Halaman

Isnin, 15 Ogos 2011

Pohon Berhantu

Dahulu tatkala maza zaman kanak-kanak, kampung tempat tinggal maza di kelilingi oleh hutan. Di belakang rumah hutan, di depan rumah sawah, di hujung kampung juga hutan. Kalau mahu ke kampung ini dari bandar Kluang atau Mersing sudah tentulah akan melalui hutan yang amat tebal.

Sudahlah jalannya berliku-liku seperti ular dipalu, salah hemat boleh bermuntahkan najis muntanajis! Kalau tidak biasa dengan laluan ini, perut anda pasti akan mual dan memulas. Biji mata pun berpinor-pinor. Kepala berdenyut-denyut dek kerana lipatan selekohnya yang pendek dan berbagai bentuk. Ada bentuk 'U' dan lagi dahsyat seperti huruf 'S' yang berturut-turut seperti 7 beradik!

Kebetulan pula perjalanan anda terpaksa melaluinya di malam hari, alamatlah bertemankan kengerian sepanjang jalan. Itu belum lagi al-kisah gangguan binatang buas di pertengahan jalan, juga segala jin dan mambang turut melintasi laluan tersebut.

Gambar 1: Katanya pokok jenis ini jin dan makhluk halus suka menjadikannya tempat tinggal

Dijadikan satu cerita, dahulukala maza amat ngeri dan takut melihatkan pepohon yang besar, rendang dan menjulang tinggi. Begitu juga halnya dengan pokok yang besar tegak berdiri tetapi togel!

Emak pernah bercerita kepada kami bahawa pontianak, langsuir dan makhluk-makhluk halus yang sejenis dengannya suka hinggap atau terbang di atas  pokok ara. Adakalanya mereka menjadikan pokok yang rendang, berselirat akar hingga ke dahan itu sebagai tempat tinggal mereka.

Kata orang-orang tua lagi, pernah berlaku ada mangsa yang diangkut oleh pontianak ke atas pokok ara tersebut. Bayangkan, pokok ara itu sudah besar, tinggi dan dahannya jarang-jarang! Ada tu pokok ara sudah tidak punya daun dan togel! Aduhaiiii...

Kebetulan pula di tanah perkuburan Islam di kampung itu yang bersetentangan dengan rumah sekolah rendah kami terdapat pohon ara, dan pokok-pokok rendang yang sedemikian rupa. Acap kali juga maza ngeri apabila melalui kawasan tersebut.
Hari ini kawasan perkuburan itu sudah terang. Kalau ada pun lalang melitupi batu nesan. Pohonan rendang dan pokok ara tidak ada lagi. 

Dengar kata bukan sebarangan orang yang berjaya menebang pepohonan yang berusia ratusan tahun itu. Kalau tidak cukup ilmu di dada, jangan cuba mencederakan pohon tersebut. Mesin gergaji mahupun jentolak telah digunakan, namun pokok tersebut gagal ditumbangkan. 

Malah pekerja itu pula diserang gangguan di malam hari. Ada itu sampai demam-demam.

Gambar 2: Kita tidak tinggal bersendirian di dunia ini!

Penyudahnya ada seorang yang bijak pandai telah meminta izin dan membacakan sesuatu. Lalu dia hanya menggunakan kapak dan beliung untuk menumbangkan pokok yang berada di kawasan perkuburan tersebut. Alhamdulilah, pokok tersebut itu lut dan tumbanglah menyembah bumi. Lantas kerja-kerja pembersihan dan perluasan tanah perkuburan kami dapat dilaksanakan.

Jadi kengkawan, sukalah maza berpesan. Sesungguhnya pepohon juga adalah benda hidup. Ia mempunyai nafas, hayat dan setiap yang bernyawa kita perlu hargai. Jangan mudah sangat mahu memusnahkan alam, kerana setiap yang dibina dan dijadikan Allah SWT mempunyai penjaga dan hikmatnya. 

Lantas, jangan bertangan 'gatal' mahu merosakan pokok tanpa ada aral dan musabab!



42 ulasan:

  1. Mengorbankan tumbuh-tumbuhan untuk kelangsungan hidup manusia harus dilakukan.

    BalasPadam
  2. Betul Maza amat mengerikan lalu jalan tu... pukul 5:00 pm dah takder kenderaan masa tuh..... kalu tak silap jeragang ada 25 jambatan kayu dan 2 jambatan batu sepanjang laluan.... antara jamaluang kahang huh.....seram

    BalasPadam
  3. ada kat area kampung .. satu pokok tu tak boleh ditebang sampai jalan terpaksa di selekoh mautkan..huhuh

    BalasPadam
  4. gambar 2...sure Maza yang suka melantun2 di malam hari...entah apa lagi yg nak dicarinya.

    BalasPadam
  5. Salam Maza,

    TIe suka tengok gambar 2...  Ada rasa..... hehe... 

    BalasPadam
  6. wah.. berbakat jadi blogger paranormal...
    pokok kayu yang yang dalam pertama tu mmg menakutkan..
    pernah terbayang masa kecik2x ada nenek kebayan keluar dari sana.. 
    hihihi

    BalasPadam
  7. wooowoo...
    ada hantu atas itu pokok maa...

    suri caboT seLIpar dulu...

    BalasPadam
  8. di kampung aku dalam 50 meter dari rumah aku ada sebatang pokok rendang yang besar
    'pokok pulau' mak aku panggil.. pokok tu mmg tunggal tak bertebang sebab mmg ada 'benda'
    aku pernah juga kena kacau masa balik kg, kul 4 pagi tahun lepas huu

    BalasPadam
  9. memang seram.. berselirat akar2 kayu tu hee

    BalasPadam
  10. memang benar citer tu pokok2 yg besar ni mmg ada penunggunya. Pernah satu ketika di kg gua orang cuba tumbnagkan pokok kayu ara berkesudahan pokok tu tkleh tumbang wpun dah kena potong...

    BalasPadam
  11. Ditepi rumah mertua dahulu ada pokok Cempedak selalu dikaitkan dengan penunggu. Batang pokok besar se pemeluk. Akhirnya telah ditebang oleh Majlis Daerah. Arwah mak mertua selalu bimbang setiap kali ribut melanda bimbang akan pokok Cempedak tersebut tumbang ke rumah jiran tetangga.

    BalasPadam
  12. "datuk nenek, anak cucu nak tumpang lalu"
    hehe
    orang tua2 memang selalu macam tu bila nak melalui dekat pokok besar

    BalasPadam
  13. nak kencing pun sama cikgu.. hehehhee

    BalasPadam
  14. ..itu pun jika perlu.. huhuhu

    BalasPadam
  15. ..hehehe itu dulu tok.. sekarang ni semua jambatan batu. ihik!

    next time maza mau cerita pasal penyabit dan jambatan.. apa mcm?
    hehehehe

    BalasPadam
  16. ..wah maza pernah dengar cerita berupa ini.. kalau tak silap di Perak... 

    eh betul ke? ahaks.

    BalasPadam
  17. ..cari kzue.. mau datang, mau cekik kzue.. hahahahha

    BalasPadam
  18. ooppsss... terima kasih kak tie.. ihik!

    BalasPadam
  19. lagi banyak berselirat, lagi ler seram.. boleh bikin penjara sehhhh

    BalasPadam
  20. ..terima kasih abg mus.. 

    bab nenek kebayan aderkkk.. satu watak dlm penceritaan yg menakutkan..
    baru2 ini maza mendapat tahu bhw di Indonesia Kebayan bermaksud puteri raja.. ahaks.. 

    BalasPadam
  21. ..jangan hidup anda dihantui MISTERI!.. 

    hehehhe

    BalasPadam
  22. ... wah masih wujud lagi sampai sekarang?

    aderkkk.. balik raya nanti macam mana?

    BalasPadam
  23. hehe raya balik naik kereta, sampai siang kot.. masa kena tu aku naik bas dan turun jalan kaki menuju ke rumah, 

    BalasPadam
  24. Padin.. maza cuba komen di blog sana.. tapi tak boleh.. box comment pun tak ada.. aderkkkk

    BalasPadam
  25. ..wah.. kena menuntut dgn pokok ini... menuntut ilmu kebal.. apa macam?

    hehhehehe

    psst: maza sudah terjah blog sana, tapi tak boleh komen lah pulak

    BalasPadam
  26. ..ah! kalau tumbang ke rumah orang itu, harus dibimbangkan.. hehehehe

    BalasPadam
  27. ahah template tu leceh sikit.. maybe kena klik pada title di archive
    kalau tak keluar jugak kotak komen, disqus aku meragam le tu huu

    BalasPadam
  28. kt kg sy byk pokok2 tu...dkt dgn sawah bendang plk tu heee takOTTT..

    BalasPadam
  29. ..kes atas pokok ada hantu!
    heheheheh

    BalasPadam
  30. gambar yg abg amik semua lawa lawa

    BalasPadam
  31. ooppsss..terima kasih gitew.. hehehehe

    BalasPadam
  32. waaa..haha..pokok itu mmg benar2 berhantu gitew...hikhik

    masa kecik2 dulu sy selalu dimomokkan oleh org2 tua akan pokok2 yg berhantu mcm pokok pisang lah n bla bla bla..dh lupa..yg plg tkut pokok pisanglah..lbih2 lg waktu mlm..kalo boleh xnak tgok pokok pisang!! hampeh sgguhlah..sian pokok tu..tak bersalah pun :D

    BalasPadam
  33. Siapa org bijak pandai tu? Maza ker? he he... Kawe time2 budak2 dulu pon dikampung banyak pokok besar2 dan org2 tua2 citer pasal citer hantu nie.Kalau time relax, cool jer jalan. Time kalu malam2 dan teringat citer hantu.. he he.. jalan cepat2.. Kalu ada bunyi pelik, terus lari tanpa toleh belakang! Seraammmmm.........

    BalasPadam
  34. Yup, cantik menarik dan mmg D Bomb!. Makin lama makin hebat!!! oh rona-rona...

    BalasPadam
  35. Kalu lupa, kdg2 panik sbb takut silap tembak dan jin sumpah lak nanti... hari check si adik tu dan pastikan ianya selamat sejahtera.. he he

    BalasPadam
  36. Hahahaha
    Tgk gambo akar pokok jek dah rasa mcm ada hantu kat situ :-P

    BalasPadam
  37. Org tua mcm2 ada mereka punya resam pelbagai :-D

    BalasPadam
  38. dan lagi malang ialah momok itu sendiri.. sekarang semua orang takut dengan momok, dan tak mahu kawan dengannya.. aduhaii..

    huhuhhu

    BalasPadam
  39. ...org bijak tu bukan lah maza.. semacam tok moh gak ler. .hehehehe

    Pssst... dengo kabar, kat muo banyak hantu2 berpelisiran.. hehehe

    BalasPadam
  40. ...kalau mcm tu, jangan tengok, baca entry ini dengan meraba-rabakan tangan ke monitor...errr macam baca braille gitew.. hehehe

    BalasPadam
  41. eeeee.... atotnya kiter... seremmm..
    nenek selalu pesan kalau tiba2 badan terasa seram sejuk
    cakap " aku tak kacau kau, jgn kacau aku"

    BalasPadam
  42. ...errr cuba bayangkan.. tetiba lak antoo tu jawab.. "Siapa kacau kau?" .. apa mcm?

    hahahhaha

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini