Keputusan akhir, Singapura vs Malaysia untuk Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014, Brazil ialah seri 1-1.
Ini bermakna sampai setakat ini sahajalah Malaysia mara ke pusingan kedua Piala Dunia. Sebelum ini Malaysia sudah pun tewas dengan Singapura ketika melawat ke tempat lawan dengan 3-5.
Oleh itu melengkapkan agregat 4-6 dengan Singapura terus mara ke pusingan selanjutnya.
Ini bermakna Harimau Malaya tempang dan tertanggal taringnya terkena tamparan lengan sang Singa!
Secara keseluruhannya walaupun Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur dibanjiri oleh penyokong Malaysia berpuluh kali gandar daripada penyokong Singapura, iaitu 80,000 (Malaysia) - 500 (Singapura), namun itu tidak dapat menahan kemaraan Singapura.
Permainan Malaysia pada masa pertama hambar. Hantaran bola oleh pemain tengah acapkali tidak tepat dan sudah semestinya menyukarkan pihak penyerang mahu menyumbat ke gawang.
Sepekara lagi perlawanan kali ini semacam tidak kena. Seolah-olah tidak selancar ketika bermain dengan Taiwan. Tapi entahlah, tak berani mau tuduh-tuduh.
Man of the match kali ini maza memilih Khairul Fahmi (Apek) juga Safee Sali dan Kunalan.
psst tagline maza kali ini: Kalah & menang adat perlawanan, tapi biarlah tewas bermaruah bukanya Rahsuah!...
Terima sahajalah keputusannya... Masih belum ada rezeki. Sekarang tumpukan pada kelayakan Olimpik pula.
BalasPadammungkin tekanan kepada pasukan negara, tak pernah tengok penyokong yang ramai sangat..hehe
BalasPadamapa² syabas kerana pasukan kita dah boleh pergi sejauh ini.
pemain yang tak sepatutnya di bawa masuk, tapi dibawa masuk lst sekali Kad merah dihadiahkan buat peminat malaysia........ GERAMMMMMMMMM tak hbs lagi..............
BalasPadammaza...
BalasPadamutk game kali ini...saya sokong penyokong yang datang...ramai tu...lama tak tengok penyokong malaysia seramai tu...huhuhu...go go penyokong kucing malaya go home n sleep tight~~~hahahaha
Saya pun pilih Khairul Fahmi, S Kunanalan dan Safee Sali kerana bertindak cemerlang. Ketiadaan beberapa tonggak pemain sebelum dan ketika perlawanan memang di rasai. Apa pun kita tewas bermaruah. Tanah tumpahnya darahku. Sekurang-kurang kita tidak mengharapkan awang import untuk mara
BalasPadamSedih juga bila pasukan Malaysia tak dapat meneruskan cabaran. Apapun, tahniah buat penyokong yang bersemangat.
BalasPadamPemain pun tentunya dah cuba untuk menang.
sedih rasanya tak dapat mara... apapun barisan pertahanan masih perlu di kaji...sekadar pendapat... boleh di cuba lagi akan datang... syabas harimau malaya... dapat mengekang kemaraan singapura tanpa ada pemain import... kecermelangan masih ada namun perbaiki kelemahan tingkatkan keupayaan, kecermelangan akan menyusul...
BalasPadamaku memang bangga dengan mereka
BalasPadamkalau bermaruh bukan kerana rasuah
Terima kasih atas ulasan RajaMaza.. he he...Nak ku nangis tak berair mata... :sad:
BalasPadammujurlah sy tak minat bola.......jd tak terkesan sgt bila jd mcm ni..hekhekhek..mlm td sy demam, tdo smbil buka channel astro arena..semua ayat yg pengulas tu ckp smpailah iklan2nya masuk dlm tdo...kacau btullah!!! :D
BalasPadamTet............. hahahahaha
BalasPadam