Lembayung pohon palma (sawit) |
Dahulu di zaman saya cuma ada SRP.
Tidak lepas SRP bermakna tamatlah sudah alam persekolahan. Ada dua kemungkinan, pertama akan menjadi pewaris kerja emak (menoreh getah dan pesawah) atau menjadi soja (soldier/askar).
Oleh sebab saya bukanlah atlet cemerlang hendak menjawat jawatan soja, juga tidaklah berstamina hebat seperti emak menyembah pokok getah sesubuh hari, maka saya memaksa diri untuk melepasi SRP.
Saat menghadapi SRP, terasa nafas tercungap-cungap juga. Berdebar-debar tidak sudah-sudah dari hari pertama memegang pen di dawan peperiksaan sehinggalah diumumkan keputusan peperiksaan.
Di waktu senggang menantikan keputusan SRP, saya mengacu-acukan diri dengan melakukan bermacam-macam kerja kebun dan kampung. Emak kata, ini sebagai terapi jiwa dan persediaan kalau-kalau kandas dalam SRP.

Sara Diri: Kerja rutin di Kampung Sri Lukut, Kahang |
Mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu selalu menjerut leher saya. Bikin sesak.
Masakan tidak, gagal salah satu mata pelajaran tersebut, walaupun subjek lain skor begitu cemerlang, keputusan SRP tetap dikira gagal. Jika bernasib baik, boleh mengulang semula dengan terus kekal di tingkatan tiga itu. Kalau nasib malang, mulalah gerakan mencari pekerjaan hendak menyara diri sendiri, uhuk!
Setelah mendapat keputusan, barulah dapat menguntum senyuman lebar-lebar. Terasa semuanya lega. Selamat, alhamdulilah!
Malam ini tiba-tiba teringatkan arwah Norisam (pelajar dari Felda Nitar), pesaing rapat dan regu saya ketika di sekolah menengah rendah. Beliau tidak dapat meneruskan pengajian disebabkan serangan demam panas yang hebat beberapa bulan sebelum SRP. Hebatnya demam yang dialaminya menyebabkan fikiran dan emosi arwah sering terganggu. Dengar khabar dari angin lalu, hal ini mempunyai kaitan juga dengan tekanan SRP. Akhirnya beliau kandas dengan tidak sempat menduduki SRP.
Selang setahun kami meraikan kejayaan SRP itu, kami dikejutkan dengan berita pemergian beliau ke alam baka. Kemalangan itu meragut nyawa Norisam bin Meskam (Al Fatihah).
Ladang sawit di Kampung Murni Jaya, Layang-layang, Kluang, Johor |
Berbeza hari ini, PMR bukan lagi berfungsi sebagai jerangkap; penapis akademik.
PMR sekadar ukuran prestasi pembelajaran sebelum melangkah ke SPM. Syukurlah, SRP/PMR bukan lagi sebuah bebanan yang berat seperti adanya batu di kepala.
Hari ini PMR sekadar penentu jurusan akademik sahaja dan tidak dijadikan ukuran penamat kerjaya sebagai pelajar sekolah.
Zaman ini SPM merupakan tempat pertarungan sebenar antara maju atau kantol sekerat jalan di dalam dunia akademik.
~ Jadi, usah khuatir pada pejuang-pejuang PMR, terus hayunkan langkahmu walaupun keputusannya tidak seberapa molek. Sedarlah, kejayaan hakiki sedang menantimu dan melambai-lambai di hadapan. Apa yang penting ialah teruskan berusaha cekal. Kayuh tetap kayuh! . . . Kepada mereka yang berjaya dengan cemerlang, diucapkan tahniah, teruskan momentum itu. Jangan benarkannya berjeda (terhenti). ~
Nostalgia gitew-gitew
Dulu-dulu ada SRP sudah boleh masuk Polis / Askar! :D
BalasPadamSemasa tunggu keputusan SRP saya tanam kacam Botor jual dipasar. :-)
BalasPadambila tidak bertindak sebagai penapis, lihatlah kualiti pelajar SPM sekarang..
BalasPadamSerius nada kali ni ehhh :D Apa-apa pun zaman berubah kan Maza? Rasanya pencapaian akademik makin lama, makin kurang nilainya dan yang penting di zaman akan datang adalah 'kemahiran hidup' utk survive dalam zaman yg makin mencabar ni.Sorang sijil sana sini pun tak dapat apa-apa kalau tak der kerja yg kita mahu buat (bukan tak der langsung ehhh).... Kdg2 kawe rasa nak biar aje budak2 agar tak masuk IPT sbb bahayanya bila keluar IPT nanti ialah expectation yg tinggi bila time cari kerja. Then again.. tu pendapat jer ..
BalasPadambudak2 sekarang ni nampak macam hanyut je
BalasPadam[bukan semua]
tak tahu kat mana silap
mak ayah sekolah atau sistem
Bungkus PMR pun, peluang belajar masih terbuka. Banyak kolej vokasional menawarkan pendidikan peringkat sijil. Tak payah ambik SPM dah. Kalau berjaya boleh sambung politeknik atau ILP. Kalau gagal, boleh terus kerja
BalasPadam