Halaman

Ahad, 21 Oktober 2012

Mphone boleh bikin panas hati!

Mphone merupakan kaedah pemasaran yang menggunakan telefon bimbit sebagai medium komunikasi dan penyebaran maklumat antara pemasar dan pasar sasarnya. Fenomena ini berlaku sebagai kesan daripada kemajuan teknologi ICT. 

Kebanyakan telefon bimbit hari ini dibekalkan dengan teknologi 3G dan mampu mengakses internet. Gelombang maya semakin terbuka luas dan tidak hanya bergantung kepada saluran talian tetap dan komputer. 

Impak nyata ialah selain penyaluran dan penyebaran maklumat yang diingini dan berkesan bagi sebuah perhubungan komunikasi, ia juga menghasilkan kesempatan untuk organisasi mempromosi produk mereka!



Pemasar-pemasar ini menggunakan perkhidmatan talian telefon bimbit seperti SMS, MMS, QR, BB, whatsap. mobile online dan sebagainya untuk mengiklankan produk-produk mereka. 

Sesetengah pemasar mendapat restu daripada syarikat telco (telekomunikasi) untuk memanjangkan niat pemasaran mereka. Malah mereka diberikan tawaran tarif istimewa. 

Sesetengah pemasar berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan nombor telefon bimbit pengguna. Berbagai helah digunakan seperti diadakan kontest, aduan dan sebagainya. Jangan tidak percaya, terdapat syarikat-syarikat tertentu sanggup membeli dan menjual nombor telefon pelanggan mereka kepada pihak ketiga. 

Jika dahulu pemasar menggunakan senarai nombor-nombor telefon untuk menghubungi pasaran sasar dan dikenali sebagai tele-marketing. Hari ini dengan kaedah yang hampir sama, mereka menggunakan nombor tersebut untuk menjalankan strategi pemasaran 'mphone' pula!

Bagi pengguna telefon bimbit pintar, mereka merasa kurang senang apabila kerap diganggu dengan iklan-iklan atau penyaluran informasi yang mereka tidak ingini. Sebagai contoh pengiklanan yang dibuat oleh pihak bank yang menawarkan sesuatu pakej pinjaman atau galakkan penggunaan kad kredit. Begitu juga dengan pengiklanan 'on' mencari jodoh, lawak jenaka, tawaran perkhidmatan ring tone dan sebagainya.

Kebelakangan ini maza kerap menerima iklan daripada pihak bank dan syarikat insuran. Itu tidak termasuk iklan-iklan daripada pasaraya, penyelidik bebas (seperti analisis pilihan raya) dan syarikat-syarikat lain.

Penghantaran SMS dan MMS mereka itu adakalanya amat mengganggu maza. Tidak kira masa; baik di tengah malam, maghrib, dinihari malah ketika di dalam jamban. Adakalanya ia bertalu-talu hingga mengganggu kerja maza. Pernah inbox telefon bimbit maza penuh dengan iklan mereka.

Untuk menambah ketidakseronokan lagi selain bunyi SMS atau MMS yang bertalu-talu ialah menyebabkan kita kurang perhatin terhadap SMS. Adakalanya terlepas pandang terhadap SMS dan MMS yang disampaikan oleh orang yang berkenaan dan dianggap penting!

Menambahkan hati yang panas apabila perlu memadam mesej-mesej pengiklanan tersebut satu persatu! Huh!

Serious, ini memang tidak best!





13 ulasan:

  1. hahah, memang boleh bikin hati panas...
    betul, memang banyak iklan yang menerjah masuk inbox...
    grrr...

    BalasPadam
  2. Ini mmg boleh bikin hati dan hp tu panas..huuuh

    Ambe jugak berpengalaman luas (cewah) dlm arena menerima mesej2 yg tak diundang ni masa menggunkan khidmat servis M******, tp sejak beralih ke D****, terus teramat kurang terima mesej2 yg tak best....heheheheh

    BalasPadam
  3. memang bikin panas bila dapat message yang menganggu dari advertiser

    BalasPadam
  4. betul tu, bro
    memang sangat tak best bila banyak iklan sms yang masuk hp kita
    kerajaan kena buat sesuatu untuk menyekat hal macam ni

    BalasPadam
  5. Kalaulah boleh sms diasing-asing seperti email, yang iklan masuk ke dalam folder spam. Hehe.

    BalasPadam
  6. sebab tu agak berat kalau nak nak isi form yg memerlukan kita bagi no tel... nak² kalau promosi kat pasarraya...

    BalasPadam
  7. Aritu nampak ada mamat sorang tengah menyalin no telefon dari borang lucky draw kat stesen minyak. Patut la asyik dapat call dari agen insurans je

    BalasPadam
  8. Paling mengecewakan adalah pesanan ringkas dari ahli politik tempatan. Ntah manalah mereka dapat nombor telefon. Bagi saya ia telah mencabul hak privasi pengguna telco. Macam manalah senarai nombor telefon pengguna jatuh kepada pihak ke 3.:-(

    BalasPadam
  9. lg bengang klo time tu tgh tunggu sms penting
    mcm nak lenyek2 je muka org yg hantar sms ntah pape tu
    haaiiissshhh!!!!

    BalasPadam
  10. Dulu Lain Sekarang Lain30 Oktober 2012 pada 2:20 PTG

    Ini mesti pakai pre-paid ehhh... Mmg teruk kena BOOOMM.. Kalau post paid ada gak tapi sikit jer.. Lagipun senang nak unsubscribe. Kalau yg pre paid benda2 mcm tak boleh disekat...

    BalasPadam
  11. Dulu Lain Sekarang Lain30 Oktober 2012 pada 2:21 PTG

    ganas gak si Dila nie..

    BalasPadam
  12. tapi cute and lembut2 gitew.. ahaks..

    BalasPadam
  13. maza pakai post paid abg mail.. pun masalah sama gak. huhuhu

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini