Halaman

Khamis, 31 Mac 2011

Punca harga ayam sekarang mahal!

Lepas makan di medan selera berhampiran pejabat ini, maza dan Philip berehat seketika sambil menantikan senak di perut menjadi reda. 

Tiba-tiba seorang pakcik India tua datang ke tempat kami sambil membawa pinggannya. Di dalam pinggan itu penuh dengan makanan. Berlaukan ayam, berkuah kari dan sedikit sayur. kobis. Kalau diteliti betul-betul tak ubah seperti makanan yang selalu didapati di kedai mamak!

Di tangan kiri anney segelas gelas alumnium yang berisi air suam. Dia meminta izin untuk duduk dan makan di meja kami itu. Berselera sungguh dia menjamu selera. Sambil-sambil dia makan dia turut bercerita.

Anney: Sekarang saya sudah tak makan ikan. Ramai orang juga tak makan ikan. Semalam saya ada pergi itu Pasar Chow Kit sana. Orang semua beli ayam. Itu ikan tak ada siapa mau beli.
Maza: Eh! Kenapa lak macam tu?

Anney: Itu pasal tsunami dan earthquake di Jepun lah! Ramai itu orang mati sana. Lebih 10,000 orang itu macam.

Philip: Eh! Jepun kan jaun dari sini uncle. Ribu-ribu batu dari Malaysia.

Anney: No. No. No ... ada orang sudah cerita, sudah jumpa itu jari tangan dalam itu ikan. Itu sama macam kes tsunami Disember 26, 2006. Itu Acheh sana kena, ikan sudah makan orang juga. (Anney menggepal-ngepal nasinya setelah lumat dia menggaul segala kari dan kuah di dalam pinggan itu. Kemudian dia menyuap ke dalam mulut. Sebaik makanan lalu ke dalam kerongkong, Anney pun mula bersuara kembali) ... Itu orang beli ayam bukan satu ekor, banyak ekor. Belakang, itu ayam supply sudah kurang. Itu jam harga ayam ada naik. Kaw-kawa mahal punya.

Maza: Ooo .... (bundar mulut dan bibir muncung panjang). Itu macam ka anney. Patutlah harga ayam sekarang mahal. Sampai RM8.00-9.00 sekilo. Sepatutnya bila orang ramai mulai menyerbu membeli ayam, ikan jadi tak laku. Bekalan ikan akan melambak-lambak di pasaran. Tapi semalam saya beli ikan, harganya masih tetap mahal. Tak ada yang turun pun. Mahu naik lagi adalah.

Anney: Tapi awak jangan takut (Anney mengangkat tangan kirinya sambil dilayangkan ke depan muka maza ke kiri dan kanan. Kepalanya pula digeleng-geleng lentuk). Itu ayam tak ada shortage punya. Sikit  hari, dalam itu seminggu atau sebulan, itu orang akan makan ikan juga. Itu jam, harga ayam akan turun juga.

Philip: Hish.. mana turun cepatnya. Mesti lambat-lambat punya. Bila naik, mau cepat-cepat. Minggu sudah baru sahaja gomen cakap mahu revise harga ayam. Hari ini mereka sudah pun naik harga tiba-tiba. Betul ka ini harga ayam ada kontrol ka?



Pinggan ayan:-
1. Cerita santai  di pagi Khamis dan malam ini malam Jumaat gitew. Selamat membuat amal ibadah gitew. Hahahaha.. 

2. Terima kasih kepada en. slim-diet2 yang sudi menjadi follower GKKJ. Tanpa kengkawan siapalah maza, kan? hehehe



40 ulasan:

  1. Saya tak takut if ikan makan org. Saya takut ikan kena radiation, pastu kita makan, chromosome kita deform, and nanti kuar generation yang deform jugak. Nauzubillah min zalik.

    BalasPadam
  2. Uiks.. kira kata uncle tu pun ada asasnya ya? huhuhu

    thanks for the info...

    BalasPadam
  3. another question..

    What do you think or any suggestion; when would we be able to consume the aquatic foods in safe?

    BalasPadam
  4. ptutlah KFC pun naik skrg..terasa naiknya.. haha

    BalasPadam
  5. Kadang ada pihak tertentu menyaran boikot dengan beralih dari satu bahan makanan yang lain. Bukan menyelesaikan masalah tapi mengundang masalah kerana peralihan pembelian turut menaikkan harga barang juga. Biarlah tindakan untuk jangka masa panjang bukannya untuk jangka masa pendek.

    Yang tidak boleh tahan harga bahan makanan naik kerana Tsunami dan pencemaran Radiasi. Tidak masuk akal langsung

    BalasPadam
  6. Dia org panik agakanya.. hehehe

    BalasPadam
  7. Oh ya ke?
    dah lama tak membelinya... sekarang sekadar bertunggu tangga di kedai mamak aje.. ahaks...

    BalasPadam
  8. Salam abg maza,

    Sekarang ni semua harga barang naik,bukan sekadar harga ayam saja.Tapi yang peliknya gaji susah bebenor nak naik pun.

    BalasPadam
  9. TE suka roti canai31 Mac 2011 pada 2:17 PTG

    makan roti canai 3keping di kedai mamak, boleh cover juga sikit2..hehe

    BalasPadam
  10. patutla harga ayam naik mendadak..ada juga kebenarannya, lebih2 lagi bg peniaga yg otak fikir keuntungan

    BalasPadam
  11. TE komander Maritim31 Mac 2011 pada 2:21 PTG

    it will be my responsiblity soon..just wait

    BalasPadam
  12. kata boss kat sini, gaji akan naik bila harga barang turun!

    masalahnya bila harga barang nak turun? aderkkkkk....

    BalasPadam
  13. hehehe.. affirmative Sir..

    We would appreciate it if you could alarm us at earliest posible.. stop & break... hehhehe

    (dah mcm perang Jepun lah fulaks.. hahaha)

    BalasPadam
  14. mentaliti materialistik mulai melekat padu di otak2 masyarakat kita setelah diberikan pendedahan melampau dgn ekonomi kapitalis katanya.. huhuhuhu

    BalasPadam
  15. memg tu sebabnya tp agak2lahkan nak naikkan harga..memg nk untung cepat..berkat ke buat mcm tu..

    http://hajarpunyablog.blogspot.com

    BalasPadam
  16. patut ler badan cepat naik dan mamak setahun 3 kali juga ulang alik balik negeri, ahaks....

    cabuttttt... lariikkkk

    BalasPadam
  17. entahnya..

    berkat tu tak tahu ler fulaks.. heheheh

    BalasPadam
  18. TE komander Maritim31 Mac 2011 pada 3:00 PTG

    we will try everything we can, every marine life will be saved, also everyone should be saved, whether earthquake or tsunami, we will serve with this responsibility

    BalasPadam
  19. TE suka roti canai31 Mac 2011 pada 3:02 PTG

    tu yg kena rajin bersenam tu, hehe

    alaa bro, kenapa dah tak boleh ubah nama pengkomen?nak juga tulis 'TE suka roti canai' xD

    BalasPadam
  20. bukan ayam je yg mahal...ikan pun sama...barang keperluan dapur pun sama...semuanya sama naik ...ce citer..apa yg x naik..

    semoga mlm jumaat mendapat fadhilat olehNYA.

    BalasPadam
  21. Setiap kali ada musibah pasti ada yang akan ambil kesempatan.. Memang golongan yang oportunist ni sangat cekap menukar isu menjadi keuntungan!

    BalasPadam
  22. Malam Jumaat yg berkat dan utk kesekian kali ini marilah kita berdoa agar kita sentiasa hidup dlm aman sentosa dan dimurahkan rezeki gitew.. huhuhu

    BalasPadam
  23. businessman bukan ke suka akan kesempatan?! hehehehe

    BalasPadam
  24. Allahualam. Bak kata Tun Mahathir apabila menulis tentang betapa beliau tak
    setuju dengan idea membina nuclear plant di Malaysia, ".. Kita tidak tahu
    bagaimana bahan-bahan nuclear ini bertindak balas (jika berlakunya leaking..
    etc).


    Dan untuk menjawab soalam Maza, saya rasa kita pun susah nak estimate bila
    radiation tu akan decay (jika berlaku).


    Ish. Bila komen tentang nuclear nie saya naik emo lagi. Wuwuwu. Saya pun against
    the idea. Walaupun it requires low cost of operation, with large energy
    production, and lebih nature friendly (kononnya).., tapi saya rasa apa yang
    Malaysia ada sudah memadai.

    Some people might say, Jepun bernasib malang. Kecelakaan itu bala dari Tuhan..
    Tapi cuba kita ambik iktibar, mereka yang teknologynya lebih kedepan pun sangat
    kelam kabut situasinya nak control leaking and radiation, apatah lagi Malaysia.
    Stadium boleh roboh... Besi dari monorail boleh kena kepala orang. MRR2 pun
    penah roboh... Methanol Petronas di Labuan pun boleh meletup. And Bakun pun
    tertunda tunda. Nie kan pulak nak bina plant yang benar2 selamat.

    Malaysia semua boleh. Tsk!

    Tengok, saya hemo hemo. :P

    BalasPadam
  25. well said sis, well said.. I love to read it.

    You had provided a very valuable information which I have left behind or at least its my ignorance.... huhhu

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum,
    Setiap apa yg berlaku 4sure akan ada yg mengambil kesempatan! Nak raya pon amik kesempatan... Nak pilihanraya pon amik kesempatan. Uiissshhh, kita sbg rakyat juga yg kena kan!!!

    BalasPadam
  27. ayam organik HPA pun naik 5 kupang maza,

    ibadah ape maza?(sambil menggaru kepala)

    BalasPadam
  28. Errr.. kawe kurang paham ler Maza.. Ane punya bahasa pun dah berbelit-belit dalam citer ni.. :D Kepala kawe sikit pusing skrg. Btw, harga ayam kat KK macam turun aje...

    BalasPadam
  29. Oh gitew.. He..he .. kes putar alam la ni Maza? :D

    BalasPadam
  30. Errk!

    Harga ayam dah lama naik. KIta kat hulu ni tak sabor nak bela ayam organik sendiri. Masalahnya abg susah nak tukar balik kpg. Rugi betul, buang masa jer dok kat quarters ni.

    Bila baca kisah Anney tu, ngeri lak rasa. Maklumlah kita tinggal kat sebelah pantai timur ni, maknanya ikan-ikan pun asal dari nun sana. Ish.. kalau kena radiasi, macam mana ekk? Tak ke mutant kita jadinya....

    BalasPadam
  31. Pening kepala je bila baca pasal harga barang naik. Terus rasa macam nak kerja 24 jam sehari. Huhu. Perlukan paracetamol sekarang.

    BalasPadam
  32. yeap betul.. kita sebagai rakyat juga yg kena... kena pilih siapa yg patut membela nasib kita ini di pilihan raya akan datang gitew... hehehe

    (opps.. terkempen sudah.. hahahha)

    BalasPadam
  33. mcm tu lah lebih kurang.... hehehe

    BalasPadam
  34. aisyeh.. aisyeh,,,, ini tandanya cikgu naman sudah lama tak datang surau ni... bacaan Yassin daaa.... hahahahha

    (cait! sudah garu, gatal kepala pula....) hahahah

    BalasPadam
  35. heheheh... itu anney juga kalu, cakap mcm itu juga kalu... hahaha

    psst: kalau different harga ayam besar, apa lagi abg mail, kasik export ke sini ler... hehehehe

    BalasPadam
  36. "kalau kena radiasi, macam mana ekk? Tak ke mutant kita jadinya...."

    sebenarnya hat tu jugalah maza risau....
    terutama memikirkan pendedahan eksklusif dari nono di komennya di bawah itu... huhuhu

    lagi-lagi bila memikirkan kelak, mampukah maza mengenali kak tie setelah bertukar berwarna ijau mcm gergasi otomen setelah menjadi makhluk mutant!... huhuhu...

    BalasPadam
  37. hahaha.... tiba2 teringatkan pula kisah kawan maza yg turut kerja mcm 24 jam, pasal risaukan duit nak kahwin tak cukup.. padahnya, keesokan hari mc sampai seminggu gitew... hahahhah

    BalasPadam
  38. Kadang2 tak tercapai akalku memikirkan ikan jepun sampai sini..heheh..anyhow..abang Bb n his family totap la makan ikan..

    BalasPadam
  39. sungguh pun entry ini maza yg tulis, tapi tadi masih lagi 'mencekik' ikan. bukan ikan aje, sotong dan kerang sekali gitew.. heheheh

    errkk.. bila fikir2kan balik, mudah2an selamat ahaks.. burpppps. arrrggghhhh... gitew.. hehehe

    BalasPadam
  40. turun pun harga ayam kat KK ni pun masih RM 10 - RM 12 di pasaran Maza. Bagus lagi harga ayam kat sana ... kuang kuang kuang...

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini