Gambar: Kubur di sebelah rumah |
Kalau balik dari mengaji, harus mukadam itu didakap erat di dada. Mulut tak putus-putus kumat-kamit membaca ayat suci atau berzikir.
Semuanya gara-gara takut hantu kubur bangun. Atau takut ditegur makhluk halus yang berada di kubur itu.
Pernah juga berlari pecut dari tanah kubur sana hingga ke tanah hujung sini. Apatah lagi di kubur itu ada sepohon pokok yang rendang. Macam-macam cerita keluar mengisahkan pokok itu.
Suatu hari, maza pulang ke Muar, Johor. Mulanya maza tidak mahu dan sudi pun naik ke rumah atok long. Bukan apa, rumah atok long di kelilingi oleh kubur. Kubur lama bersepah sana sini. Tak kurang daripada dua puluh lima buah kubur!
Gerun di hati maza sukar untuk dijelaskan. Kerap itu jugalah maza merengget mengajak emak dan ayah agar segera pulang. Bingkas mata maza memandang sekeliling. Mana tau, kalau-kalau ada roh dalam kubur itu tiba-tiba bangun dan keluar!
"Apa nak ditakutkan. Kubur-kubur kat sekeliling ini bukan orang lain punya pun. Sana tu kubur arwah atuk jantan, sebelahnya atuk betina. Yang itu arwah pak Chot, arwah atok cik, atok itam. Dah berpuluh-puluh tahun aku duduk kat sini, tak ada pun dia orang tu bangun dan nak cekik aku." kata atok long sambil mengusap bahu maza.
Gambar: kubur di bibir jalan kampung di seberang rumah tidak sampai 5 meter |
Minggu sudah maza berpeluang ke Kampung Sungai Putat pula di Melaka. Kali ini sempena majlis turun rumah baru oleh keluarga arwah 'Nyonya' dan suaminya Baba. Sebagai biras kepada keluarga ini, maza telah sama-sama meraikan dan membacakan doa selamat.
Menariknya Kampung Sungai Putat ini ialah tanah wakaf kubur hanya di bibir jalan kampung. Jumlahnya tidak kurang daripada lima buah 'kawasan kubur'. Kedudukan himpunan kubur-kubur ini benar-benar berhampiran dengan rumah penduduk kampung.
Ada kuburnya terletak betul-betul bersebelahan dinding rumah. Pendek kata sebaik buka tingkap terus nampak kubur.
Itu belum lagi sebelah kedai ada kubur.
Gambar: Kubur di sebelah kedai runcit. |
Menurut kata penduduk tempatan, tidak ada peristiwa yang tidak diingini berlaku seperti 'mati dicekik hantu'.
Namun kelihatan sedikit kurang enak apabila sampah-sarap juga bertebaran di kawasan perkuburan ini. Batu nisan pula ada yang tidak terurus dan bersepah.
Jadi, anda bagaimana pula? Sudikah anda berjirankan kubur?
:D Kalau dah biasa ok jer! Hehe..
BalasPadamerrr.. agak seram jugakle.. tapinye kalau udah hari2 biasa dahla kot
BalasPadamWow! sedap nama qurin allisya.... heheheh
BalasPadamtapi tu ler, kalau org luar datang jadi tetamu dan tak biasa keadaan kampung mcm tu, ada harapan malam2 mengigau2 gitew.. hehehe
Pun gitew, dengar kata ada gak kaki sakat; dengki kat bebudak balik mengaji..
BalasPadamheheheheh
dulu masa kerja kat melaka saya agak terkejut...bila tanya penduduk tempatan diorang kata dia dah biasa...dalam pagar rumah ada kubur kat sebelah...
BalasPadamcam umh mak mertua saya je depan umh jalan sebernag jalan ada kunur org kg heeeee
BalasPadamErr, takpelah, saya tak sudi (takut sebenarnya :D)
BalasPadamWah!.. silap2 batu nisan di jadikan tiang gol kecil utk anak2nya main bola..
BalasPadamaderkk.. huhuhu...ngeri seh
WWOW!
BalasPadammalam2 mcm?
hehehehe
..takut kena ngendap ek?
BalasPadamhehehehe
Kena ngendap takpe lagi, takut dia hulur tangan, suruh sambut tangan dier. Hehehe.
BalasPadamrumah nenek saya kat melaka pun ada kubur sebelah rumah. Ada sepasang, tapi saya tak tanya lak kubur sapa.
BalasPadamRugi wooo..
BalasPadambaik tanya..
kurang2 boleh sedekahkan al fatihah gitew.... dan ketahuan tuannya..
hehehhee
Assalamualaikum ahli kubur..cucu tumpang lalu
BalasPadamDi Melaka memang budaya ni masih ada lagi ke? Ala.. kubur tu cuma tempat simpan mayat je. Mana ada dia nak hidup balik.
BalasPadamKat kampung ayah Kak Long di Melaka pun macam ni. Tapi sebab dah biasa, ok aje.
BalasPadamaderkkk.....
BalasPadammalam2 tak der bau lain mcam ke?
heheheh
entah.. rasanya masih ada lagi org yg dikebumikan kat sebelah rumah..
BalasPadambaru2 ini ibu mertua seorang sahabat meninggal di Pontian. Arwah itu juga dikebumikan di belakang rumah (lebih kurang 20 meter). Tanah tersebut memang telah diwakafkan untuk ahli keluarga beliau sahaja.
huhuhu.....
"..jgn lupa nanti singgah lagi dan ketemu di sini" balas ahli kubur
BalasPadamTeringat asrama sekolah pondok dekat kg aku memang pintu depan rumah betul2 depan kubur.Tapi memeng begitulah agaknya cara orang dulu ahli keluarga akan dikuburkan berhampiran rumah
BalasPadamMEREMANG TENGKUK!
BalasPadamkalau malam2 je seram..rumah atuk pun dekat2 juga dengan kws kubur Alhamdulillah takde ape2 gangguan..
BalasPadambtw, selamat berpuasa buat sdr maza sekeluarga.. : )
Ketika kecil dahulu saya duduk tanah wakaf di Pulau Pinang. Biasanya bermain dengan kawan berdekatan dengan kubur.
BalasPadamMuo' mmg banyak kubur bersepah Maza.. Yg kat sebelah rumah ada kubor pun biasalah. Tapi org dulu2 ler.. Dulu Lain sekarang lain :D Kawe pon dulu seram2 sama kubur. Teringat balik tuisyen maths malam2 kena lalu kubur sorang-sorang. Kalau terdengar jer bunyi ranting patah, kelajuan basikal pon terpaksa ditingkatkan he he...
BalasPadammemang sangat dekat tu bro maza
BalasPadammereka tak mahu pasang pagar ke?
nasib baik masa buka pintu tu pocong tak senyum2 dan sengeh2...
BalasPadamheheheheh
terima kasih cik nadine .. hehhe
BalasPadamselamat berpuasa gak...
maza pernah main atas kubur Cina..
BalasPadammasa ramai2 seronok ler,
bila kena tinggal sorang2 kat atas kubur tu.. "alamak!!!"
Hahaha....
BalasPadamPak long maza pernah cerita, masa dia balik tengok wayang kat Bakri lalu kat kawasan kubur Melayu di situ. tetiba ada gadis sudah tumpang basikal dia..
hehehhe
ada tempat yang berpagar, ada yg langsung tak berpagar cikgu...
BalasPadampendek kata, kalau kentut dalam rumah, orang kat kubur tu pun boleh dengar tau!
aderk..
org yg dalam rumah kentut takpe bang maza...jgn yg dalam luar rumah tu =)
BalasPadamsudi atau tak yer...itu jugak rumah kita nanti...hhehe =)
BalasPadamselamat berbuka ye bang maza...singgah param ke petang ni?
mungkin singgah.. mau cari rojak buah!
BalasPadamslurrrppp satu kali.. hehehe
x seram ke?
BalasPadam... org x biasa mungkin kot..
BalasPadamtapi kalau fikir2kan balik, tempat kita juga akhirnya tu..
hehehe