Halaman

Khamis, 2 Ogos 2012

Bahana Jerebu dan Hujan di bulan Ramadan

Lepak. Tubuh perlu dicaj semula. Enak sehhh..

Jerebu menjadi masalah kepada Malaysia sejak sekian lama. Dari alkisah jerebu paling teruk ialah pada tahun 2005 (betulkan fakta ini jika tersilap). Semuanya gara-gara pembakaran!

Tahun ini di bulan Ramadan, sekali lagi kita menghadapi masalah sama; 'jerebu', hadiah dari negara jiran di Sumatera.

"Di Malaysia kita dilarang bermain bunga api dan mercun sempena Ramadan dan Hari Raya. Nah, sekarang hadiah 'mercun dan bunga api' dari Sumatera. Kita makan asap mereka!" kata seorang teman. 

Hari ini Kuala Lumpur dilanda hujan, mendung dalam jerebu. 

Di tambah pula dengan perut lapar dan lesu. Menjadikan ia satu pakej lengkap di bulan Ramadan dengan mata memujuk, meronta-ronta merayu untuk lelap. Ah! Alangkah indahnya jika dapat memanaskan badan di bawah gebar sekali ... ahaks! (hehehe ...).

Bagaimana pula di tempat kengkawan?

26 ulasan:

  1. Kalau terlalu teruk, kena pakai mask kalau mahu keluar!

    BalasPadam
  2. maza sudah mengenakannya..
    di tekak mulai rasa perit2.. huhuhu

    BalasPadam
  3. Wan Zaida Wan Yussof2 Ogos 2012 pada 12:45 PTG

    Pembakaran ladang giat juga
    dilakukan oleh petani di Kuala Langat, Selangor. Kasihan bomba yang
    terpaksa berbuka di ladang-ladang demi mengawal api yang payah padam
    walaupun hujan turun.

    Saya kira, petani tidak harus
    disalahkan dalam soal pembakaran ladang tanah gambut bagi tujuan
    pertanian. Ini kaedah terbaik dan murah. Sayang, golongan seperti mereka
    tidak ada upaya untuk mendesak kerajaan mencipta teknologi murah dan
    menguntungkan untuk membersihkan serta menghasilkan baja secara efektif.

    BalasPadam
  4. wah! begitu pulak..

    well said sis.. well said..

    BalasPadam
  5. Sudah boleh melihat kelihatan suasana seolah-oleh berkabus. Rupanya jerebu.

    BalasPadam
  6. fiezaradzi dot com2 Ogos 2012 pada 2:35 PTG

    samalah kita, sbb duduk sngor.. hehe.. lagi pulak, terlambat bangun sahur tadi, mmg cukup lengkap...

    BalasPadam
  7. tulah kan kan kan..
    mulanya rasa girang..
    lepas rasa lain macam kat tekak, baru tau itu jerebu.. uhuk!

    BalasPadam
  8. err.. bila menguap tu, sila tutup mulut dan picit hidung cepat2..
    malu seh, bila bos nampak!

    hahahaha

    BalasPadam
  9. Sblm puasa spjg minggu hujan ribut. Masuk je bulan puasa, panas terik mcm nak terkopek kulit kepala. Smlm baru dpt hujan sikit. Hari ni cuma mendung je

    BalasPadam
  10. blog saya pun guna disqus juga tp boleh je pakai IE. Nape ek?

    BalasPadam
  11. laporan dari belah mana tu ya?
    Johor ke?
    hehehe

    BalasPadam
  12. entahlah..
    dia kena senggugut kot?
    tak pun kembung... hehehehe

    BalasPadam
  13. alahai sengal pakcik masa sorang ni..huhu

    BalasPadam
  14. bumi ni akan hancur disebabkan tangan2 manusia jugak..hah,itulah padahnya~

    BalasPadam
  15. entahlah.. penangan sahur tak habis makan kot..
    hehehe

    BalasPadam
  16. Kalau gitew, lepas ni kita bertukang guna kaki.. apa macam?
    hehehee

    BalasPadam
  17. harapnya di bulan Syawal nanti biarlah cuaca lebih baik dan tidak hujan lebat..

    BalasPadam
  18. senang nak main bunga api dan bersembang ... kan kan kan.. hehehe

    BalasPadam
  19. Gitulah kita. Menerima saja tak sebarang paksaan =)

    p.s-jerebu +hujan...fuh!

    BalasPadam
  20. tentu lazat untuk tidur... dan bangun kembali.. hehehe

    BalasPadam
  21. Saya yang menunggang motor ke tempat kerja, merasa tidak selesa pada hidung dan mata. Bahaya sungguh jerebu ini.

    BalasPadam
  22. maza juga penunggang motor tegar..

    terpaksalah memakai topeng walaupun tidak merasa selesa.. huhuhu

    BalasPadam
  23. Dulu Lain Sekarang Lain5 Ogos 2012 pada 4:03 PG

    KK cun aje cuacanya Maza. Biasanya paneh dan diselangi hujan sesekali sesekala... Sekian lapuran cuaca dari KK, Sabah.

    BalasPadam
  24. Dulu Lain Sekarang Lain5 Ogos 2012 pada 4:04 PG

    Lupa lak, cuaca di Johor cam ne Maza? Raya tahun ni kawe raya di sana.. so kena buat persiapan awal ehhh...

    BalasPadam
  25. Kami di sini sudah seminggu menggalami nasib yang sama.. cuma hujan aje jarang-jarang menimpa...

    Jabatan Meteorology mengatakan keadaan ini akan berterusan sehingga sebulan....aderkkk!

    Petanda tak boleh main bunga api di malam tujuh likur ni.. uhuk!

    Sekian laporan kaji cuaca dari Kuala Lumpur!

    hehehehe

    BalasPadam
  26. Jerebu juga.. tetapi tidaklah setebal di KL..
    masih boleh bernafas ikut hidung, mata dan mulut gitew.. hehehe

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini