Halaman

Isnin, 4 Februari 2013

Sagon Makanan Warisan

Kebetulan hari Khamis lalu (31Januari 2013), ketika dalam perjalanan ke Kuantan, maza telah singgah di perhentian Gambang. Di sana maza terjumpa sagun ini. Ia benar-benar mengembalikan nostalgia lama lalu maza tersenyum sendirian.

Sagon

Maza membeli dua bungkus sagun dan membawa pulang ke rumah. Maza tunjukkan kepada anak-anak maza, mereka semua pelik (huhuhu). Seorang pun tak mahu merasa kecuali Aqlan (3 tahun). 

Maza kira sebungkus untuk maza dan sebungkus lagi untuk dikongsi bersama-sama anak-anak. Sebaliknya yang berlaku, Aqlan yang kecil itu makan kesemuanya. Penyudahnya maza sekadar menjamah sejilat dua sahaja...ahaks.. hahahaha.

Seputar awal tahun 1980-an tatkala itu maza bersekolah rendah lagi. Di kala itu maza diperkenalkan satu jenis jajan yang amat popular; SAGUN. 

Tiap-tiap kali rehat biasanya kami akan menyelinap keluar dari sekolah ke kedai Pak Ngah Rahmat di Jalan Pinggir Jaya, Kampung Sri Lukut, Kahang semata-mata hendak membeli sagun. Kedai yang bersaiz kecil itu letaknya di belakang sekolah dan jaraknya kurang daripada 500 meter dari pagar sekolah. Kedai Pak Ngah Rahmat menjual bermacam-macam jajan antaranya ialah Kaka, Chickadees, Dendang dan Sagun.

Biasanya sagun dibuat oleh orang kampung sendiri. Selain kedai Pak Ngah Rahmat yang menjualnya, kami juga boleh mendapatkan bekalan daripada kawan-kawan yang menjual di sekolah. Maza masih ingat antara teman yang menjual sagun untuk membantu ibubapa mereka ialah Zambri Muhammad (Manap Jalan Temiggol), Norlelawati Jamaludin dan beberapa teman lain lagi.

Ia dibungkus di dalam plastik berbentuk silinder, plastik ais krim Malaysia atau kertas yang berwarna warni. 

Cara sebenar makan sagon. Salah makan boleh menyebabkan tercekik dan tersembur. Aniaya kat orang seh.. hahaha

Cara makan sagun juga cukup istimewa. Ketika makan, kita tidak boleh bercakap atau membuka mulut. Jika pantang larang itu dilanggar, maka akan bersemburanlah sagun dari mulut. Siapa ada di hadapan bakal mendapat 'bedak' percuma.. hahaha


Catatan nostalgia lantun-lantun

27 ulasan:

  1. Nostalgia betul ni.. Makan tak boleh bercakap. Lepas tu kena minum air banyak-banyak! :D Kalau tersedak boleh biru muka!

    BalasPadam
  2. wakakaka.. boleh biru muka tu memang setuju sesangat. .apatah lagi bila ada kaum tiba2 tepuk kat belakang dan kita terperanjat.. hahaha... mau sesak nafas deh.. hahaha

    BalasPadam
  3. Ketika kecil dahulu suka makan. Sekarang ini kalau makan tentu tersedak bukan disebabkan ada orang sebut. :-)

    BalasPadam
  4. nak makan sagon pun kena ada skill kan kan kan.. hehehe

    BalasPadam
  5. Dulu Lain Sekarang Lain4 Februari 2013 pada 5:16 PG

    Makanan popular kanak-kanak 80-an ni. Siri kenangan mengusik jiwa lagi ini di bawakan oleh Encik Maza kita ehhh. :D Adaa lagi ker Maza? Boleh kirim ke KK? Lama tak rasa mende ni. Memang sedap betul tu. Tapi payah nak jumpa lagi. Rasanya mcm dah bertahun-tahun tak jumpa.

    BalasPadam
  6. last saya makan benda ni tahun lepas, macam mana leh jumpa pulak kat kedai makan, memang sedap la benda ni, dulu masa kecik2 senang la nak cari sagun ni, sebab ada jual kat kedai runcit, sekarang dah tak jumpa da sagun ni, eh sagun ni beli kat mana? rasa macam nak cari.

    BalasPadam
  7. abg mail, boleh bikin sendiri di KK dan meniaga kat sana... hehehe


    psst: sudah tinggal plastik aja laa.. hehehe

    BalasPadam
  8. jumpa kat R&R Gambang lebuhraya LPT.. heheheh


    boleh cuba cari kat sana lah.. ;)

    BalasPadam
  9. Nostalgia betul ni.. Makan tak boleh bercakap. Lepas tu kena minum
    air banyak-banyak! :D Kalau tersedak boleh biru muka!

    BalasPadam
  10. Saya pun tolong mak jual sagon jugak. Tolong gulung kertas surat khabar dan gamkan riben warna-warni.

    BalasPadam
  11. hahah.. lagi2 kalau kena pedajal dgn kengkawan yg tiba2 menepuk bahu... mau sesak nafas dibuatnya.. hehehe

    BalasPadam
  12. Owh, sagoon, dah lama tak makan nie, skrang susah plak nak cari rasanya...dulu masa kecik slalu gak makan..hehe

    BalasPadam
  13. aku selalu ingat pantang larang makan sagun ni
    tapi, kekadang member kacau
    tu yang jadi masalah tu
    haha

    BalasPadam
  14. sedap kan?
    dan berkhasiat.. hehehe

    BalasPadam
  15. 1st time dengar nama sagon ni.. hik..hik..

    BalasPadam
  16. hehe...mmg kenangan yg takkan lupa...sagon oh sagon!
    peneman di kala kesunyian...hehehe


    kalau bercakap jugak, mmg siaplah..nak2 kalau terbatuk..lagilah kaw2 org depan..hehe


    dulu2 ringkas jer, sekarang mmg power menjenamakan sagon ni..terbaaaik!

    BalasPadam
  17. bro donny kena try kalau jumpe..mmg unik rasanya =)

    BalasPadam
  18. Kasi sembur kat member balik...hahahha

    BalasPadam
  19. Cantek. Ambe balik raye cine ni, boleh singgah =)

    BalasPadam
  20. bedak sejuk percuma gitew.. hahaha

    BalasPadam
  21. Dulu Lain Sekarang Lain5 Februari 2013 pada 5:17 PTG

    ciss... kalau gitu, meniaga plastik jer la kawe... :D

    BalasPadam
  22. Teringat zaman sekolah rendah selalu makan sagu.

    BalasPadam
  23. hahaha... pernah tersedak tak?
    hehehe

    BalasPadam
  24. ada gak masa zaman kecik/ zekolh makan satu rm 10 tak silap saya bentuk cam stroh minuman tu heee

    BalasPadam
  25. makan dulu2 susah nak cri skrg moden cam2 makan blh dipilih huhuhu..

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini