Halaman

Rabu, 17 Oktober 2012

Pantang larang cermin sisi motor

Maza kira ini juga menjadi pantang yang harus dielakkan sama sekali. Dahulu sudah banyak berulang, malah puluhan kali terpaksa menggantikan cermin pandang sisi motorsikal. Semuanya gara-gara terkulai dan tidak mampu berfungsi seperti sepatutnya. Sebaik motorsikal meluncur di jalan raya, cermin sisi yang sudah dibelek dan dibetulkan kedudukannya itu kembali melentok layu. Terkapai-kapai ditiup angin!

Maza memang berasa kurang selesa jika tidak ada cermin pandang sisi. Selain mahu mengelakkan daripada di saman polis, juga ia amat berguna tatkala meninjau kenderaan di belakang dan memicit jerawat! (ahaks...)

Lebih kurang seploh tahun lalu a.k.a dekad lalu, seorang kawan telah menasihatkan maza dengan memberikan petua yang amat berguna.

Beliau mengajar maza agar tidak meletakkan sesuatu yang berat di cermin itu. Termasuklah topi keledar yang lazimnya kita serkupkan ke cermin sisi. Semua kononnya mahu cepat dan ringkas untuk bergegas ke kedai runcit, kan?! hehehe

Punca cermin pandang sisi mudah terkulai atau rosak

Kata beliau lagi, kita harus cuba mengelak daripada menggantungkan apa-apa barang di cermin sisi. Sama ada di atasnya atau pada batang cermin itu. Pendek kata jangan sesekali dibiarkan ada benda yang bergayut padanya. 

Hari ini maza masih mengamalkan petua sahabat tersebut. Syukur, semenjak mengamalkan petua berguna itu masalah yang bertimpa-timpa tersebut dapat dielakan. Cermin sisi yang satu ini semenjak diambil daripada taukey kedai hingga sekarang tidak pernah berganti. Ia kekal di situ dan berstatus original!... hehehe

Jadi, kengkawan boleh mempraktikan petua ini demi keselamatan duit di poket... ahaks!.. hehehe


Nukilan



20 ulasan:

  1. Cermin sisi motorsikal sudah berusia 15 tahun sejak hari pertama motor dibeli. Pantang larangnya jangan gantung.:-)

    BalasPadam
  2. haha..saya kadang kadang gantung jugak..tapi alhamdulillah, 5 tahun tapi masih tegap

    BalasPadam
  3. haha.. kira bernasib baiklah tu.. hehehe

    BalasPadam
  4. wah! another testimony.. hehehe

    BalasPadam
  5. Demi keselamatan masa merempit dan keselamtan poket! Terbaik!

    p.s-cermin sisi jugak berguna utk sikat2 misai ngn janggut...hhahaha

    BalasPadam
  6. betul tu...memang inilah petuanya...ambe mmg tak gantung ape2 kat cermin tu..masih pakai yg ori...dah masuk 8 tahun dah...steady jer macam tuan dia jugak...hehehhe

    BalasPadam
  7. ahaks.. hehehe

    juga betulkan tudung yg senget..
    hehehe

    BalasPadam
  8. abah suka letak helmet atas bakul.. kata dia kalau sangkut
    kat cermin sisi boleh rosak. Tapi aku tak faham sangat masa
    tu coz baru umur 10 tahun.. har3....

    BalasPadam
  9. hehee betul2, dah biasakan letak helmet kat tempat duduk, pasal motor
    aku takde raga....

    BalasPadam
  10. biasa suka letak kat bakul kalau pakai helmet. tapi skg dah jarang naik moto, en abg kata bahaya.. haha

    BalasPadam
  11. Dulu Lain Sekarang Lain17 Oktober 2012 pada 8:33 PTG

    Motor kawe dulu tak de cermin sisi lah Maza.. motor rempit.. :D

    BalasPadam
  12. memang itu la penyebabnya cermin terkulai layu

    BalasPadam
  13. betul, kalau letak helmet cermin cepat rosak

    BalasPadam
  14. Biasanya bila dah kena baru berhati-hati. Tp tak de la sampai puluhan kali kena. Sekali kena je dah serik. Pastu tak akan buat lagi dah

    BalasPadam
  15. Selain dari helmet, apa lagi yg org selalu tenggek atas cermin tu?

    BalasPadam
  16. nanti, kalau beli motor, neeza akan ingat pesanan maza ni.. jangan sangkut barang2 runcit yang baru dibeli kat situ juga kaaan.. :D

    BalasPadam
  17. kan motor tu ada bakul...napa tak masukkan brg2 dlm bakul shj...malas & nak cepat kansss!!! buat penat jer org yg cipta bakul tuu!!!

    BalasPadam
  18. Haha, terkulai layu ditiup angin. Terima kasih atas petua berguna buat penunggang seperti saya.

    BalasPadam
  19. dulu masa zaman bawka moto, memang pantang kalau member letakkan helmet atas cermin sisi tu hoho.


    http://kaio.my

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini