Kota Keriangan Genting Highland |
Sepetang Jumaat lepas (24.05.2013) maza anak beranak sempat merayau-rayau, ala-ala kembara (excursion); melancong seharian di Genting Highland sempena cuti sekolah.
Pemandangan dari kemuncak Genting Highland setelah hujan teduh. |
Rombongan kali ini sempena meraikan kehadiran emak dan adik ipar (Ana) ke Kuala Lumpur. Setelah puas memikirkan untuk mereka berlibur sama, kami memilih Genting Highland. Selain ia dekat, juga emak tidak pernah ke sini.
Ana mengambil peluang setelah dilepaskan bebas suaminya ke KL menemai emak dengan 'menjimbakan' dirinya. Saat ini Ana ingin mencuba menggenggam kabus putih suci itu. Katanya lagi, dia mahu mencapai awan berarak yang lazimnya hanya mampu melihat ia berlalu pergi. Dia mahu merasai sendiri seperti mana dia sering angankan ketika melayani bait-bait lagu romatika sewaktu waktu dahulu itu.
Ini bukan berdoa, tapi menadah tangan hendak mencapai awan. Err . . . boleh ke? |
Sambil melompat-lompat Ana cuba menikmati awan kumulus yang menyelubungi kemuncak bukit ini tanpa menghiraukan perilakunya yang agak aneh umpama itik melompat hendak menyudu belalang yang terbang melilau sekelilingnya. (hahaha)
Perjalanan ketika mendaki puncak bukit tingg-tinggi sejuk itu diganggu dengan kerosakan kereta. Inilah kali pertama kereta tua kami itu memanjat bukit Genting Highland. Barangkali sudah sampai masa ia menjadi copot!
Kipas radiator meragam. Mujur pada hari Wesak itu di kemuncak bukit tersebut bengkel kereta masih ada yang buka. Setelah senja melabuhkan tirai, barulah kereta kami selesai dibaiki. (huhuhu).
Kipas radiator meragam. Mujur pada hari Wesak itu di kemuncak bukit tersebut bengkel kereta masih ada yang buka. Setelah senja melabuhkan tirai, barulah kereta kami selesai dibaiki. (huhuhu).
Raksaksa! |
Penyudahnya, untuk melepas gian emak dan adik ipar setelah gagal mendapatkan tempat penginapan, jam 1.00 pagi kami menuruni Genting Highland. Jadilah, kurang-kurangnya emak dan keluarga kami dapat menghirup dan membayangkan seolah-olah berada di Switzerland . (hehehe)
Dalam kedinginan malam |
Untuk meredakan rusuh di hati, kami anak beranak melompat-lompat kancil di kota keriangan bagaikan kangaroo di negeri Down Under: Australia.
Disebabkan hujan petang tadi, persekitaran Genting Highland menjadi dingin bangat ala-ala beku. Dengan alasan yang kukuh itu, kami terpaksa mengaktifkan diri dengan terkinja-kinja di tepi jalan. Semuanya di atas nama agar kami semua tidak keras kejung seperti air batu. (ahaks .. alasan!)
Sila cemburu! hehehe |
Errr . . . kami sekadar melawat 'kawasan' sekitar sahaja. Syahdan tidak melibatkan wang berguni-guni dengan berjudi menggelumangkan diri bermain di taman tema itu. Posing, satu kali sudah! hehehee
Maza cuba mengelakkan segala kekeliruan, dan dalam masa sama ingin memberi amaran kepada kengkawan; berjudi itu haram!
Maka, jadikan gambar di bawah ini sebagai pengajaran! Jangan sekali-kali mendakati judi, apabila ketagih akan menjadi kaki judi, buruk padahnya.
Oh! Aksi ini jangan ditiru, sudah ada copyright termasuk copywrong...hahaha |
Akhir kalam, selamat bercuti sekolah dan bawalah anak-anak anda melancong cuti-cuti Malaysia. Paling tidak membuat kembara singkat dih ujung minggu ini. Negara kita, Indah belaka! hehehe..
Lantun-lantun dari
Wah happening di Genting. :-)
BalasPadammolek sangat bawa keluarga jalan2 masa cuti sekolah
BalasPadampatut la aku rasa sejuk semacam je tengahari ni
hehe
ada bawa balik awan nano genting ke, bro
hahaha...
BalasPadamduit habis bikin kereta, tak beli apa2.. makan pun masa turun dari Geting jer.. mahal wei.. hahaha
Awan nano tak jumpa, yg kami jumpa jajan nano, colet satu kali.. amak!.. hahaha
hehehe..
BalasPadamMoh kita shooting sama!. jom.. hahaha
wah lame tak pergi genting. suka tengok gambar last. haha. 'copywrong'
BalasPadamSeronoknye dapat kesana... SEJUUKK!
BalasPadambanyak kali saya lalu kat dpn kasino tu dan setiap kali mesti ada ramai orang dok menyangkung tepuk dahi kat tepi corridor
BalasPadamNasib baik gambo last tu maza tak pakai baju batik. heheh
BalasPadamelok tu maza gi sejukkan diri jangan terperangkap dalam kabus cukup
BalasPadamjaga dir sahabat mana asal turun tak mau ke ipoh mali.ni teman nak marah haaa..wah mana yg lain cam tak cukuk kurom jer..
BalasPadambila pi sana..nak nimon syok gak ni haaaa
BalasPadamterbaik! bawak pusing2 genting sambil merasa macam tinggal kat negara sejuk...hehehe
BalasPadamEnjoy sakan nampak? Bagus lah bawa anak2 pi jalan makan angin. Cuti pon dua minggu jer kan... Btw, utk gambar last tu, pemandangan di dalam tak der snap ker?
BalasPadamMasing-masing posing memang mantop..
BalasPadamsalam. Hmm..enjoy sakan nampak biarpun menempuh perjalanan yg memenatkan n menderitakan. BTW, tetiba aje nampak maza sedikit slim. adakah ini camera trick? Oh! Tidak...
BalasPadam