Halaman

Jumaat, 14 Januari 2011

Punca Pontianak Rambut Panjang


(Gambar : Mike dan anak-anaknya. Sepesen gitew.. hehehe)

Ada pun rambut pontianak yang panjang itu telah memberikannya sedikit kelebihan. Terutama aura dalam menakutkan manusia. Dengan berambut panjang si pontianak yang glamour berwajah hodoh lagi menakutkan dapat menyorokkan mukanya tatkala dalam penyamaran.

"Pontianak ini sebenarnya spesis pemalu yang amat. Sebab itulah selalunya bila kita terserempak dengannya dia tertunduk sahaja. Sorokan muka di balik rambutnya yang panjang itu," jelas Mike.

Sungguh pun ia berambut panjang tetapi kusut masai. Bukanlah jenis rambut panjang berteknik rebonding, atau pun teknik syampu rejoice 'dengan jari pun boleh' ....*ketawa hahaha.

Jadinya, tatkala bersarapan pagi tadi seorang sahabat maza telah menyatakan teori-teori kenapa si pontianak itu berambut panjang!

1) "Pontianak memang berambut panjang. Kalau berambut pendek itu dipanggil hantu raya. Tapi kalau yang botak gondol dipanggil pula toyol!" kata Izan (dibaca lelaki) selamba sambil mencicah lempeng ke dalam piring sambal.

2) "Tiada seorang tukang gunting yang sanggup mengguntingkan rambutnya. Belum pun sempat mengangkat gunting sudah pengsan dek ketakutan..." Manap melontarkan teorinya sambil sengeh rongak bergigi rompong.

3) "Pontianak hanya keluar di waktu tengah malam. Mengilai pun di waktu tengah malam. Jadinya mana ada kedai gunting di Malaysia ini dibuka waktu tengah malam. Salon pun tutup bang ... hehehe " kata Mike orang yang bertanggungjawab melontarkan soalan tadi.

Pengajarannya, usahlah anda dibayangi MISTERI ... kerna sekarang misterinya sudah terbongkar.

Errr ... selamat hari Jumaat kengkawan, jangan lupa mandi pagi ya.*senyum ... hahaha


12 ulasan:

  1. agak-agak si Mike tu tau tak gambar dia dalam citer pontianak?

    BalasPadam
  2. dah minta kebenaran lorr.. baru boleh publish kat sini lorr.. hehehe

    BalasPadam
  3. lagu haru bila terbang lalu bawah pokok durian belanda tersangkut rambutnya.. aderkk....

    hahaha

    BalasPadam
  4. Maza, pontianak dalam cite Twilight Saga tu pendek2 je rambut dia.. he he :D

    BalasPadam
  5. hahaha.... ini pontianak made in Malaysia jurk!.. hahaha

    BalasPadam
  6. Ada tak pontianak yang pakai cermin mata?... hehehe...

    BalasPadam
  7. Err, logik juga alasan diatas walaupun tidak masuk akal :-)

    BalasPadam
  8. dia terbang malam2 guna sonar lah nekcun....

    hahahha

    BalasPadam
  9. hahah... sekadar mencari kerdipan di dalam kelamnya sinar!

    BalasPadam
  10. Apa kes nie Maza. Tak paham.. Apa message Maza kali ni LOL :D

    BalasPadam
  11. Uikss... mesejnya sangat nyata tu..
    Jaga rambut jangan jadi kusut masai.. hahahha

    *psst: actually it's just funny story ajer lorr.. hehehe

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini