Halaman

Isnin, 23 Julai 2012

Mengesot meminta-minta di Kota Damansara

22.07.2012 - maza sempat pergi ke Param (pasar ramadan) di seksyen 4,  Kota Damansara pada jam 6.30 petang. Kali ini maza sekadar berjalan-jalan melihat pesekitaran.

Tiba-tiba maza terserempak dengan seorang makcik (tidak tahu kewarganaannya) yang sedang meminta sedekah. Di lengannya seorang bayi yang ketiduran. Berbekalkan bekas berwarna merah sambil dihulurkan ke udara dan meminta-minta.

Di dalam hati maza terdetik belas ehsan. Tidak kurang juga ramai yang memberi sedekah. Termasuklah 'foreigner' yang turut berada di param.

Gambar: Seorang wanita sedang meminta sedekah di tengah-tengah Pasar Ramadan di Seksyen 4, Kota Damansara


Walaupun di bulan Ramadan ini kita digalakkan memperbanyakkan sedekah, namun, menurut nasihat seorang sahabat, kita perlu berhati-hati. Seharusnya sedekah disalurkan pada tempat yang sepatutnya agar ia tidak dimanupulasi orang yang tidak bertanggungjawab. 

Ini kerana, adakalanya peminta sedekah tu didalangi oleh sindiket. Perlakuan bejat ini merosakan institusi sosial masyarakat. 

Bagi maza pula, bersedekahlah jika kita yakin bahawa orang itu memang memerlukan. Kerana harta yang kita perolehi hari ini itu pun amanah dari Allah SWT. Harta yang dipinjamkan oleh Allah SWT untuk kita uruskan demi meningkatkan darjat dan akhlak kita di dunia dan akhirat nanti.

"Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima!" dan "Menolong orang, jangan harapkan balasannya" barulah diperkira ikhlas.


17 ulasan:

  1. Hmmm.. Pihak berkuasa yang terbabit perlu lakukan pemantauan agar aktiviti yang didalangi sindiket tidak berleluasa..

    BalasPadam
  2. anak kecil menjadi taruhan meraih simpati..

    BalasPadam
  3. Sukar untuk saya melihat peminta sedekah seperti itu. :-(

    BalasPadam
  4. aku belum jumpa sebarang peminta sedekah lagi tahun ni

    BalasPadam
  5. Kalau niat pertama terdetik utk memberi, bersedekahlah....mudah-mudahan mendapat rahmat Allah jua...

    BalasPadam
  6. gitewlah..
    kalau terdetik ragu2.. baik istighfar banyak2.. hehehehe

    BalasPadam
  7. Moga dari sedikit pemberian kita, meringankan sedikit bebannya. Moga benarlah sangkaan kita, dia memang memerlukan bantuan, bukan dari kumpulan sindiket.

    BalasPadam
  8. gitewlah hendaknya....

    huhuhuhu

    BalasPadam
  9. DuluLainSekarangLain26 Julai 2012 pada 7:23 PG

    Mmg kesian ehhh.. terutama yg bawa budak2 tu... sayu rasa di jiwa.

    BalasPadam
  10. biasanya lau terdetik nak bagi, terus je bagi.. mmg de org kata lau bagi, nnti lebih ramai lagi.. so, tgk situasi la.. apa pun, harap2 pihak yg ambil kesempatan tu, cukup2 lah buat begitu..

    BalasPadam
  11. Bersedekah di tempat yg sepatutnya. Tangani pengemis jalanan di negara kita. Kita sendiri yg patut mulakan.

    BalasPadam
  12. Bro, kat kota dmsara, bazar ramadhan kat mana ada lagi ya selain sekyen 4 (tu jer yg sya dok pi) ?

    BalasPadam
  13. maza pun rasa macam tu juga abang mail...
    macam ditusuk2 jarum peniti di tapak kaki, kan kan kan....

    BalasPadam
  14. Begitulah..

    jangan jadikan pemnita sedekah sebagai profession yg professional mcm kat negara China sana.. huhuhu

    BalasPadam
  15. Kat seksyen 6 (meriah kat situ), seksyen 8, Seksyen 5 (Kecik jerk), dan paling havoc di Giant, Kota Damansara!

    hahahaha.....

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini