi
(Lagu P. Ramlee)
Dalam diam-diam seorang demi seorang menyelusup mendapatkan maza. Mereka juga menyorot mata ke arah dada langit. Mulut melopong luas. Maza dikelilingi kekasih. Ya, sebetulnya maza ada ramai kekasih. Ada kekasih bersiri, kekasih gelap dan tidak kurang juga kekasih belang-belang.
Melati, Suganti, Priya, Asya, Mitchel, adalah kekasih gelap maza.
Manakala kekasih cerah pula Siti Rahayu (Koyu), Sazlin Alias, Nik Roshida (Koda), K-Jue (Julia Hidayu), Cher, Clair Lim, Maliniah Lasius.
Kekasih belang-belang seperti Nor Azma Abu Bakar (Koma), Norhasnita Abu Hassan (Nita), Napisah Yaakob (Tipah), Fatt (Fauziah Md Said).
Antara teman setia menanti di sini menunggu ialah Fidah (Faridah Abdul Rashid), Haryaddy bin Maidin (Ady), Rozlan Mohamed Nor (Mat Lan), Shamsul Musa, Fauziah Salehuddin, Nora, Nurul Huda Abdul Muthalib, Nazaewana Sustrawanyahyasawik, Ramli Mosmin, Abdul Karim Saman, Seri.
Nama-nama yang disebutkan ini hanya sebahagian sahaja. Stok geli-geli tidak termasuk lagi.
Di sisi maza ada sebuah gitar, gitar Kapuk. Maza mengambil dan memeluknya erat. Mata tekun menumpukan keindahan alam.
"Abang tengok apa tu?" tanya Tengku Anne sambil duduk bersila berhampiran maza. Dia turut memandang ke arah langit.
Gelagat gila-gila remaja |
"Tu . . . ♪♫♪ hmm, hmm, hmm . . . aaa, aaa, aaa . . . . (♪♫♪)" jawab maza ringkas sambil melagukan melodi Malam Bulan Dipagar Bintang. Hanya muncung bibir sebagai tanda penunjuk arah.
Kekasih-kekasih yang lain semuanya memadang antara satu sama lain. Ada yang menggaru kepala. Tidak kurang juga menjingkitkan bahu.
Perlahan-lahan Riduan Arof, Shamsul Musa menyelinap
mengambil tempat duduk di celah-celah manusia yang semakin ramai
berkumpul di foyer itu.
Siti Rahayu pun bersuara, "Apa lagi bang, mainkanlah satu lagu. Alang-alang di tangan sudah ada gitar."
Maza tersentak. Segala melodi yang mendayu-dayu terhenti. Lagu yang mengkhayalkan itu pupus. Lenyap bagaikan direntap. Mimpi itu sudah berakhir, tersekat serta merta bagaikan sedang membawa kereta formula one lalu terpaksa berhenti serta-merta.
Sambil tersenyum kambing, maza meraba gitar dalam dakapan. Kemudian dengan selamba dan tersipu-sipu maza meletakkannya di sisi. "Err . . . agaknya korang tadi tak menyanyi sama ek? Abang ingatkan korang sama-sama menyanyi tadi. Ihik! Errr . . . manalah abang tahu main gitar. Ini gitar siapa ni?"
"Ramli punya. Dia tinggalkan kat sini kejap. Kami semua baru sampai bang. Kita orang tengok, abang meliang-liuk, terkumat kamit sendirian sambil tengok langit. Mujur juga abang tak tersampuk."
"Lah ya ke? Kenapa tak beritahu awal-awal," cubaan menggunakan ayat 'cover line'. Mudah-mudahan tidak terkantoi yang maza sedang mengelamun dan berkhayal sendirian tadi.
Memegang watak robot untuk sketsa boria di pertandingan Festival Seni., UM. Penonton ketika ini dianggarkan melebihi 10 ribu orang di Dewan Tuanku Chanselor, UM |
Ahaks, alkisah lantun-lantun
rindu nk lepak kat foyer lg.. :)
BalasPadamZaman bermusafir mencari ilmu utk berjihad pada masa depan demi generasi mendatang..a page in my history....
BalasPadamerrr... kat rumah abang di KD ada foyer.. amacam?
BalasPadamJemputlah datang rumah..
wakakakaka
Terkenang-kenanglah pula bro Maza nih. :-)
BalasPadamHehehe...
BalasPadamtetiba fikirannya melantun-lantun gitew.. ahaks
mesti jadi jejaka rebutan si dara ni...
BalasPadamKenangan lalu mengusik jiwa...Kolej ke8 sudah panjat2 bukit.(2X).. memanjat bukit di hulu UM. Lagu tu kami tujukan kpd penghuni 8RC masa haluansiswa...jgn mare ye...heheheh..
BalasPadamAda muka-muka tu mcm kawe kenal jer. Tapi kawe tak lama kat Eight College sobab pindah ke Apartment Vista utk second year. Tak leh duduk kolej ehhh.. banyak peraturan dan kena share TV he he.. :D Kawe belajar law tapi diri outlaw.. mmg susah duduk 8th dulu!
BalasPadamTapi selalu dtg juga sbb menabur bakti kepada 8th sebagai pemain hoki dan badminton import sehingga 3rd year. Final year kawe sibuk bercinta, so dah tak de masa utk 8th College lagi he he
Tapi mmg tak ingat lah muka Maza.. sori ooo...
Kenangan terindah kat 8th College..hmmm hmmm...hmmmm...
ni yang buat aku rasa macam nak belajar balik ni
BalasPadamseronok lepak2 tengok bintang malam