Gambar: Menelek makna syurgawi |
*
Daripada Anas Bin Malik ra. katanya: “Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW berdiri pada hari Jumaat lalu menyandarkan belakangnya kepada tunggul pohon kurma di Masjid Nabi. Nabi SAW berkhutubah kepada manusia. Selepas itu, seorang lelaki berasal dari Rom berkata, “Adakah kamu hendak aku buatkan mimbar yang boleh kamu duduk di situ dan ianya seumpama kamu berdiri?”
Lalu lelaki itu membuat mimbar yang ada dua anak tangga dan duduk di tingkat yang ketiga. Apabila Nabi SAW duduk di atas mimbar, pokok menguak seperti lembu menggembok sehingga bergema masjid. Suara ini lahir kerana sedih Rasulullah SAW bakal meninggalkannya. Lalu Rasulullah SAW turun mimbar dan memeluknya dalam keadaan pokok itu menggembok. Ia pun diam setelah dipeluk oleh Nabi Muhammad SAW.
"Demi Tuhan yang mana diri Muhammad berada dalam kekuasaannya, kalau aku tidak mendakapnya, nescaya ia akan berbunyi sebegini sehinggalah hari kiamat. Ini kerana kesedihannya terhadap Rasulullah SAW.” (H.R Bukhari – Sahih)
Hasan al Basri akan menangis setiap kali beliau meriwayatkan hadis ini. Beliau berkata:-
“Kayu merengek kepada Rasulullah SAW kerana rindukan Rasulullah SAW disebabkan kedudukan Baginda SAW. Kamu lebih patut MERINDUI untuk bertemu Rasulullah SAW.”
Mereka yang menyintai Rasulullah SAW selepas menyintai Allah SWT. Kemudian kecintaannya itu melebih kecintaan mereka kepada kedua ibubapa dan dirinya sendiri, maka ganjaran besar sedang menanti. Mereka inilah golongan yang dirindui Nabi. Orang itu juga dijamin oleh Nabi Muhammad SAW akan dimasukkan ke dalam Jannah (syurga).
Dalam kata lain Allah SWT pun mengangkat Nabi Muhammad SAW ke makam yang terpuji dan menyintai Baginda SAW sebagaimana firman Allah SWT dalam Al Quran:-
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”.
Baginda SAW setiap detik memikirkan hal tentang umatnya. Kasihnya terhadap umat itu sukar dibendung. Kadangkala air mata Rasulullah SAW mengalir memikirkan nasib umatnya di masa akan datang. Nabi Muhammad SAW terlalu khuatir, sedih dan hiba meninggalkan umatnya. Apatah lagi umat di akhir zaman ini.
Betapa tidaknya, hal ini digambarkan tatkala Rasulullah SAW sedang menarik nafas-nafas akhir hendak wafat. Rasulullah SAW tidak putus-putus dari menyebut-nyebut, “Umatku! Umatku! Umatku”.
Dalam kitab himpunan Hadis Sahih Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Umatku, umatku, umatku,” sehingga menangis (kerana mengenangkan nasib umatnya ini).
Lalu Allah SWT mengutuskan malaikat Jibrail untuk memujuk Nabi SAW. Allah berfirman, “Sesungguhnya Kami meredhaimu hai Muhammad umatmu dan tidak akan menyakiti mu.” (Sahih Muslim).
Dari itu tuan-tuan, marilah kita berselawat ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW sebagai tanda membalas cinta dan kasihnya junjungan besar ini. Pengorbanan yang Nabi Muhammad SAW amat besar, sewajarnyalah di hati kita disemat utuh cinta kepada Rasul!
Lakukan apa yang Nabi SAW suka, dan tinggalkan perkara yang Nabi SAW larang. Itulah tanda cinta, bakti dan setia kepada orang yang kita cintai, kasihi dan sayangi!

"Allahumasali ala syaidina Muhammad!"
"Allahumasali ala syaidina Muhammad!"
BalasPadamsubahanallah...begitu sygnya pepohon kpd rasulullah..brmohon dan berdoa semoga umat nabi SAW akan bertemu dgn Rasulullah...amin.
BalasPadamUmat Nabi Muhammad SAW akan bertemu dengan Baginda SAW.. moga2 kita termasuk org2 yg dapat bertemu dengannya, bahkan menerima tempias syafaat bawaan Nabi SAW.. huhuhu
BalasPadamShalallahu ala Muhammad....
selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad!
BalasPadamsygnya pohon pada Rasulullah..mcmanalah kita nak disayangi pokok, asal lalu sebelah pokok je gatal je tangan tu nak petik daun lah..patahkan ranting lah..
BalasPadamteringat kat pesan sorg ustaz " jangan sengaja memetik pokok atau menyepak batu di jalanan kerana mereka juga berzikir..kita sendiri pun tak pandai nak berzikir"
Well Said Ustazah... well said..
BalasPadamI like your comment.. huhuhu
selain tu bykkan berzikir..:)
BalasPadamhttp://hajarpunyablog.blogspot.com/
Selalu basahkan bibir dengan berselawat ke atas junjungan Nabi SAW.
BalasPadamSalam admin,
BalasPadamSaya akan merasa sedih dan kadang-kadang akan terkeluar juga air mata apabila membaca riwayat-riwayat yang menceritakan bagaimana sayangnya baginda kepada umatnya.Tetapi apa yang lebih menyedihkan lagi umatnya terutama di akhir zaman ada yang begitu berani menghina ajaran dan sunnah yang dibawa oleh baginda yang sebenarnya untuk keselamatan kita.
Sedangkan baginda itu kalaupun kita melanggar segala suruhannya,martabat baginda di sisi Allah terlalu mulia dan tinggi tidak akan terjeja dek kerana kedegilan kita mengikuti segala ajarannya.Mudah-mudahan Allah memilih kita dan anak cucu kita supaya termasuk dalam golongan yang mencintai Nabi lebih dari segalanya.
Sayangnya Rasullullah pada kita, umatnya sehingga ke sa'at akhir hayatnya Baginda mengingati kita, tapi alangkah sedihnya bila ada umat Islam masa kini yang tak tahu macam mana nak berselawat!... Mereka boleh hafal bermacam-macam lagu rock, r & b dan entah apa-apa lagi, tapi tak tahu macam mana nak ucap selawat pada Nabi Muhamad SAW. Oh... alangkah sedihnya!...
BalasPadam