Halaman

Rabu, 30 Januari 2013

Pulau Setindan Mersing


 Mersing - Kali ini perjalanan kami sekeluarga menyelusuri pantai timur Johor yang membawa maza ke Mersing sebelum tiba ke Kampung Sri Lukut, Kahang, Johor.

Seputar jam 3.00 petang kami singgah di salah sebuah pantai dengan menyusuri Jalan Pantai dan Jalan Sheikh Hassan. Mulanya maza kaget melihatkan keadaan air surut yang begitu jauh ke tengah! Maza kira itu petanda tsunami. Air laut surut begitu jauh hingga kalau hendak menyeberang ke pulau di seberang sana pun boleh hanya berjalan kaki.

Menanti waktu berputar.

Kebetulan di situ ada beberapa orang nelayan sedang membuat persiapan sebelum turun ke laut. Maza bertanyakan fenomena tersebut. Mereka menyuruh maza bertenang dan ia perkara biasa di situ. 

Sambil-sambil itu, maza sempat meneliti kawasan persekitaran sambil menikmati keindahan alam. Tiba-tiba maza terlihatkan sebuah pulau yang kelihatan begitu hampir sekali. Sekali lagi pakcik itu menerangkan bahawa pulau yang maza sedang lihat itu ialah Pulau Setindan. 

Pulau Setindan, Mersing

Katanya lagi, akibat surut yang jauh itu membolehkan kita pergi ke pulau tersebut dengan hanya berjalan kaki. Sungguhpun demikian, jika tersalah perkiraan masa, pejalan kaki boleh tersadai di pulau tersebut. Atau terperangkap di tengah-tengah pantai atau di benteng pasir akibat air pasang. Bertambah malang sekiranya tidak sempat untuk kembali ke daratan lalu boleh membahayakan diri dengan diancam mati lemas ditelan laut China Selatan!

Di hujung sana Kuala Sungai Mersing yang menempatkan bandar Mersing.

Sebenarnya, Pulau Setindan tidak berpenghuni dan bersaiz sekitar 7 km persegi. Ia dikelilingi pasir pantai dan batu karang. Penghuni utama di sana ialah babi hutan.

Asal nama pulau ini ialah Pulau Setandan. Akibat peredaran masa dan perubahan dialek, akhirnya Pulau Setandan berubah sebutan kepada Pulau Setindan. Mengikut riwayat daripada orang-orang tua di sini, Pulau Setandan kelihatan dari jauh seperti tandan kelapa. Jarak pulau dari muara sungai Mersing sekitar 4.5 km sahaja. 

Menghadap Pulau Setindan


Pulau Setindan memang terkenal sebagai lokasi kaki pancing terutama pemburu ikan karangan seperti kerapu, ketarap, bengkes, delah dan macam-macam lagi. Biasanya pemancing akan mula berlabuh dan mengail dari pagi hingga lewat petang.

TERSADAI DI TEPI PANTAI


Sarat dengan jerangkap untuk memerangkap hasil lautan.

Tatkala air surut jauh di hujung sana, deretan sampan dan kolek milik nelayan tempatan tersadai memanaskan diri. 

"Ia perlu dijemur untuk membersihkan karangan laut yang melekat di buritan dan pantat sampan." kata pakcik tadi.

Menurut perkiraan maza, surutnya air laut itu tidak kurang daripada 2 km.

Merenungi masa depan. Antara kabur dan jelas


Tersadai di pesisiran pantai... Harap-harap hidup juga tidak kabur dan tersadai tak karuan.

Gambar di atas ini bukannya datang dari gurun sahara atau laut kekeringan, tetapi laut Mersing yang indah itu sedang mengalami air surut jauh ke tengah. 

Masih adakah harapan untuk maju dalam hidup?

Nelayan-nelayan pantai ketika ini mengambil kesempatan untuk berehat sebelum memulakan aktiviti perikanan petang nanti. Mereka akan mempertaruhkan nyawa demi secupak rezeki. Demikianlah nasib nelayan pantai menyambung nyawa selagi hayat dikandung badan.


Sebuah catatan kembara

33 ulasan:

  1. Jauhnya air surut. Dataran ini bukan selut atau jerlus ketika dipijak? Menarik pula untuk berjalan kaki sampai ke pulau.

    BalasPadam
  2. :D Jalan kaki ke pulau.. Menarik ni!

    BalasPadam
  3. kalau tak ada org tempatan jangan dibuat.. takut hanyut dibawa harus... atau disondol dek babi hutan yg banyak di situ.. hehehe

    BalasPadam
  4. jangan lupa bawa joran sekali dan bekalan makanan mencukupi.. mana tau, tetiba leka dan tersadai di pulau itu, ada juga bekalan utk penginapan.. hahaha

    BalasPadam
  5. Lama saya tak ke mersing. Dulu kalau ada cuti pendek tiga atau empat hari, mesti melepak kat mersing

    BalasPadam
  6. Subhanallah. Cantik pantai ni bang maza....nak2 bila surut...bolehlah jalan2 sekitar pantai yg terbentang luas sementara tunggu air pasang...best luas macam boleh main bola pantai...hehe

    Nelayan. Atok ambe seorang nelayan, sampai dia siap pesan dan ingatkan arwah Abah supaya jgn jadi nelayan, jgn biarkan anak2 jadi nelayan....amat susah dan memeritkan katanya...

    BalasPadam
  7. Rasanya tak bro AB. Sama sperti berjalan di gigi air...

    BalasPadam
  8. Mersing memang tempat dan destinasi terbaik kalo nak hilangkan stress :)
    Lagi satu keropok buatan Mersing memang sedap~

    BalasPadam
  9. cantik sungguh pantainya.. sejuk mata memandang

    BalasPadam
  10. begitu jauh surutnya
    dan begitu cantik sekali gambarnya
    pulau ni milik kerajaan atau orang persendirian, bro?

    BalasPadam
  11. Cantik sngat gambar... nice moment...

    BalasPadam
  12. lepak kat Pantai Air Papan, kan kan kan..
    tapi dengar khabar teruk juga pantai tu mengalami hakisan.. huhuhu

    BalasPadam
  13. memang best.. tapi kalau ketengah sikit sudah berselut.. hehehe


    main layang-layang pun seronok juga..

    tidur bawah pokok sambil dibelai angin bayu pasti enak.. ahaks.. hehehe

    BalasPadam
  14. wah.. keropok mersing kena cuba ni.. heheh

    BalasPadam
  15. dan terik matahari gitew.. ahaks.. hehehe

    BalasPadam
  16. milik kerajaan rasanya...


    tapi tu hari ada orang bagi tahu ada resort kat situ... tapi entahlah, kena buat siasatan ni.. ahaks. hehhee

    BalasPadam
  17. saya budak baru belajar bang... ahaks

    BalasPadam
  18. @zaid:disqus sama lah kita.... masih baru nak belajar... tangkap gambar pon pakai hp jer..

    BalasPadam
  19. menarik
    teringin nak ambil2 gambar cam gi tp camera x dok.. huhu

    BalasPadam
  20. surutnya jauh banget ? tapi hasil gambarnya keren banget :D

    BalasPadam
  21. kalau begitu, kenalah beli.. hehehe

    BalasPadam
  22. Oppss.. saya budak baru belajar dong... hehe

    BalasPadam
  23. jauhnya surut. tapi gambar nampak cantik.

    BalasPadam
  24. jauh merenung klu sy buat leka juga kedaan laut damai dan tenang

    BalasPadam
  25. laut surut ctik gak..tpi time surut blh tgok apa ada dlm laut cam sampah sarap, tin, botol2 heee

    BalasPadam
  26. Air surut yang teramat sangat....

    BalasPadam
  27. Dulu Lain Sekarang Lain2 Februari 2013 pada 6:20 PG

    Cantik tompat ni Maza dan untungnya bila ke sana cuaca fulamak biru awan nya. Kalau kawe yg pergi, asyik putih jer langit. Adehhh... Tempat2 mcm ni kena ada wide lens Maza. Beli lah satu ehh. Baru gempak!!!!

    BalasPadam
  28. tu yg membuat degupan jantung berdegup kencang.. uhuk!

    BalasPadam
  29. entah.. tak taulah pulak...
    agaknya utk kerang lah tu.. hehehe

    BalasPadam
  30. hehehe.. mau pakai wide lens kena modal besar2 tu abg.. ahaks..

    BalasPadam
  31. Semalam saya baru ke mersing ,dan melihat sendiri, memang betul air surut sampai ke pulau itu.

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini