Halaman

Jumaat, 3 Ogos 2012

Bila maza masuk dapur Ikan Pelaling jadi taucu berlada.

Ikan pelaling taucu berlada

Alkisah maza pun nak jadi master chef juga. (hehehehe - sila ketawa gedik). Semalam selepas pulang dari pejabat, maza bersama-sama isteri berperang periuk. 

Kali ini maza jadi master chef dan dibantu oleh tukang masak si darling yang cute itu ... ahaks!

Buka sahaja peti ais terus ambil bahan-bahan yang diperlukan:-

  1. Ikan pelaling - 3 kilo
  2. Serbuk kunyit (kalau malas nak tumbuk atau kisar kunyit basah ler) - 1 kilo
  3. Bawang besar dihiris bulat-bulat gitu - 1 kilo
  4. Bawah putih - 3 ulas dihiris
  5. Halia dihiris - 500 gram
  6. Lada basah berwarna warni dihiris - 1 kilo 
  7. Taucu - 1 botol
  8. Air asam jawa - 1 litter (lebih pun tak apa, boleh kasik itik berenang - wakakaka)
  9. Garam secubit rasa
  10. Gula 1 kilo dalam plastik
  11. Minyak masak sawit - 15 kilo
  12. Kuali
  13. Dapur
  14. Belacan  - 1 kilo 500 gram



Jadi ya puan-puan, mula-mula kita lumurkan ikan pelaling itu dengan kunyit dan garam. Kemudian digoreng. 

Jangan goreng terlalu garing ya Cik Bedah. Goreng basah gitew-gitew aje. Kemudian keluarkan ikan dan toskan minyaknya.

Proses seterusnya ialah menumis. Masukan segala jenis jenama bawang beserta halia. Tumis seperti biasa. Setelah kekuning-kuningan, sila masukan lada besar tadi. Biarkan ia layu seketika.

Belacan pun ditaruh satu kali. Jangan banyak sangat belacannya, nanti rompong hidung pesek itu. (hahaha ...)

Masukan pula air asam. Jangan terlalu banyak, nanti termasam. Agak-agak ya Cik Kiah, sekadar menenggelamkan semua bahan dalam kuali sahaja.

*** Jangan lupa masukkan taucu. Selepas masukkan air asam jawa. Taucu ini masin, jadi garam mungkin tidak perlu. (pesan dari gadis bidadari itew ... hehehe)

Biarkan ia mendidih dan mulai mengering. Kemudian masukan gula dan perisa MSG iaitu ajinomoto (pilihan jika mahu). 

Setelah itu, Cik Peah boleh masukan ikan pelaling semula ke dalam kuali. Biarkan ia kering-kering basah bersama dengan sos kita tadi.

Setelah itu, apa lagi, hidangkanlah untuk santapan.Yuuummyyyy!


***err.. sila jaga air liurnya ya, jangan sampai meleleh cicah keyboard. hahaha (ketawa orang jahat)...



30 ulasan:

  1. Mak aiii.. Semunya berkilo-kilo! Masak untuk kenduri ke? Hehe..

    BalasPadam
  2. hahaha...
    Yang berkilo2 itu adalah inventori aje..
    Yang betul2 berguna, hanyalah secubit rasa..

    opocot! maza lantun-lantun gitew.. hehehe

    BalasPadam
  3. air liur pun tumpah berkilo-kilo

    BalasPadam
  4. Saya tidak berapa makan ikan tapi hanya kutip taucu. :-)

    BalasPadam
  5. Hahaha...

    balasan dari blog ahkak juga yg tayangkan lauk byrani merah.. hehehe
    meleleh sehhh..

    BalasPadam
  6. Jangan lupa kutip sama lada, bawang, dan kuahnya... hehehe

    BalasPadam
  7. jangan lupa masukkan taucu. selpas masukkan air asam jawa. taucu ni masin, so garam mungkin tidak perlu

    BalasPadam
  8. Jangan lupa masukkan taucu selepas masukkan air asam jawa tu. Taucu tu dah sedia masin, jadinya garam mungkin tidak diperlukan

    BalasPadam
  9. Opps.. terlupa lah fulaks.. heheheh

    terima kasih gitew....

    BalasPadam
  10. kerosakan berlaku disini berkali2...
    lepas makan sure aku leh jadi org kuning...
    - klo kunyit dah sekilo...leh buat pangang cik silvy ibarat memangang ayam gulek...

    BalasPadam
  11. ...wah elok juga boleh jadi orang kuning..
    tak susah lah aku nak tambat dan pasangkan antena.. boleh ler pakai Samsung Galaxy 3 dikuasakan orang kuning...

    hehehehhe

    BalasPadam
  12. ikan pelaling ni klu masak gulai tempoyak pun sodap..

    BalasPadam
  13. nsib baik tak basah keyboard ni...hahaha

    bang maza, yg lada tu nak kena biar sampai layu macam layu di tasik madu ke?hohohoh

    BalasPadam
  14. ok...bawang bawak mai sini...hehe

    BalasPadam
  15. jangan dibiar lama sangat.. takut ditelan dengan racun parasite lah pulak..
    hahahaha.....

    BalasPadam
  16. masak taucu..hee...sini sllu bt keli je

    BalasPadam
  17. rasa masin manis heeee masam heeeee

    BalasPadam
  18. elok tuko jadi ikan pelaling pulak.. hehehe

    BalasPadam
  19. itu yg slurrppp tu..
    yuummmy!
    hahhaa

    BalasPadam
  20. Hanya pandai sembang aje..
    yang buat, si darling..



    hahahaha

    BalasPadam
  21. Dulu Lain Sekarang Lain5 Ogos 2012 pada 3:58 PG

    Macam sodap bunyinya Maza. Kalu pakai ikan lain boleh? Ikan pirana ker? Atau ikan bilis? (murah sikit) :D

    BalasPadam
  22. Sebenarnya, lagi sedap gunakan ikan paus baleen yang mati terdampar baru-baru ini sepanjang 15.8 meter dekat dengan Kuala Penyu, di pantai barat Sabah.

    dapat sekerat dua sebelah kepala itu pun lagi mantap abg mail!

    hehehehe

    BalasPadam
  23. ini betul2 masak namanya. semua pakai kilo2.. har3..
    ok nanti balik kampung baru dapat buat. Mr. hubby tak mkn tauchu.. ruginya

    BalasPadam
  24. hahaha...
    bawa aje keluar berkilo2..
    yang digunakan ialah secubit rasa gitew.. ahaks...

    BalasPadam
  25. siapa nak makan banyak bona di jang..huhuhu

    BalasPadam
  26. uiksss.. jangan tak percaya.. sampai ke kuali dijilat anak2 den.. hahaha

    BalasPadam
  27. ikan pelaling tu maksud ikan kembong ke bro..? hehe tak tau sgt nama2 ikan ni. makan je tau

    BalasPadam
  28. Ya memang betul.. tepat sekali..

    Kata emak, ikan pelaling bersaiz kecil, muka dan sisik sama macam ikan kembong masa remaja, tetapi ia bukan dan tidak dipanggil ikan kembong yang bersaiz 3-4jari itu.. (opss.. jari maza kecil2 aje gitew).. hahaha

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini