Maza ada menerima email, panggilan dan sms dari kengkawan. Mereka meminta maza melanjutkan lagi penceritaan tentang titi yang pernah maza siarkan suatu ketika dulu. Entry itu kengkawan boleh baca di sini: Sepatu Putih untuk Anak.
Jadi, kali ini maza cuba tunaikan permintaan kengkawan yang manis-manis itu. (Ahaks, harap-harap manisnya itu tidak membuatkan ramai orang kena kencing manis.. hehehehe)
Bermulalah Cheretera
Di hadapan rumah maza itu ada ban (taliair). Seberang ban ada dusun. Manggis mendominasi dusun tersebut selain tanaman kelapa, rambutan, petai, jering, lalang, resam. Beberapa batang pokok durian, rambai, nangka, cempedak turut subur. Pokok jambu batu pula tumbuh meliar saling bersaing dengan pokok senduduk.
Pokok buah-buahan itu bukannya arwah ayah yang tanam semuanya. Arwah atuk yang tanam. Kemudian disulam oleh ayah dan emak.
Di hujung tanah dusun itu diamnya sawah tempat kami mencari sesuap nasi.
________________________________________________________________________________
Garden of Eden: Contest Organised By Gubuk Kecil Kembara Jalanan is on till 30rd April 2011.
Click here to join
________________________________________________________________________________
Selain menanam padi, di sawah itu jugalah tempat kami mencari lauk untuk makan malam. Rezeki alam begitulah katanya. Kami akan menangguk, menggagau, menjaring, memasang bubu, memancing ikan, menyeluk lubuk dan pelbagai lagi aktiviti perikanan di sawah itu. Pantang dengar perikanan cara baru, kami akan mencubanya.
Gambar 2: Ujang bersama anak sulungnya sedang menangguk ikan di dalam ban. |
Oleh kerana sumber pengairan ban ini datangnya dari Sungai Madek maka ikan-ikannya juga bersumber dari sana. Antara hidupan merin sungai yang terdapat di sawah dan di ban ini ialah puyu, keli, ikan putih, seluang, haruan, udang, labi-labi, belut, ikan ingeh-ingeh, baung, tapah, tuntung, toman, dan sebagainya.
Sebuah pelantar dibina bersebelahan titi yang merentangi ban. Pelantar ini dijadikan tempat mandi selain membasuh pakaian dan tempat kami melompat ke dalam air jernih itu. Di sinilah busa-busa sabun cap buruh (buku berwarna krim) dan cap kapak (buku berwarna hijau) akan timbul dan hanyut ke hilir bawah sana.
Gambar 3: Pelantar tempat mandi dan membasuh kain baju. |
Dahulunya kami tinggal di kawasan dusun ini. Berumah papan 'atas' bertiang tinggi. Alahai macam rumah Melayu Johor di Taman Mini Malaysia di Melaka itu. Anak tangga terdiri daripada tujuh mata anak tangga. Tingkapnya berkisi-kisi dan berlantaikan papan tebal. Seingat maza, daun tingkapnya lebar, besar dan ada penyendal agar tidak terkuak dan terkatup bila ditiup angin. Dapurnya pula terasing. Agak jauh sedikit daripada rumah agam (rumah utama).
Sekarang ini rumah pusaka itu sudah rebah ke bumi. Hampir tidak meninggalkan sebarang kesan lagi. Sekitar tahun 1978/79 kami berpindah ke rumah yang ada sekarang.
Susana kampung memang aman, tenang dan damai. Sekali sekala diriuhkan dengan helaian tawa anak-anak desa.
Di sebelah petang pak tani pulang di bawah sinar lembayung mega merah di waktu maghrib itu telah menerbitkan suatu sentuhan panorama yang amat indah sekali. Sesekali ungas-ungas berterbangan ke udara melewati batas-batas bendang sebaik disergah atau tatkala senja melabuhkan tirai.
Di sebelah petang pak tani pulang di bawah sinar lembayung mega merah di waktu maghrib itu telah menerbitkan suatu sentuhan panorama yang amat indah sekali. Sesekali ungas-ungas berterbangan ke udara melewati batas-batas bendang sebaik disergah atau tatkala senja melabuhkan tirai.
Pemandangan sawah nan luas terbentang saujana mata memandang ini ibarat indah nian tak terungkap.
Di atas titi inilah biasanya maza menghabiskan masa bersendirian. Menenangkan hati, memujuk jiwa tatkala bergelora. Atau sekadar mengajuk memek muka yang terpamer dari biasan limpahan aliran air ban yang mengalir lemah gemalai itu.
Gambar 4: Merenung nasib, merendam hati, membangkitkan jiwa menjadi anak jati. |
Titi inilah menjadi saksi tempat maza mencari ilham, menanamkan tekad untuk berjaya dan berbakti.
Tatkala petang mula menyingsing, matahari redup ke arah barat, adakalanya maza berhibur di sini. Berbekalkan gitar buruk mendendangkan lagu anak perantau atau sekali sekala meniupkan seruling buluh buatan tangan.
Di atas titi inilah juga kami sekeluarga membersihkan diri setelah pulang dari kebun dan bendang. Menyucikan dari keringat yang berbau tengek, hangit hasil bakaran bara mentari. Juga membersihakan tubuh yang berpalit lumuran lumpur sebelum mengangkat wudhuk untuk solat Maghrib.
Dahulu titi ini hanya selembar (atau dua lembar) kayu balak dijadikan 'beruti'. Untuk ke seberang sana harus berhati-hati. Mesti pandai mengimbangkan badan. Kalau tidak jawabnya tercebur ke dalam ban itu. Lalu basah lukus. *hahaha, ketawa mengejek.
Gambar 5: Renungan 'makrifat' |
Arwah ayah hebat orangnya. Ayah boleh meniti di titi yang sempit itu sambil menyorong basikal dan menjinjing bekalan nasi untuk pergi atau pulang kerja. Kehebatan ayah meniti ini diwarisi pula oleh abang-abang dan kakak-kakak maza.
Dari titi inilah kami adik beradik berkubang. Jernih air ban bertukar menjadi keruh seperti teh susu di kedai mamak. Selagi mata tidak bertukar merah bak mata Maya Karin dalam cerita Pontianak Sundal Malam atau tangannya kecut macam asam kecut (asam boi) selagi itulah kami akan terus berendam sakan.
Adakala kami tenggelam di dalam keasyikan itu, hingga ranting kayu tiba-tiba dibeduk ke tubuh ini. "Pap!" Tiba-tiba bunyi itu hinggap di belakang. Sebaik menoleh rupanya emak sedang menyebat kami. Apa lagi, bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri masing-masing.
Kalau ayah ada, cukup hanya dia berdehem. Semuanya bungkas meninggalkan keseronokan ban itu. *hahahaha
Adakala kami tenggelam di dalam keasyikan itu, hingga ranting kayu tiba-tiba dibeduk ke tubuh ini. "Pap!" Tiba-tiba bunyi itu hinggap di belakang. Sebaik menoleh rupanya emak sedang menyebat kami. Apa lagi, bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri masing-masing.
Kalau ayah ada, cukup hanya dia berdehem. Semuanya bungkas meninggalkan keseronokan ban itu. *hahahaha
Di atas titi ini jugalah kami mencipta gaya terjunan yang pelbagai. Dari terjun botol, terjun bersahaja, terjun cinuk (kepala dahulu), terjun burung, terjun bom, terjun balik -kuang, terjun otromen, gasak Toriton dan macam-macam lagi.
Gambar 6: Menguis-nguiskan kaki ke dalam air mampu memberikan kesegaran sampai ke kepala. |
Di sinilah tempat kami membina rakit batang pisang. Kami berakit di atasnya menyelusuri sepanjang taliair itu. Dari satu pelantar ke satu pelantar rumah penduduk kampung kami singgah. Sudah semacam bot penambang pula. Seolah-olah seperti Datuk Bahamanan atau Mat Kilau mudik ke hulu atau ke hilir hendak menumpaskan penjajah. *ketawa, hahaha.
Di tebing ban inilah kami binakan kubu-kubu kecil ciptaan kami. Dari sini kami mengenal erti peperangan dan perjuangan. Kami lontarkan lumpur dan tanah liat yang dikokah dari tebing-tebing ban. Lalu membalingnya ke arah musuh masing-masing seolah-olah dalam cerita kombat perang Jepun.
Gambar 7: Di atas titi membawa hati |
Taliair ini yang sudah berusia lebih lima puluh tahun asalnya dibina dengan kederat atuk, ayah dan ibu kami. Mereka menyangkul, menggali dan mengangkat tanah dengan pongkes ke tebing. Mereka bergotong-royong dengan orang-orang kampung lainnya. Mereka lakukan dengan keupayaan diri, kecekalan jiwa dan hati murni. Mereka lakukannya seolah-olah seperti Datuk Wan Mat Saman membina terusan di Negeri Kedah sana.
Di ban inilah akhirnya tempat kami bermain 'ram-ram reap' air, main pepatung air, menyelam paling lama, menyelam mencari ikan, menyelam sambil menyumpit ikan, main ikan jaws dan macam-macam lagi. Kata orang sekarang 'it's haven'.
Gambar 8: Bertafakur, menguatkan minda, membulatkan azam |
Titi ini jugalah telah menyaksikan keremajaan maza. Di atas titi ini tempat maza bermenung sendirian, mengusap dada yang pepes, memicit jerawat yang baru hendak tumbuh bak gunung berapi. Atau menguatkan badan dengan membuat senanam fizikal. Sekali sekala maza berlatih silat di atas titi ini. Atau berlatih menari zapin kolek, tarian inang dan kuda kepang, (Kalau sekarang kengkawan suruh maza menari semula, alamat seperti tegaknya pokok pisang yang digoncang-goncang. Keras. Kaku. *hahahha.. baik tok sah korang bayangkan..)
Titi ini jugalah penyambung rezeki kepada penduduk desa. Abang Mat Malik dan kak Maznah yang duduk sebelah surau an Nur itu selalu berulak-alik menggunakan titi ini hendak ke seberang sawahnya di sana. Begitu juga Abang Majid dan keluarga beliau turut berulang alik hendak ke sawah atau kebunnya yang bersebelahan kebun keluarga maza itu.
Gambar 9: Apakah nasibku akan datang? |
Hari ini titi itu sudah menampakkan keuzurannya. Walaupun pernah dibaikpulih dan dillebarkan tetapi kereputan mamahan usia semakin ketara. Apatah lagi semenjak sawah itu tidak kami usahakan hampir berbelas tahun, langsung titi itu terbiar begitu sahaja. Hanya sekali sekala bila anak cucuk pulang atau mengait hasil dari dusun tersebut, barulah titi ini digunakan dan terbela.
Sebelum titi ini rebah, hanyut dibawa lari oleh air ban atau banjir yang merempuh! Sebelum ianya berbaki tunggulan sahaja, maka eloklah rasanya maza menukilkan segala kenangan bersamanya. Mudah-mudahan anak-anak dan keturunan maza mampu menginsafi, mempelajari dan mengenali asal-usul mereka.
Pinggan ayan:
Pinggan ayan:
- Selamat berhujung minggu ya kengkawan. Maza hujung minggu ini mahu lantun-lantun ke PWTC. Ada Pameran Buku Antarabangsa 2011. Jom ke sana, ke sanaaaaa... boleh jumpa nekcun di sanaaaaa....
- Terima kasih kepada Cik Mekar dan Cik Su life Cycle kerana sudi jadi pengikut setia maza. Tanpa kengkawan siapalah maza, kan.... huhuhu
- Hambik ko.... sekali entry panjang lah fulaks.. hahaha...
kita duduk kat felda, tak merasa semua benda ni. tapi kalau balik kg rumah wan di rembau, merasalah mandi di sungai, memabsuh di sungai, ook pun di sungai. Tangkap belalang kat sawah. masa tu bendang saja, tapi sekarang dah penuh lalang. mandi sungai pun dah takda. air pun dah cetek. mmm...
BalasPadamerrmm...anak2 sekarang x merasa mcm kite dulu....bila kite cerita ternganga diaorg dengar.....
BalasPadamissshhh...maza...menyeluk ikan kt paya sawah,ram ram reap air.....kenangan trindah tu...haha..time jentik air tu...aku selalu kalah...pasai jari cek x cukup besar.....dulu time air sawah kering tu la...yg ditunggu2...tangkap ikan pakai tangan jer.....huhu..lama2 sedih pulak teringt arwah pak...
huh... memang menusuk jiwa n mengimbau kenagan masa dulu-dulu...... yeah walaupun aku dikurung dalam umah dan tak ler adventure macam maza... kenangan di kahang tetap manis n stay for ever... Your blogs reminds me of my childhood... Thanks Maza....
BalasPadamBanyak kisah yang disimpan di titi ni rupanya. Boleh tulis novel daripada kisah ni. Kalau dikembang-kembangkan memang sodap ni.
BalasPadam* Selamat berpesta buku, niat di hati nak pergi. InsyaAllah lepas urusan interview selesai.
digali tanpa menggunakan jentera
BalasPadammemang orang dulu2 gigih dan tekun
mereka sungguh ikhlas
mereka berjuang demi agama, kampung, masyarakat, keluarga dan secupak nasi.. huhuhu
BalasPadamniatnya memang begitu.. insyallah, jika masa dan Tuhan mengizinkan mahulah maza menerbitkan buku sendiri.. hehehee
BalasPadamalamak, anak sedara aku sudah mula terasa kerinduan.. huhuhu..
BalasPadamKahang tetap di hati kita, kan?
Di situlah tanah tumpah darah kita.. huhuhu
Aduh not.. ko menambahkan lagi kerinduanku kepada alam budak2 kita.. huhuhu
BalasPadamterima kasih che not aya kerana sudi berkongsi pengalaman terindah ini..
Oh.. boleh bikin entry juga ni laling.. pengalaman hampir sama, tapi ada bezanya.. heheheh
BalasPadampsst: sawah tu ada lintah tak?
Maza,
BalasPadamBoleh tulis novel. Nanti tahun depan, bolehlah buat promosi di Pesta Buku Antara Bangsa.
wah ada titi..kg saya dah tak der titi kini dah jadikan jambnatan pula huuu.. terasa punah memori silamku masa nak g tadika dulu huuu
BalasPadamwah ada karnival buku..awat dia sslu bt kt KL je..bt le jelajah serata ngri plk..huuu..nk dtg jauh ar pula hoooo
BalasPadamSentimental gak si Maza ni.. selalu dok termenung di titi rupa-rupanya. Teringin kawe nak tengok Maza menari walaupun sekarang ni dah kaku pergerakkannya. Sikit pun jadilah. Macam family kawe juga, yang kuat merotan arwah ibu, tetapi kalau ayah sound sikit, semuanya ketakutan. He he.. power seorang ayah/lelaki :wink:
BalasPadamKg kawe tak de sungai cam Maza. Kami main di parit aje. Ikan2 pun kecik2 jer. Kebanyakkannya ikan puyu. Tetapi parit tu cukup besar jugak utk main rakit dan mandi. Tetapi kena tunggu time hujan supaya air jadi bersih dan dalam sikit. Syok kan Maza time budak2? .. Ironiknya masa time budak2 dulu tak sabo lak nak jadi org dewasa.. :D
Gabog: cun melecun. cuma ada a few jer yg photographer nya mcm maleh2 je tangkap....
Di Atas Titi Itu..best seller 2012 :D
BalasPadamsempat gak ber citer kat sini yek ... :D :D
BalasPadamKesiannya kat sang anak yg jadi model sambilan! Nasib cuaca redup... Dpt upah tak tu??? Hehehe
BalasPadamha'ah kat kg bEe pun takde sungai. Cuma parit aje. Nak lagi besar kena pi kat sungai buatan kat sawah belakang umah (org punya).... hehe
BalasPadamhehehe..... masa kita tadika dulu2 semua ada lagi suri. mcm kat tmpt bEe skang titi yg reput dah diganti titi batu. rumah kayu dah diganti rumah batu... huhuhu... budak2 skang pun dah tak naik basikal.... semua naik moto jek skang. huhu
BalasPadamha ha bang mail, asyik duk baca citer kg dia je... kita pun nak sebut jugaklah kita pun ada kampung walaupun kampung uwan... huhuhu...
BalasPadamhaha... meh ler bEe citer pasal kampung lak gitew....
BalasPadamterbaik!!!.. hahaha
BalasPadamhahaha... semangatnya tenggelam timbullah kak long.. oppsss. hahahaa
BalasPadamameeennn... ahaks.. hahahha
BalasPadamuikks.. ada lah depa buat tour dari satu negeri ke satu negeri...
BalasPadamcuma promosi ja kot kurang lagu nu naaa.. hahhaha
paya ada tak?
BalasPadam'Ironiknya masa time budak2 dulu tak sabo lak nak jadi org dewasa.. "...perrkhhh ayat ini memang best lah abg mail... heheheh, skrg ni dah mula rasa terkilan sbb selalu doa nak membesar bagai Johan gitew.. ahaks..
BalasPadamPhotog: terima kasih abg mail, hahahaha.. maza terpaksa angkat tangan dgn komen benaran abg mail itew.. hehehehe
upah ice cream Malaysia aje, volleh?
BalasPadamhahahhha
cerita pasal rakit batang pisang, mmg best masa main kat kampung dulu..
BalasPadamsambil mendayung rakit kita akan terjun sungai kemudian naik balik..bestnye teringat zaman budak2 dulu.. skang tali air kawasan kpg kami tak bole nak mandi lg sbab da kotor..
keindahan dikampung memang indah tak seperti skang..
Aura seorang bapa, kan Maza...sekali berdehem jek, dah rasa gerun satu badan...hehehe. Seronok la baca entry Maza neh. Terbuai2, terhayun2 dek khayalan2 suasana desa. Sobab tu lah kigho eh den dah maleh nak balik KL laie...harharhar
BalasPadamaduhaiii... sayangnya kan..
BalasPadamkalau dibersihkan tu, mesti best kan.. huhuhu
alamak lela, bila lak ekau nak jumpo den ni ha?
BalasPadamkurang2 pekeno ayam golek Nara okey gak tu.. hahahhaa
marvellous gambar2x tu bro!!
BalasPadamNasib sang anak ckp boleh aje... Kalau tetiba sang anak minta belanja baskin robbin... ha???? hehehe (nnt sang anak yg lain2 pun meminta juga ~ berasap pulak poket) huhuhu
BalasPadampaya ada..............
BalasPadamkat area umbai lagi byk paya bakau.... Kat situ ada byk kera (xtau lah kera / monyet / beruk). Nnt bEe amik gambo monyet tu yek. hehe
Seronoknya bila mengimbas kembali kenangan di zaman silam. Bila baca dan tgk gambar2 kat artikel ni baru mekar teringat yg mekar juga ada kisah zaman kanak2 dulu d kampung.
BalasPadamDulu suka balik kg sebab boleh mandi kat parit pastu ada pangkin yg mcm gambar kat atas tu. Skrg dah xde lagi pangkin tu. Nostalgia sungguh bila kenang2 semula
Eh maza, link Mekar ke tu? hehe.. terima kasih.
BalasPadampss: tak sempat lagi nak publishkan contest "garden of eden" maza ni. InsyaALLAH nak pi ambik gambar dulu
errr... Maza Johan tupun dah entah ke mana? mana dia? :D
BalasPadamterima kasih...
BalasPadambelajar dari gambar abg mus juga.. heheheh
heheh.. meh ler bikin satu entry pasal kenangan terindah itu di blog mekar..
BalasPadamkita org pun nak tau gak.. hehehehhe
psst: mekar memang asal org kampung ke? Dari mana?
yeap.. yang benar gitew.. Mekar suka?
BalasPadamheehhehe
Saya anak bandor tidak ada peluang untuk membesar kehidupan suasana kampung tapi saya tidak kekok dengan kerja-kerja kampung kerana orang tua biasa menyuruh saya membersih kebun.
BalasPadamseronok baca kisah nie......sgt mendalam maksudnya wlaupun si pengarang hanya mengisahkan kehidupan kecilnya di tali air....hmmm...rindunya kt kg....huhu
BalasPadam