Halaman

Rabu, 26 September 2012

Tandatangan terakhir


Maza bawa pulang kad kemajuan sekolah agama yang tatkala itu umur baru 9 tahun dan sedang darjah 1 di Sekolah Agama Rakyat di Kahang, Johor.

Itulah kali pertama dan terakhir tercatat tandatangan arwah ayah sebelum setahun kemudiannya dia meninggalkan kami.

Menurut ibu, maza adalah satu-satunya anak ayah yang memperoleh tandatangannya di kad kemajuan  anak-anaknya yang seramai 10 orang itu. Kata ibu lagi, entah apa gerangan girangnya melihatkan kad kemajuan maza lalu sambil tersenyum lebar dia meminta pen dan melabuhkan tandatangannya.

Dalam suasana petang yang redup itu ayah melahirkan harapan besarnya agar maza menjadi cikgu atau ustaz dan masuk Universiti Al Azhar di Mesir sana!

Ya, dalam diam-diam maza akui, tandatangan ayah cukup indah, berseni dan cantik. Jauh bahkan perketinya amat berbeza kalau dibandingkan dengan tandatangan tulisan jawi maza untuk cucu ayah seorang ini bernama Nasrun Hakim.

Masih segar diingatan, ayah seorang pengguna tulisan jawi yang tegar! 


Kiriman nostalgia oleh;-

15 ulasan:

  1. :D Orang dulu-dulu... tandatangannya jawi!

    BalasPadam
  2. Nama ZAID.. ekkkk...
    aku pun suka sain jawi ni.. best sebenarnya..
    sekarang ikut style orang lama.. hik3

    BalasPadam
  3. Tentulah arwah tidak sabar-sabar untuk meletakkan tanda tangan setelah melihat pencapaian cemerlang anaknya. :-)

    BalasPadam
  4. Dulu Lain Sekarang Lain27 September 2012 pada 9:27 PG

    Kawe pon tukar tandatangan jawi lah Maza. Nampak smart lah. Btw, banyak betul koleksi barangan antik Maza. Maybe jadi Pengarah Muzium sesuai kot?

    BalasPadam
  5. Dulu Lain Sekarang Lain27 September 2012 pada 9:27 PG

    Maza tu orang dulu-dulu atau sekarang-sekarang?

    BalasPadam
  6. hahaha.. cemerlang lah sangat tu.. dapat no. belasan jerk dlm kelas.. ahahaha

    BalasPadam
  7. hahaha....

    kenangan terindah aje abg mail..
    buat perhatian anak2 yg semakin pandai membaca.. hehehe

    BalasPadam
  8. simple dan mudah..Bb cuba juga dulu nak tukar signature jawi..tp x berapa cun plak...hehe

    BalasPadam
  9. semuanya tinggal kenangan, RIP arwah ayah bro,

    BalasPadam
  10. pernah juga aku guna tandatangan jawi suatu ketika dulu
    tapi macam tak ngam je
    sekarang ni dah ubah

    BalasPadam
  11. Moga arwah ayah bro dirahmati Allah.
    Sekarang ni jawi betul2 terpnggir. Nak harapkan utusan melayu je. itupun tak de yang nak baca

    BalasPadam
  12. Lps ni nak sign jawi jgk la
    Sgt cool!!! Cantik plak tu

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini