Halaman

Jumaat, 29 Julai 2011

Air Mata di Kuala Lumpur...

Yeap semua orang sudah tahu keputusan pertandingan Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di mana Singapura melawan Malaysia iaitu seri 1-1. (pada 28.07.2011)

Di atas keputusan itu juga Malaysia telah tersingkir ke pusingan seterusnya. Setakat ini sahajalah perjalanan Malaysia hingga ke pusingan ke dua. Malaysia atau Harimau Malaya belum pernah pergi sejauh ini di dalam sejarah Piala Dunia. Inilah kali pertama mereka menjejakkan kaki walaupun Piala Dunia sudah seabad lamanya diperkenalkan.

Di atas kekalahan itu juga mengalirlah sudah air mata Harimau Malaya di Tanah Tumpahnya Darahku!

Hinggakan gelap dan mendung menyelubungi Kuala Lumpur, ibukota Malaysia di pagi hari keesokan harinya. (29.07.2011).

Kita tidak tahu sampai bilakah langit Kuala Lumpur akan mendung dan Kuala Lumpur terus dalam kebasahan. 

Besar harapan kami agar Harimau Malaya tidak terlalu lama untuk berdukacita. Harimau Malaya perlu bangkit memperkemaskan cakarnya. 

Ketua jurulatih Datuk K. Rajagopal masih punya misi untuk memperbaiki lagi kepincangan langkah Harimau Malaya. Kepincangan semalam harus ditebus di arena Asia Cup.

Bagi rakyat Malaysia, jangan cepat melatah dan berputus asa. Mari kita terus-terusan mengibarkan jalur Gemilang mempertahankan Harimau Malaya daripada tersembam dan luka lama berdarah kembali!

Cerita lain


...  Hari ini merupakan Jumaat terakhir di dalam bulan Syaaban. Ramai juga yang mengalirkan air mata taubat sebelum masuk ke bulan Ramadhan. Sekali lagi Kuala Lumpur kebasahan!

Di kesempatan ini maza mahu mengucapkan Ihya Ramadhan dan selamat berpuasa kepada kawan-kawan.

Sekarang ini maza mahu menyendiri dan betapa di pergunungan. Mahu mencari ketenangan dan merawat luka yang tercalar akibat tamparan manja daripada sang Singa, uhuk!

Mari kita berdoa selepas ini agar kita kembali gagah dan lebih kuat lagi. Ameennnn.....

maza tinggalkan lagu ini untuk renungan bersama! AUUMMMM!!!! (mengaum daaa)


17 ulasan:

  1. apa2 pun tahniah diucapkan buat dato k rajagopal krn mmbawa anak buahnya smpai ke tahap ini.
    alah maza jgn lah sedih hoi...adat prmainan kalah menang.

    selamat berpuasa...turun kluang.

    BalasPadam
  2. sedih kak ... dalam hati ada duri..uhuk!

    BalasPadam
  3. ala..rileklah cik maza..dunia je nih..heheheh

    BalasPadam
  4. aderkkkk... dushhh .. astu kali.. uhuk!


    apa mcm ping pong, ada menang ka?..huhuhu

    BalasPadam
  5. nak menangis pung tak berair mata nak merayu sapakan sudi..... segala derita tanggunglah sendiri. Jeragang pung dah put my piece pasal kl-sing ni. Kampung Nelayan pung hiba tapi nak wat camner kita harus terima keupayaan Singa lagi menyerlah dari rimau... harap nya kita tidak selamanya tenggelam dalam impian...kita perlu membuka minda dan menganjak paradigma 

    BalasPadam
  6. huhu
    dah dua hari juga paip air kat kawasan kami ni tak ada air
    angin pun tak mahu keluar
    huhu

    nak menangis pun tak ada air mata

    BalasPadam
  7. Hujan di sini pun lebat juga tapi air tak ada. Ingatkan kawasan sini aje.

    BalasPadam
  8. Kat kelantan pun dah 2-3 hari mendung. Hari ni baru nampak matahari memancar bersinar dan bercahaya. :)

    BalasPadam
  9. ..Jeragan bro... 

    banyak kali maza singgah kat blog Kampung Nelayan, dan sebanyak itu juga diganggu oleh satu inbox kecil pinta password dan nickname.. aderkkk.. 

    BalasPadam
  10. .terpaksalah guna cikgu.. huhuhu.

    tumpang simpati.. uhuk!

    BalasPadam
  11. ..uiks.. kena catu air lah pulak... huhuhu

    BalasPadam
  12. ..hipp hipp horeeyyyy!!!!

    hehehehe

    BalasPadam
  13. aik Maza pon kuar air mata gak? Selalu kalau bab bola dan sukan.. tumpang lalu jer! :wink:

    BalasPadam
  14. Tumpuan kita pula sekarang ini terarah Sukan Sea dan mempertahankan kejuaraan Piala AFF pada tahun hadapan.

    BalasPadam
  15. demi rimau malaya kaedahnya gitew.. hehehehe

    BalasPadam
  16. Tak perlu kamu menangis
    Itulah realiti permainan :-P

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini