Halaman

Rabu, 11 Disember 2013

Dinginnya Malam Itu

Aqlan Sholehin: Lena bersama hanyutnya kerinduan mendalam

Seorang anak berusia 3 tahun, di rumah anak-anak yatim telah melukis sebuah lukisan besar menggunakan kapur tulis di atas lantai bersebelahan katilnya. Setelah siap, dia berbaring merengkuk menghadap lukisan tersebut.

Malam semakin larut, dingin menggigit sepelusuk sendi. Di luar bertemankan bulan purnama. Bilik itu cuma diterangi cahaya pelita yang meliang-liuk dihembus angin. Tidak pula pelita itu dapat menghangatkan suhu, kecuali dingin yang kejam tetap menerjah setiap penjuru sudut.

Seorang penjaga datang memeriksa asrama anak-anak yatim. Sebaik penjaga asrama terlihatkan lukisan yang mencomotkan lantai, dia terus mengherdik, "Apa yang engkau buat ini, hah?! Kau kotorkan lantai, ya?! Lap sekarang!!! LAPPP!!!"

Anak itu tersentak. Dia bangkit sambil menggosok-gosokkan pelipis mata; menangkis silau yang menerjah ganas ke retina tanpa belas kasihan.

Dalam keadaan mamai, dia berkata, "Munir tak dapat tidur tadi. Munir lukis gambar ibu. Munir baring sebelah ibu. Tiba-tiba Munir rasa hangat seperti dalam dakapan ibu. Munir tertidur. Maafkan Munir ya kakak."

Suara lembut kanak-kanak itu menerbos perlahan. Cengkerik tidak habis-habis menodai sunyi malam, seolah-olah sedang mengejek.

Munir tidak putus-putus menyesali dan memohon ampun, "maaf kakak, Munir rindukan ibu . . . tapi ibu takkan kembali untuk Munir. Maafkan Munir . . ."

Penjaga asrama terkedu lantas merangkul anak itu tanpa ada sekelumit suara. Akhirnya anak itu lena di bahunya. Kakak penjaga hanya mampu memujuk. Memujuk si Munir dan memujuk hatinya yang diserang rasa bersalah, rasa simpati paling dalam.

Lantaran itu,
CINTAILAH IBU, EMAK, UMMI, MAMA, MUMMY,
KERANA IBU; KITA LAHIR KE DUNIA
KERANA IBU; KITA BERASA HANGAT DARI KEDINGINAN
KERANA IBU; KITA BERASA SELAMAT....

Nukilan

07.10.2013

nota: selsema pulak hidung ini... huhuhu 




17 ulasan:

  1. fuh....lantunan ni buatkan ambe terpaku..tiba2 anak tekak rase sesak....

    apapun, siapakah si model ni? misteri sungguh...

    BalasPadam
  2. wakakak..

    model tu anak penakan maza..

    BalasPadam
  3. tersentuh hati keibuaan membacanya. :(

    BalasPadam
  4. Sukar gambarkan anak kecil dahagakan kasih sayang seorang ibu.

    BalasPadam
  5. tarik napas dalam-dalam heeee..agar tak sesan hafizmohd

    BalasPadam
  6. Adehh terganggu konsentrasi kawe dengan model penghias citer tu. Jap ye, kawe baca semua citer ni ahak ahak :D

    BalasPadam
  7. Ok.. tersentuh hati bila membacanya.. Buat teringat arwah ibu. Kawe yg tua ni pun sayu bila ingat ibu, apalagi anak2 yg kecil dan masih perlukan kasih sayang ibu.

    BalasPadam
  8. begitulah..

    sementara ada ni.. hargailah ibu2 itu.. kan kan kan

    BalasPadam
  9. jgn lupa, cepat2 lap guna tisu.. hehehe


    errr.. tak der tisu lap guna lengan baju pun orait.. ahaks
    tapi apa yg lebih mustahak ialah insaf! insaf! insaf!


    hehehee

    BalasPadam
  10. fokus abg mail, fokus gitew.. hehehee

    BalasPadam
  11. harap2 sangat anak2 kita tidak mengalami seperti itu... huhuhu
    subhanallah!

    BalasPadam
  12. Kadang-kadang sukar menyelami perbuatan seorang anak kecil. Tapi mereka selalu jujur dalam apa yang dikatakan. Pasti sedih bila dalam usia yang masih muda kehilangan kasih seorang ibu.

    BalasPadam
  13. selalu ingatkan ibu
    petang ni aku perlu barang kedai runcit emak ni

    BalasPadam
  14. geram bila baca kes bayi dibuang semlm...ibu jenis apa mcm tu? kucing pun sygkan anaknya. si penjenayah itu pasti akan menyesal seumur hidup..

    BalasPadam
  15. kasih seorang ibu pasti akan dikenang ke akhir hayat

    BalasPadam
  16. begitulah bang.. huhuhu

    sedih dok ada dalam hati.. uhuk!

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini