Halaman

Khamis, 13 Januari 2011

Lelong gambar bogel isteri


(Gambar: Farhana)

Andrea Agassi (40 tahun) mahu melelong gambar bogel isterinya di sebuah majlis amal kutipan derma. Tetamu majlis yang memenangi bidaan dengan harga lebih daripada USD4,000 akan dibenarkan melihat gambar bogel isterinya, Steffi Graff di telefon bimbitnya.

Para tetamu bersorak dan bertepuk tangan di majlis yang diadakan di Taiwan itu.

Seorang pemenang bidaan dipanggil ke atas pentas dan Aggasi pun menunjukkan sesuatu dari telefon bimbitnya. Sejurus selepas itu penderma budiman tersebut hanya berkata "WOW!".

Namun begitu pihak wartawan tidak pasti apakah itu benar-benar gambar bogel Steffi Graff (41 tahun).

(sumber: Harian Metro, 13.01.2010,
untuk link klik di sini)

Macam-macam ragam dunia.

Apa yang maza boleh katakan ialah walaupun niatnya baik tetapi perbuatannya tidak halal menyebabkan hasil kutipan derma itu menjadi sama haram.

Memang hadis menyarankan kita menderma dari sesuatu yang baik dan disayangi, tetapi janganlah sampai gambar bogel isteri mahu didermakan. Itu sudah 'terlebih baik' hingga menjadi tak karuan ... hahaha! Oppss...

Pendek kata mendermalah dari sesuatu yang baik lagi halal. Err.. macam halalan toyiba gaklah.


( Gambar: Farhana peserta pertandingan menari OKU,
Pertandingan PDK Peringkat Kebangsaan, Piala Perdana Menteri 2010)

Err ... gambar di atas bukanlah gambar Steffi Graf isterinya Andrea Agassi yang itu.

Potrait gadis melayu ayu ini maza rakamkan di Majlis Perasmian Karnival Jualan Produk, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Peringkat Kebangsaan dan Bakat Istimewa Semai Bakti, Piala Pedana Menteri.

Program tersebut dijalankan pada Disember 04, 2010 yang telah disiarkan di TV2 secara langsung.

Kali ini kontigen Johor telah menggondol Piala Perdana Menteri 2010 tersebut dengan menjuarai acara keseluruhan. Dalam acara pertandingan tarian, Johor di tempat kedua dibelakang pasukan Sabah. Tahniah!

Cerita isteri sudah, cerita gambar bogel pun sudah. Kebetulan pula hari ini hari Khamis, jadinya maza hendak membuat sedikit ucapanlah, "Selamat Malam Jumaat Kengkawan" ....*hehehe....

11 ulasan:

  1. Amboi.....
    Dah pandai pancing pengunjung, ya.... haha...

    BalasPadam
  2. Berguru dengan kak tie juga... ampun mahaguru...

    hahahaha...

    BalasPadam
  3. Dia dah ambil kursus SEO kak.. he he :D
    Jokes aside, Maza, ye ke gambar bini dia tu di HP tu. Sekali ada mesej keluar "Cakap Wow dan duit anda akan dikembalikan plus bunga 100%". Gimik je kot utk kasi popular. Silap2 dia nak berlakon filem lepas ni.. Cuma org putih kalau betul2 bogel pun tak hairan. Depa mana tahu malu lagi...
    Bab fotografi pulak. Komen kali ni pulak berbunyi : boleh introduce sama sama model Farhana tak? I pun nak practice shot gambar portrait la Maza. wink wink wink

    BalasPadam
  4. ish ish..ingatkan gambar bogel sape td..terkujat jap bc tajuk entry..hihi.. Dunia zaman sekarang..mcm2..kdg2 x tercapai dek akal fikiran kita..

    BalasPadam
  5. mcm2. tp matlamat xmenghalalkan cara.

    BalasPadam
  6. Yeap betul tu......

    tak boleh hentam sombrono lorrr...

    BalasPadam
  7. hahaha mau set photog sama dia pun volleh....

    meh ler ke Johor gitew.. hehehe

    BalasPadam
  8. Apalah cara raising fund pun tak kena cara :-(

    BalasPadam
  9. teruk betul perangai. sanggup bagi tgk gambar bogel isteri kat orang

    BalasPadam
  10. dia org tak pentingkan halal & haram.. janji duit masyukkk...

    BalasPadam
  11. sebenarnya pemberita itu sendiri tak tahu adakah yg ditunjukkan itu benar2 gambar isterinya yg berbogel. hehehe

    kekadang saja jer nak buat trick gitew.. gimmick katanya...

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini