Feb 10, 2009
Gambar: Beruang Sarjana pegi sekolah tinggi. hehehe |
“Kau ni. Masa kecik-kecik tak nak belajar bersungguh-sungguh. Dah besar panjang, anak dah beranak-pinak, baru ingat nak belajar balik! Apa kau dah buang tebiat ke? Siapa nak tanggung anak bini kau nie? Aku tak sanggup lagi dah.”
Emak tidak menyetujui cadangan maza. Maza tertunduk sayu. Sedih dimarahi olehnya. Sokongan yang diharapkan, lain pula jadinya. Sokong membawa rebah.
“Ah’ah Mak. Along tu nanti, bila dah belajar tinggi-tinggi, dah jadi graduan, mulalah tak ingatkan kita. Entah-entah lupa anak bini pulak. Mulalah dia pasang angan-angan nak berbini lagi satu!” adik ipar maza menambah perisa keperitan.
________________________________________________________________________________
Garden of Eden: Contest Organised By Gubuk Kecil Kembara Jalanan is on till 30rd April 2011. Click here to join.
________________________________________________________________________________
“Tidak. Abang janji, abang tak sia-siakan sesiapa pun. Emak tak payah susah-susah keluarkan belanja. Duit orang rumah abang pun abang tak akan usik. Abang akan kerja lebih masa. Kalau perlu, abang akan kerja part time untuk menampung yuran kuliah.
Apa yang penting sekarang ini ialah restu dari emak. Mudah-mudahan perjalanan abang dan keluarga ini diberkati dan berjaya."
“Ell ... leh ... lelaki memang macam tu. Belum dapat, bagai menanam tebu di hujung bibir. Tabur janji aje, buat belum tahu!” pendapat wanita yang stereotype terpacul dari mulut adik ipar maza.
Kemudian emak menambah lagi, “Huh! Payah aku nak cakap dengan engkau ni. Dulu masa suruh pergi sekolah, siap panjat pagar, berlari balik. Lepas tu, bila besar sikit malas nak belajar. Ha! Apa pendapat kau Aida?”
“Errr ... saya ok aje mak. Selagi abang maza tak menyimpang, betul cara dan niatnya. Saya tiada masalah. Lagipun kalau saya halang, seribu satu alasan lagi abang maza boleh buat. Ada aje tu karang. Bukan mak tak kenal anak mak seorang tu”
Walaupun berbunyi agak masam-masam pahit, tetapi sekurang-kurangnya kenyataan isteri maza sudah dikira menyinarkan isyarat lampu kuning.
Lampu hijau, masih menantikan keputusan emak.
Apakan daya, bila dah besar panjang seperti ini barulah teringat hendak belajar. Kata orang, menuntut ilmu biar sampai ke liang lahat.
“Hmm ... kau mesti janji. Lepas lulus nanti jangan kau nak gatal-gatal sampai tak ingat anak bini. Mentang-mentang dah punya ‘lesen besar’, kau lupakan anak bini pulak. Sudah! Lepas ni belajar bersungguh-sungguh. Ini last. Lepas ini emak tak nak dengar apa-apa lagi. Tau!”
“Yahooo...” dua tangan maza tergapai-gapai ke udara seumpama burung kelicap menghisap bunga.
Ah! Memang salah aku juga. Dulu masa sekolah tidak mahu belajar bersungguh-sungguh.
Tetapi, sebenarnya maza tidak mahu membebankan orang tua. Menyambung pelajaran ini memerlukan kos tinggi. Dulu masa belajar di Institusi Pengajian di Kuala Lumpur hutangnya masih berbaki.
“Lantaklah! Yang penting aku telah register dua bulan yang sudah. Sekarang ini aku perlu fokus. Peperiksaan semesta akhir sudah hendak bermula. Aku perlu fokus. Fokus untuk lulus ujian atas jalan raya pada 18.02.2009."
Semenjak mendaftar di Sekolah Memandu SKEM, Gombak, Kuala Lumpur, maza dengan tekun mengikuti kelas lesen memandu B penuh.
Walaupun sudah punyai lesen B2 (lesen motorsikal 250 cc ke bawah) tetapi segala tipu helah dan teknik sudah lupa.
Jadi, maza mohon doa kalian untuk mempermudahkan urusan maza, lulus dengan cemerlang dan sempat graduan di pesta konvokasyen nanti!
Akhir kalam - "Betemu Di Kemuncak Kejayaan"
"maza: cerita cita-cita.... lantun-lantun gitew.. miahahahhaa
Nota kaki lompat-lompat: Terima kasih kepada Cik Ladi Bird dan Che Su yang sudi menjadi follower GKKJ ini yang mana tuannya selalu lantun-lantun entah apa-apa entah gitew.... hehhehe
erk...cis2..igtkan smbung study kt UM..haha..brulah nak bg smgt kan..lesen lori ke kapal selam cik maza?
BalasPadamhhahaha... lesen moto B full yg boleh bawa 250cc ke atas.. hehehehe
BalasPadamdah ada lesen motor besar ni, dan maza ada motor besar juga, adele mau ikut? kita ronda2 malaya?
hahahhaha.. ouch! mesti abg mail dan TE jealous bila dpt tahu adele ikut sama. .hahahhaa
bila dah besar ni mmg susah nak sambung blajar ,tu le pasal bila kita melangkah kealam pekerjaan kita kena fikir betul samada nak sambung blajar lagi ke tak,mau plak dah kawin lg le payah..
BalasPadamkami pun dah susah ni nak sambung lg, tapi kalau ada peluang cuba juga le sambung blajar, mmg tak rugi kita blajar walaupun da berumur..
semoga berjaya bro..:)
owhhhh...kalo gitu sy nak pinjam bleh?? tak pyhlah cik Maza bwk, penat je nnt..sy bru je dpt lesen besar tu smlm.. hahahhahha
BalasPadambiarlah org jeles pun asal hati kita bhgia :D :D
ler.. ingatkan nak sambung kat doctorate ke.. phd ker..
BalasPadamlesen B full rupenye isk
hahaha..puye le membaca dengan penuh hikmah dan tak mahu trtinggal ayat...siap mintak mohon restu lagi dari mak...
BalasPadamapa kata thn depan ko masuk rajalawak...lagi bagus. tak rugi kzue sms hari2..:)
cett..ingatkan maza betul2 nak sambung belajar kat u.. rupa2nya nak amik b full je...:P
BalasPadambb pun teringin gak nak amik b full ni..baru ada b2 ni..tp dah lama tak bawak motor dah..hehe
sengal.... la....zaiddd...bukan main pulun aku baca....
BalasPadammtk restu segala.....cam nk jd pilot....hahaha(cek lesen agong ja...)
ada minat segala perkara yg susuh blh jadi mudha heee...
BalasPadambelajar tak semestinya time remaja yg berumur pun layak juga blajar & mgejar ilmu hee..
dulua da lihat warga tu dah berumur mash dpt capai kecermelangannya di Universiti.. rasa bangga melihat mrka seb cinta akan ilmu walau usia telah lanjut
BalasPadamhehhe.. memang ada niat hendak sambung belajar di IPT. mungkin sikit hari lagi gitew.. hehhee
BalasPadamdoa2kan la ya. .ahaks
Raja Lawak? oh tidak..
BalasPadamhahahaha
elok lah tu, amek ler B full boleh kita ronda2 sama2 ahaks..
BalasPadamko janganlah aku che not aya....
BalasPadamko lah sahabat aku dari kecik sampai skrg.. dari tadika, form 5 hinggalah beranak pinak ni.. hahahha
tumpang lalu ya che not aya.. hehehe
kalau minat nak tambah "payung emas" di syurga itu volleh? ahaks.. ahaks..
BalasPadamHebat pakcik tu kan. .huhuhu
BalasPadamtuntut ilmu kerana Allah bukan kerana kerjaya.. yg itulah sebenarnya membawa ke hakikat syurga... hehehhee
Wah maza.......
BalasPadamChaiyok!!! Teruja dgn semangat maza tu.... bEe yg anak baru sorg & muda trang tang tang lagipun tak dpt nak menyahut semnagat begiru.
Tp, nak sambung blaja kos mmg tinggi sgt2. Hubby pun merestui niat bEe tp, hubby ckp dia tak mampu nak tampung kos tersebut. Sedangkan bEe??? Lagi lidah tergigit. Kuikuikukui...
Nasihat bersama : Selamat Berjaya Sahabat! Semoga berada di puncak kejayaan............... :-)
wah! maza teruja dan bersemangat juga.. terutama ada worang sokong maza untuk lulus dlm ujian menungang motor Lesen B full (250 cc ke atas) heheheh
BalasPadamterima kasih kengkawan.. tanpa bEe dan kengkawan lainnya, siapalah maza, kan?
heheheh
Rasa macam pernah baca entri ni.....
BalasPadamOoo..... maza buat ulangan, ekk !
Haha.... Nak sambung study di UM pun apa salahnya. Maza muda lagi. Darling pun bekerja... okaylah tu.
Pui.. Tipah tertipu lagi... Macam mana ler kawe boleh terpedaya kali ni? Dalam kepala dah ready ucapan selamat dan semoga success dll.. Sekali hujung2 tu... Errrghhh...
BalasPadamNamun selamat mendapat lesen B penuh tu... Good luck!
Memang hebat.. Hmm...
BalasPadamkak tie memang hebat... heheheh
BalasPadamkat tie masih ingat lagi entry ini dari gubuk satu lagi.. hahaha..
gubuk tu terpaksa ditutup dan dipindahkan segala isi perutnya di sini sebelum 31 mei lorr... huhuhu
sedih lah fulaks. hehehe
hahahha....
BalasPadamsebenarnya abg mail, entry ini entry lama maza dari blog satu lagi itu...
kalau abg mail perasan tarikhnya ialah Feb 10, 2009...heheheh
jawabnya sudah lebih kurang 3 thn maza punyai lesen B full lorr..
apa2 hal pun terima kasih abg mail.. dgn ucapan jgn lantun-lantun tinggin udah ler.. hehehe
huhuhu.. tulah kan.. kena semangat kuat dan hati cekal gitew... huhuhu
BalasPadamHahahaha...lesen memandu ye Maza...hahaha
BalasPadamUisskkhh..sabo je le.. smg berjaye le..(rasa nak sekeh je kpale maza tu.. gggrrr..)
BalasPadamselagi ada peluang belajar.. jangan disia-siakan
BalasPadamTer miss lak pasal tu.. Cuma mmg kawe musykil tadi sbb kalau tak silap si Maza pernah sibuk kompang dulu yg dia ada lesen B Full. Siap tunjuk motor lagi. Nape ler mahu ambil lesen lagi ni?
BalasPadamHmmm.. kalau ambik Maza jadi client ni kena hati-hati.. maklumat pun lantun-lantun.. keh keh keh :D
Eh eh.. kakak ni ingat laaa.. dasyat betul ingatan dia ... :D
BalasPadamhehe ingatkan graduasi apa..
BalasPadamkiranya dah ada b full kan?
motornya mana?nak tengok... :)
heheheh.. gitewlah.. citer lama-lama disegarmalarkan kembali.. heheheh
BalasPadamOopp... jangan marah... hahahahah (meh kita gelak ramai-ramai sambil guling2)
BalasPadamterima kasih abg mus... nasihat yg berguna tu.. hehehe
BalasPadamhehehe...
BalasPadamcerita ini maza recycle dari tahun 2009 dari blog maza yg satu lagi..
blog tu nak kena tutup, dah dapat amaran.. jadinya kena pindah randah lah pulak.. huhuhu...
heheh.. tak der kena mengena dgn ambil lesen baru lagi gitew..
BalasPadamsekadar mensegarmalarkan entry lelama... hahahaa.
blog lama sudah mahu kena tutup oleh server provider.. huhuhu
apa lagi, kena ler angkat segala barang lorr.. hehehee
Salam Bro Maza, Saya first time singgah sini. Mula2 memang tak berapa jelas tentang cerita kat entri ini. Tp bila baca komen2 kat bawah ni baru sya tahu bro nak sambung ambil lesen memandu rupanya. hik..hik..
BalasPadampsst: kata2 adik ipar tu melemahkan semangat org betul kan??
Terima kasih kerana menyinggah ..
BalasPadamBiasalah tu.. typical manusia yg mcm2 ragam.. hahha
meh ler join contest, Gaden of Eden. gitew.. heheh
jgn segan2..
Mestilah.
BalasPadamKita mudah ingat benda-benda yang kita baca terutama yang menarik hati, hehe....
Cuma kita tak berapa ingat bab2 rupa orang ni.
Betul , betul... Kak tie memang hebat!! Kah kah...!!
BalasPadamAdeh...terkena pulok...mati2 ingat maza nak sambung belajar kat u...tp sambung@ambil lesen juga satu pelajaran...lagi berdebor rasanye...hehe...
BalasPadampssst....Itu cerita lamakan maza? Sekarang dah ade lesen kapal terbangkan? Kan?
mustahak ada lesen memandu
BalasPadamkalau tak mampu ada pemandu
hehe
adusss....pandai sungguh maza mengenakan org..hehe
BalasPadamjangan mintak lesen nak tambah cawangan sudahh
hahha.. yeap cerita lama di malarsegarkan.. hehehe
BalasPadamnaik bas pun volleh.. ahaks..
BalasPadamhehehehe
ooppss.. cikgu tak pernah pasang "nawaitu sahaja aku"?
BalasPadamhahahaa
Wahahaha... ada B full tu! Hebat!
BalasPadamAlah,baca dari mula tadi macam iye je nak sambung belajar.Ingat nak sambung ke ipt mana-mana.Rupa-rupanya belajar memandu,hampeh....hehehehe.Apa pun selamat berjaya.
BalasPadamuiks.. abg buah pinggang dah tertukar bahasa jadi bro kidney expert lah fulaks.. hahaha
BalasPadampstt: kata orang.. orang katalah.. hehehe.. bila berjalan kena hati2, jgn sampai terpijak periuk api.. ahaks. ahaks.. miahahahhaa..
tumpang lalu ya bang kidney.. ihik..
Ha..ha..melantun-lantun Maza ini. Patutlah mendapat halangan kerana takun pasang bini baru(merujuk motorsikal kuasa besar). Saya pun tidak dibenarkan ambil lesen B Full. Sekarang ini ada Kawasaki ZZR250 tersadai dirumah asyik suruh dijual. Mana boleh sayanglah :-)
BalasPadamzzr250 pernah bertahta di hati maza.. meh ler ride gitew.. hehehhe
BalasPadamSekarang ZZR tuh sudah merajuk sejak pakai motor rempit RXZ Boss. La ni tinggal Kriss sebab kedua-dua tersadai tunggu ada bajet baru hendak hantar bengkel :-)
BalasPadam