Halaman

Selasa, 15 Mac 2011

Di luar liputan Bujang...

Maaflah kengkawan. Agak lama juga blog ini terbengkalai... (eh lama ke? ahaks!) dan maza tak sempat mahu jenjalan ke blog kengkawan.

Kembara jalanan ini membawa maza ke utara tanahair. Kononnya hendaklah juga maza melawat blogger zyma yang jelitawan itu. Tapi malang tak berbau, di Pekan Rabu itu zyma tak ada. Dia sudah bikin bisnez yang lain, dan sangat sibuk katanya.

Kali ini perantauan maza berpetualang ke negeri Kedah Darul Aman. Selama lima hari di sana. Macam-macam dok ada!.. hahaha

Kesempatan yang ada juga maza sempat menjengah ke Lembah Bujang yang dekat dengan Merbuk dan Sungai Petani itu. Menyelusuri sejarah dan kejadian kerajaan di negara tercinta ini. Sambil-sambil itu dapatlah maza mendalami maksud dan susur jalur Hikayat Merong Mahawangsa.

Gambar 1: Salah sebuah bangku yang terdapat di Lembah Bujang, Kedah.

Bukanlah maza menghilangkan diri disebabkan merajuk. Atau putus cinta lalu maza enggan mencalit sebarang berita di blog ini.

Segalanya disebabkan kesibukan maza mengembara dari satu daerah, ke satu daerah, dari satu negeri menjadi tiga negeri... sambil membawa obor misi untuk secupak nasi menjadi segantang gitew.... huhuhu

Gambar 2: Pengantin di Candi, Lembah Bujang...
Sekembali dari seputaq Alor Staq itu, maza telah menyerbu ke panggung wayang Cathay. Apa lagi menelanjangi bait-bait cerita Hikayat Merong Mahawangsa arahan Yusri Abdul Halim. 

Wayang yang berlandaskan cerita epik ini amat 'BEST!!!!'. Kalau boleh maza berikan 6 bintang daripada 5 bintang berkelipan di anugerah angaksa sana!.

Gambar 3: Penerangan ringkas yang terdapat di Balai Besar/ Istana Pelamin, Alor Setar.
Tahniah kepada Yusri dan syarikat naungannya KRU itu. Begitu juga maza mahu sampaikan terima kasih kepada mereka kerana sudi memaparkan di layar perak cerita sejarah yang sebegini dan sehebat itu! Kepada abang Rahman yang encem memegang watak Merong Mahawangsa (bukan Merong Mahasuasa *ketawa, hahaha), selamat pengantinn baru dan memang hebat lakonannya.

Jadi kengkawan, moh ler kita sokong industri perfileman tempatan yang ini. Asyik disogok cerita hantu dan lawak seram, meh ler kita ke genre yang satu ini... Insyallah tak menyesal punya! Macam menonton filem aksi dari Hollywood gitew.. hehehe

Sedang maza masih berpelisiran dalam kembaranya, kengkawan layanlah dulu blog ini ya... 

Opps, hampir lupa sudah, kepada Cik Nia Jason terima kasih tak terhingga kerana sudi menjadi follower GKKJ yang entah apa entah ini, banyak yang melantun-lantun gitew... hahahaha

31 ulasan:

  1. Kat Lembah Bujang tentu ramai orang bujang :) hehe..

    BalasPadam
  2. Oh, bujang tiga pun lagi ramai.. hahahhaa

    BalasPadam
  3. Ooo.... Zyma sekarang memang bz semacam. Tak pe... esok-esok dia kaya, kita boleh tumpang, ekekeke.....

    Tie memang tak sabar nak tengok citer Hikayat Merong Mahawangsa tu. Tapi tak bolehlah nak tengok wayang. KIta golongan makcik ni tak sesuai laa....

    BalasPadam
  4. Wah.. berjalan jauh rupanya dia... sempat lagi tu tgk wayang. Kawe belum sompat lagi tgk Hikayat tu.. Atas rating 6 atas 5 itu, kawe rasa terpengaruh utk pagi insya-allah ari ni... ;D

    BalasPadam
  5. rasa terpengaruh juga mahu beli original..hehe

    BalasPadam
  6. banyak respon positif untuk filem ini, tahniah KRU! bila nak amik Tengkorak Emas berlakon jadi lanun?hehe

    BalasPadam
  7. Wakakakakaka.......Akak Tie nihhhh. Amboiiiii....kelas gitu !!!

    :-)

    BalasPadam
  8. sy pun nak sgt tgok filem ni......bilalah boleh pergi ke panggung ni...kalau lmbt sgt alamatnya kena download dr internet je lah.... :D

    BalasPadam
  9. semua ckp cerita tu best..nk tgklah..:)

    BalasPadam
  10. Siapa ekkkk Zyma tu? Busy memanjang.......huhuhuhuhu

    Saloon tu mmg masih ada...cumanya den jarang2 berada di saloon den.
    Den busy dgn networking biz.....PruBSN........part-time study lagi.......suami & anak2 lagi. Itu je la my life.Bukannya apa den suka cabaran......tapi mmg masyukkkkkkkkkkk. Cuma kene rajin & sabar.

    :-)

    BalasPadam
  11. Lembah Bujang.... jangan awak yang mengaku bujang..periuk belanga melayang2

    Itu kampung halaman ayah Kak Jie tu Maza...

    BalasPadam
  12. Gi la tgk wayang sekali sekala TE... asyik tgk DVD jer.. darling tak de ke lagi? he he...

    BalasPadam
  13. Oh kak tie..
    kalau begitu bagai dikata... hendaklah maza menghulur bicara sepatah dua.. menghulurkan cadangan sepatah dua...

    jika berkenan kak tie pergi menonton di pawagan itu, janganlah kak tie menoleh ke kiri dan kanan, terus tancapkan anak matanya di layar perak sana.. insyallah kak tie akan selamat sejahtera, pandangan mata dapat di kawal dari melihat adegan yang kurang memberangsangkan jika ada... hehehehe

    psst: gi ler dgn che abg kita tu... rugi tau.. tengok kat wayang berbeza dgn tengok kat skrin komputer yg kecil cetok-eet jer ni.. hahahah

    BalasPadam
  14. maza sokong kata2 kak tie.. hahahhaa

    BalasPadam
  15. hahah.. elok gak jadi lanun, dari belakon jadi GARUDA, tentu penat nak mengibas sayap yg besaq kedabaq.. hahahahah

    BalasPadam
  16. uiikkkss.. adele, janganlah download dari internet.. kesian industri perfileman melayu kita ini.. dgn teknik terkini dan usaha yg bersungguh itu harus disokong.. agar kita mampu membawa filem kita wajah kita di persada dunia...

    kalau kita download internet atau beli yg lanun punya, nanti KRU merajuk.. dia tak mau buat filem best2 dah.. untung tak da, sokongan moral pun hancus.. perkembangan minda dan kreativiti anak2 tempatan juga terbantut dan lagi malang, kita membenarkan diri kita digelar MALING.. huhuhu

    .. panjang lak komen maza, alahai maza dah melantun2 gitew. hahaha

    tapi apa2 hal pun, percayalah, jika beli ori atau menonton di panggung layar perak itu, ia tidak merugikan! errr.. dgn syarat, pergi lah tonton lepas waktu maghrib dgn asar ya..takut terlajak dan solatnya tak khusyuk, asyik teringat si merong yg itew.. ahaks.. ( cabutttt)

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum maza.

    Ramai bagi komen positif tentang filem Hikayat Merong Mahawangsa. Baguslah, akhirnya ada juga filem epik yang menjadi sebutan orang ramai. :D

    BalasPadam
  18. Rugi tak tengok sehhh.. jom!

    HMW memang hebat.. satu perpektif yg begitu berbeza... harus ditonton ni..
    meh ler ke panggung!.. hahahhaa

    BalasPadam
  19. amvoiiii.. keta BMW 3 series tu tak lekang nak duduk diam kat rumah lah ya.. hahaha

    opps.. memang tak gitew keta itu haru bekerja, kan? hehehe

    tapi apa2 hal pun terasa memang nak bertentang mata dgn zyma, eyes to eyes katanya mahu pekena laksa kedah yg kaw-kaw gitew kat Jetty Kuala Kedah.. volleh? hahaha

    BalasPadam
  20. hahahaha.....

    oooo, rupanya kampung ayah kak jie.. hehhee.
    tu hari pun maza sudah gi Baling.. kampung kak jie dan kuina gak kan. .hahaha

    habis satu pergunungan Baling che selongkaq, mau cari asal usul kak jie dua beradik.. hahahahha

    BalasPadam
  21. Cik yati tak mau menonton samakah?
    meh ler sokong industri perfileman yg ini... mana tau, akan datang dia org mau pula keluarkan filem sejarah yg lagi best2 gitew.. heehhe

    BalasPadam
  22. wah..menelanjangi giteww ye maza..hehe..tak tengok lagi, wife je p tengok dengan kawan² dia, nak p tgk sesama mana nak letak anak pulak, lain la maza nak jaga jap..;p

    BalasPadam
  23. hahaha.... maza angkut semua anak2 itew lorr..
    sambil2 ngajar dia org ttg sejarah Langkasuka itew.. hehhee

    BalasPadam
  24. baru sebulan lebih meninggalkan kedah..rindu plak..huhu
    betul tu bro sokonglah filem malaysia kita,
    lg satu jgn terlalu byk sgt tgk citer hantu nant kita akan tkut hantu lebih dari Allah..:)

    BalasPadam
  25. Opps.. kebetulan maza suka tengok cerita seram lawak.. volleh?.. hehehe

    BalasPadam
  26. Macam best sahaja cerita MM. Sentuhan CGI menjadikan filem ini sebaris dengan sentuhan luar negara

    BalasPadam
  27. Salam abg maza,

    Pergi kek Kedah tu sebab ada tawaran fotografike di sana?Abg maza full timeke jadi fotografer ni?

    BalasPadam
  28. Bukan macam, tetapi memang best pun.. meh ler ke pawagam gitew.. hehehe

    BalasPadam
  29. macam gitewlah.. buat sambil2an aje dulu gitew.. hehehe

    .
    .
    .

    err.. maza tak pernah ambil gambar buah pinggang lagi... lagi pun ngeri seh.. takut pengsan dulu sebelum sempat setting gambar... hahahaha (gurau aje sehh..gulp!)

    BalasPadam
  30. tak berpeluang lagi tengok filem kru terbaru tu..

    BalasPadam
  31. tak sempat tak pe, boleh dapatkan DVD nanti.. hehhe

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini