Halaman

Khamis, 31 Mac 2011

Libya sambut April Fool?

Hari ini merupakan April 1, 2011. 

Masa maza tinggal di Amerika dulu (percayalah sangat tu), orang sana memang menyambut dan menunggu-nunggu hari ini. Apa tidaknya, April 1 merupakan hari 'bodoh' (April Fool). 

Mana-mana kaki sakat seronoklah mereka mengenakan orang. Dan orang yang kena dipermainkan itu tidak boleh marah-marah, kecuali mesti ketawa kebodohan menerima segala padah yang dibawa.

Itu kisah mereka yang mereka gelarkan diri mereka sebagai manusia yang bertamadun ler sesangat. Walhal masa mengebom Libya mereka tidak hinggat itu semua! Siap mereka sendiri pun juga tak tahu  golongan rakyat mana, pemborotak mana yang hendak mereka sebelahi. Yang penting katanya , kita kasik bom dulu dan halau si Presiden Ghadafi, barulah kita cari kekonon membebaskan rakyat Libya.. huhuhu

Dan sekarang setelah mengebom lalu meratakan tanah Libya menjadi padang jarak, padang terkukur, pasukan bersekutu yang diketuai oleh Amerika dan Britain ini barulah terhenggeh-henggeh mahu cari kumpulan pemberontak yang mereka hendak dokongi.

Libya dan Gadafi umpama ayam jantan menanti disembelih

Berita hari ini pula mengatakan bahawa pihak Britain pula akan memberikan 'bantuan' senjata untuk menembak rakyat Libya sendiri kononnya hendak menumbangkan rejim Ghadafi.

Pendek kata segenap penjuru dunia bergolak lagi. Dari kehancuran pantai timur Jepun hinggalah pemberontakan dan kemusnahan sebuah negara...
Kata pakar ekonomi, pergolakkan ini penting untuk pengembangan ekonomi dan kemajuan akan datang, di mana sekarang ini ekonomi dunia berada di tahap hampir tepu (stagfilasi). Lalu dengan adanya pergolakan seperti ini, permintaan terhadap barangan akan berubah. Sedikit kepanikan juga antara ramuan penting untuk mengorak langkah ekonomi berkembang. 

Lepas ini dijangkakan akan bertambahlah permintaan untuk sumber baru dan barangan. Lantaran itu ekonomi kapitalis akan boleh dipacu dengan jayanya lagi. Terutama ini benar dalam industri persenjataan. 

Pendek kata, golongan ini memang suka menghancurkan negara orang dan huru-hara berlaku. Duduk diam-diam sambul makan sama-sama tak boleh ke? aderkkk!!!!

Amaran

Sementara itu, awal-awal lagi sudah maza bagi amaran pada mereka yang kaki sakat di ofis mahupun di kawasan perumahan maza itu. Pada siapa lagi kawan-kawan maza yang comel tu ler. Maza katakan pada mereka yang maza ini orang Islam dari Malaysia, bukan orang Amerika sana tu! hehehe... bukan apa, takut ada yang lebam biji mata karang... hahaha

24 ulasan:

  1. masa sekolah dulu selalu juga kenakan kawan2 masa 1 april..tapi bila dah tahu sejarahnya..tak nak dah main2 lagi..

    BalasPadam
  2. hehehe.. ingatkan takut lebam biji mata.. hahaha

    anyway, benda tak elok, kan? Baik tak payah ikut gitew...

    psstt: I just come to know about this absurd things while in varsity.. heheheh..

    BalasPadam
  3. TE player simpanan Man U1 April 2011 pada 2:10 PG

    hm tak terfikir pun, pasal april fool ni,
    yg TE tau 2 April Manchester United ada match..dah seminggu dorang rehat sebab ada international game,
    dah sangap dah ni nak tgk bola!

    BalasPadam
  4. Masa sekolah dulu memang classmates ada buat kat cikgu. Kita tengok je.. sebab kita ni kan innocent, hehe..

    BalasPadam
  5. Kawe ingat zaman dulu-dulu, kita main April Fool ni dgn mereka citer yang tak betul aje. Happy jugaklah sbb tak banyak hiburan time tu. TV pun tiga channel dan Xbox belum terpkir lagi, apalagi nak main. Lama-lama orang buat lawak terlampau dan April Fool tu jadi tak syok pulak. Memang pun idea asalnya pun tak baik tetapi bila dah terlampau.. Hmmm terus dah tak dipedulikan lagi sangat zaman ni.

    Sentuh bab Libya..mmm memang payah jugak nasib rakyat kat sana. Kesian lak akwe tengok. Harap-harap jangan ler AS jatuhkan bom kat sana pulak ari ni.. lepas tu Obama kuar kat TV dan cakap "April Fool"......

    BalasPadam
  6. hahaha.. memang sah TE "KAKI BOLA.. hehehe

    BalasPadam
  7. uiks.. kesian kat cikgu tu kan? huhuhu

    err.. tontu masa tu cikgu yg dikenakan itew encem2 belaka, ek?
    hahahah

    BalasPadam
  8. "Sentuh bab Libya..mmm memang payah jugak nasib rakyat kat sana. Kesian lak akwe tengok. Harap-harap jangan ler AS jatuhkan bom kat sana pulak ari ni.. lepas tu Obama kuar kat TV dan cakap "April Fool"...... "...

    sikulan abg mail dlm kes ini amat best! hahahahah

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum maza.

    * Like 100 kali entry ni (kalau boleh). Kenapalah orang kita sekarang ni terlebih excited tunggu April Fool? Nak kena ni. Yati pun dah bagi amaran. Siapa-siapa yang buat, memang takkan dimaafkan seumur hidup.

    BalasPadam
  10. hehhe.. terima kasih kerana menyukainya.. yg baik2 itu semuanya datang dari Tuhan jua.. tanpa kengkawn siapalah maza, kanzzz.. huhuhu.. errr yaitie.. butang like masih ada kat atas sana ruang komen sana.. hehehe.. sudi2lah tekan kat situ... ahaks... (maza malulah fulaks gitew.. heheheh)

    BalasPadam
  11. Mercipta huru hara adalah kepakaran Amerika dan sekutunya. Bila keadaan sudah kelam kabut banyak negara akan tambah peruntukan perbelanjaan pertahanan negara masing-masing.

    Perniagaan berasaskan perang memang perlukan suasana seperti ini untuk terus berkembang maju!

    BalasPadam
  12. dah tekan dah. Siap share jugak dah. hehe.

    BalasPadam
  13. tak mustahil jika suatu hari nanti keadaan di Libya akan sama seperti di Iraq...mula2 nak tumbangkan Presidennya...lama kelamaan negeri hancur di bedil dgn peluru & mortar...kesimpulannya, semua Presiden Amerika sama saja niatnya...tdk lain & tdk bukan utk terus menghancurkan negara2 islam...

    BalasPadam
  14. Ouch! Ouch! Ouch!...

    terima kasih gitew.. heheeh
    sat maza mau lantun-lantun.. ahaks....

    (malam ni maza tidur dengan muka adak senyum lorrr.. hahahaha)

    BalasPadam
  15. err.. tak boleh ke dia org berperang dgn jin ke, tak pun dgn alien..
    mcm tok moh di dlm negara ini gak ler.. hahahaha

    BalasPadam
  16. dulu2 atas nama liberalisasi drp cekaman sosialis komunis..

    skrg ni dia cuba cari sasaran baru.. mcm main dart gitew.. huhuhu
    dan mangsanya ...?!

    BalasPadam
  17. "Kata pakar ekonomi, pergolakkan ini penting untuk pengembangan ekonomi dan kemajuan akan datang, di mana sekarang ini ekonomi dunia berada di tahap hampir tepu (stagfilasi). Lalu dengan adanya pergolakan seperti ini, permintaan terhadap barangan akan berubah. Sedikit kepanikan juga antara ramuan penting untuk mengorak langkah ekonomi berkembang" -------> CES!!!!! permintaan akan berubah ialah kenaikan harga brg lah... nyampah!!! ---- > org yg di bawh ttp ditindas :-(

    BalasPadam
  18. Maza kat blog list kawe tadi ada nampak Maza keluarkan posting baru "Penerbitan Buku Foto dot dot dot. Klik link tak jumpa.. Mana pergi entri tu?

    BalasPadam
  19. hehehe...

    wah cepat betul dpt berita tu ek?! maza tarik balik atas sebab kerosakan teknikal....
    dan sekarang akan di publish semula...

    BalasPadam
  20. ppsst: ada org tu memang suka duduk di bawah jerk.. best katanya.. hmm.. entahlah wei... hahahaha

    BalasPadam
  21. Saya tidak ambil port sambutan April Fool ini. Apabila ada peperangan sebegini, permintaan komponen elektronik akan naik

    BalasPadam
  22. entahnya.. tapi sungguhpun harga gadget makin mahal, org tetap juga cari, kan?
    heheheh

    BalasPadam
  23. april fool ni mmg saya tak layan. terfikir pulak akan perasaan sendirian jika terkena ngan april fool. tentu benggang jgk.

    dlm paper Utusan tempohhari.. ada berita bgtau, yg Amerika punya wang simpanan hmp susut hingga membolehkan negara ini bangkap. tapi saya kurang faham kenapa mereka menyerang Libya yg turut ada keupayaan tentera yg hebat. muskil2.

    BalasPadam
  24. sbb tu ler Amerika ajak geng serang Libya..
    kalau dia sorg2 aje.. tak larat.. hehehe

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini