Halaman

Isnin, 1 Oktober 2012

Maza bukan peragut itu



Gara-gara jerebu yang menghambat kota meteropolitan Kuala Lumpur, maza terpaksa menutup mulut dengan benda itu, agar tak berlaku lagi masalah kesihatan.

Kata seorang sahabat, "udah ghupanya koma macam peragut bersiri!" ahaks!

Kebetulan pula Jumaat sudah (28.09.2012), seorang sahabat di pejabat ini telah menyaksikan sendiri tindakan ganas dua orang peragut bermotorsikal di Stesen LRT Abdullah Hukum. 

Sekadar usaha kerdil, namun Allah-lah yang menyembuh dan melindungi... 

Doa mohon keselamatan, kesihatan dan tolak bala



 Ya Allah, sesungguhnya kami adalah hamba-hambaMu, anak-anak dari hamba-hambaMu Ya Rahman. Ubun-ubun kami ada dalam genggamanMu, telah terdahulu ketetapanMu bagi kami, telah adil qada' dan qadarMu bagi kami, kami meminta dengan nama-namaMu yang telah Engkau sebut untuk diriMu, atau yang telah Engkau ajarkan kepada salah seorang  hambaMu, atau nama yang Engkau rahsiakan dalam ilmuMu yang ghaib, agar Engkau kurniakan kepada kami kesihatan dan keselamatan, afiat dan keselamatan yang kekal dalam agama, dunia, dan akhirat dengan rahmatMu Ya Allah, wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani.

Doa perlindungan daripada hilangnya nikmat, sihat dan ditimpa musyibah mengejut


Dari 'Abdullah bin 'Umar, dia berkata, "Di antara doa Rasulullah saw adalah:

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ وَجَمِيعِ سَخَطِكَ
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari hilangnya nikmat yang telah Engkau berikan, dari berubahnya kesihatan yang telah Engkau anugerahkan, dari siksaMu yang datang secara tiba-tiba, dan dari segala kemurkaan-Mu. (Imam Muslim no. 2739)

Rujukan tambahan:-


  1. http://amalan-doa-mustajab.blogspot.com/2011/07/doa-mohon-keselamatan-kesihatan-dan.html (01.10.2012)
  2. http://pbasmkps.blogspot.com/2010/06/doa-perlindungan-dari-hilangnya-nikmat.html (01.10.2012)

28 ulasan:

  1. Bro Maza hendak ragut siapa? Tak rela I. Ha..haa..

    BalasPadam
  2. oppsss. zorro tutup mata daa.. hahaha

    BalasPadam
  3. bro maza pakai mcm peragut pun tetap nampak lawak. hehehhe tak ngeri langsung

    BalasPadam
  4. aderkk.. hahaha..

    confirm maza tak leh jadi pelakon handalan di layar perak.. kan kan kan

    BalasPadam
  5. pandai buat lawak pon boleh buat duit sekarang.. :D

    BalasPadam
  6. kekonon concentrate buat kerja.. hehehe

    BalasPadam
  7. tomato gurl a.k.a cik tom2 Oktober 2012 pada 3:11 PG

    skang musim jerebu ke??

    BalasPadam
  8. sekejap ada, sekejap hilang .... gitewlah.
    hari ini agak cerah, tapi mendung dok ada. huhuhu

    BalasPadam
  9. kena tambah spek hitam, bro
    macam ni gaya orang masih kenal la
    hehe

    BalasPadam
  10. wah.. cadangan yg hebat!.. hehehe

    BalasPadam
  11. kat tempat saya selang sehari hujan ribut. Angin mcm nak terbangkan bumbung je.

    BalasPadam
  12. pakai purdah je. rambut pun tak berdebu. Kulit lebih bersih

    BalasPadam
  13. tak habis jerebu lagi heeee..... klu kurg sht ni mesti amik mc jwbnya

    BalasPadam
  14. Dulu Lain Sekarang Lain3 Oktober 2012 pada 8:23 PG

    Tak de rupa peragut langsung ehhh.. Maza tu mcm muka HERO. Teringat lak citer Lone Rangers zaman dulu-dulu...

    BalasPadam
  15. aah la..now jerebu kejap ada kejap takde..paling bersyukur time hujan turun..kurang sikit sesak nafas..

    BalasPadam
  16. As salam,
    Mmg pening kalau hidu jerebu lama2...elok sangatlah bang maza pakai mask ni...macam hero dah tengok tuh...hehe

    BalasPadam
  17. hahaha...tulah pasal...mata baik jer =)

    BalasPadam
  18. udara sekarang dah tak macam dulu.. tambah2 lagi kenderaan makin banyak lg2 duduk tgh2 bandar ni.. bestnye kalau dapat duduk tepi pantai atau tepi hutan.. :P

    BalasPadam
  19. yeap.. yang benaran gitew lorr,,,, hahaha

    BalasPadam
  20. ooppsss,,,, malu ayie.. hehehe

    BalasPadam
  21. Jerebu memang tak best!.. huhuhu

    tapi kalau duduk tepi pantai, maza takut tsunami lah fulaks..

    kalau tepi hutan, takut kena gheghet nyamuk! ahaks...

    hahaha

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini