‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Khamis, 12 Julai 2012

Sungai Madek, Kampung Sri Lukut, Kahang

24-23 Jun 2012 - Maza pulang ke kampung dan berkhemah bersama keluarga di tebing Sungai Madek, Kampung Sri Lukut, Kahang Batu 28. Habis semua anak, bini, emak dan pak busu Zali diangkut bersama ke sana. (hehehe ...)

Kami berkhemah dua hari satu malam. Lokasinya berhampiran dengan kebun En. Mohd Hisham bin Baharom bin Majid bin Salam. (klik sini). Antara yang mengikuti maza pulang ke kampung ialah En. Mohd Hisyam dan En. Ashraf.

En. Ashraf adalah budak bandar. Dia tidak pernah merasai nikmat hidup di kampung. Inilah masanya beliau mengamati pengalaman baru berkhemah di tebing sungai!

Tidak jauh dari selekoh sungai tempat kami berkhemah itu, terdapat 3 keluarga pelacong dari Sarawak turut berkhemah sama. Mereka seperti kami, pergi bersama-sama dengan keluarga masing-masing termasuklah bayi dan kanak-kanak bawah umur lima tahun.

Kami juga sempat memasang jaring dan memancing. Alhamdulilah, dapat juga hasilnya. Hari itu kami makan ikan segar dari Sungai Madek ini. Ikan-ikan segar bersaiz kecil kami goreng garing. Manakala ikan bersaiz tapak tangan kami masak asam pedas daun kesum!

Sungai Madek, Kampung Sri Lukut, Kahang Batu 28, Kluang, Johor.

Kebetulan pula tatkala kami mengangkat jaring tersebut, kami terserempak dengan Tok Ketua Kampung En. Ismail bin Mohamad. 

Kami sempat berbual-bual perihal kampung dengan beliau. Bertukar-tukar pendapat. Maza dan geng di dalam sungai paras pinggang dan tok ketua kampung atas jambatan yang merintangi ke Kampung Orang Asli Batu 26 Kahang itu.

Dalam butir bicara itu Tok Ketua cakap Sungai Madek ini dalam proses pembersihan sungai. Kayu balak yang tidak berkenaan serta menghalang laluan air sungai akan dibersihkan. Ia penting sebagai persediaan menghadapi banjir.

Manakala kayu-kayu balak yang telah lama dan menjadi lubuk ikan akan dibiarkan. 

Dalam bual bicara itu, Tok Ketua menerangkan projek pembersihan ini juga bagi maksud untuk menyediakan produk pelancongan baru di kampung kami. Sungai ini akan dijadikan lokasi untuk berkayak. Walaupun ia bukanlah berbentuk jeram, tetapi berguna untuk mereka yang pencinta alam dan mahu belajar berkayak. 

Dalam masa sama, Tok Ketua berkata terdapat usaha-usaha untuk memulihara sungai. Ikan-ikan sungai akan dibiarkan biak. Di hulu sungai ini juga dikatakan YB Dato' Seri Hishamuddin bersetuju untuk mengadakan projek sanctuary ikan kelisa. 

Maza menyambung berita baik ini dengan rasa bangga dan senyum sampai ke telinga. 

Akhir kalam; moh ler kita melacong yeop ke kampung teman, gitew.. hehehe




blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails