Hampir seantero Kota Damansara tahu peristiwa protes pembinaan hypermarket Carefour di Seksyen 11, Kota Damansara.
Walau pun dibantah hebat oleh penduduk sekitar, Carefour dan pihak berkuasa tetap meneruskan pembinaan hypermarket di atas sebidang tanah yang dahulu kononnya diperuntukan khas taman rekreasi, permainan, dewan dan riadah untuk penduduk sekitarnya. Katanya pembinaan hypermarket itu bernilai tinggi dan untuk kemudahan penduduk juga.
(Gambar 2 : Lada merah basah yang segar)
(Gambar 3: Lada hijau basah)
Tidak jauh dari hypermarket tersebut sudah pun berdiri megah hypermarket Giant.Hinggalah hari ini, sudah hampir 2 tahun hypermarket Carefour beroperasi tetapi tidak begitu dapat sambutan dari penduduk setempat. Seolah-olah penduduk setempat memboikotnya. Mereka lebih memilih untuk pergi ke pasaraya yang lain seperti Giant, Tesco atau Ikea walaupun ianya agak jauh dari kediaman masing-masing.
(Gambar 5: Ikan segar)
Gedung aneka dengan kedai bidangan di baggunan Carefour itu banyak ditutup. Pelanggan terlalu kurang ke situ dan mereka tidak mampu menampung kos operasi lagi.(Gambar 6: Haji antara pengujung pasar malam)
(Gambar 7 : Jam tangan)
Untuk menjadikan projek hypermarket tersebut tidak terbengkalai atau bangunan itu bertukar menjadi muzium hantu, maka pihak pengurusan mengambil inisiatif dengan menyewakan tapak pakir keretanya untuk dijadikan pasar malam. Sudah tentulah perkara ini telah mendapat restu daripada pihak berkuasa tempatan juga.(Gambar 8: Tomato segar)
(Gambar 9: Sebakul tomato segar)
Sewa yang dikenakan tidaklah mahal mana. Masih mampu ditanggung oleh para peniaga. Menurut salah seorang peniaga di situ sewa tapak untuk sebulan lebih kurang RM300.00 sahaja.(Gambar 10: Barangan hiasan dan aksesori)
(Gambar 11: Gerai pakaian dan tudung wanita)
Jadinya pasar malam Carefour ini diadakan pada hari Isnin dan Khamis tiap-tiap minggu. Oleh itu dalam sebulan ada lapan kali pasar malam di sini.Maza sempat singgah pasar malam tersebut dan membuat tinjauan.
(Gambar 12: Kasut lambak)
Di pasar malam ini ramai warga asing meronda-ronda dan berbelanja. Ada datangnya dari negara mat saleh, berbangsa negro, Arab, Filipina, Indonesia, Bangladesh, Nepal, Jepun, Korea dan macam-macam lagi.(Gambar 13: Antara pelanggan warga asing)
(Gambar 14: Warga asing membeli belah di Pasar Malam)
Sekali imbas ia seolah-olah seperti pasar malam antarabangsa dengan menampilkan para pelanggannya datang dari seluruh pelusuk dunia.Hasil pemerhatian maza, sekiranya para penduduk mahukan bahan makanan mentah segar seperti ikan, sayur, bawang dan sebagainya bolehlah dapatkannya di sini. Harga yang ditawarkan amat berpatutan.
(Gambar 15: Jualan hanya berharga RM1.00)
(Gambar 16: Kacang panjang)
Jadinya untuk berniaga di sini bahasa pengatara (Inggeris) amatlah diperlukan. Dari penjual ikan, sayur, barangan hiasan, makanan hinggalah ke pakaian, semua peniaga ini reti berbahasa Inggeris. Mana-mana mereka tidak berapa tahu berbahasa Inggeris akan meminta tolong dengan mereka yang ada di sekitarannya.(Gambar 17: Peniaga berkomunkasi dengan pelanggan Filipina.
Penjual ikan pun tahu berbahasa Inggeris dengan fasih)
Memang ada yang tak tahu langsung bahasa bekas penjajah itu. Tetapi ia bukanlah batu penghalang besar. Mereka masih mampu berjual beli dengan menggunakan bahasa isyarat.Penjual ikan pun tahu berbahasa Inggeris dengan fasih)
(Gambar 18: Masih muda remaja. Gadis penjual makanan. Antara menunya ialah Gulai Kawah)
Sekiranya kengkawan berada atau sedang melancong ke Kota Damansara, jemputlah singgah ke sini. Banyak lagi tempat menarik di Kota Damansara untuk dikunjungi. Insyallah, dikesempatan akan datang maza akan melaporkannya di blog ini.Selamat menjamu mata dengan gambar-gambar yang sempat maza rakamkan (yang entah apa-apa entah itu *hehehehe).
Err.....
BalasPadamMacam berita bergambar lak!
.
.
.
Oh labu. Dah lama memerap dalam peti sejuk Tie. Nak buat pengat, tapi asyik terlupa jer...
,
,
Tie dah lama tak ke pasar malam. Malas nak keluar, sebab hujan.Tengok macam lengang je pasar malam di sana. DI sini, nak jalan pun susah, selalu accident langgar siku orang.
Sudah lama tak ke pasar malam :)
BalasPadamsejak carefour tu bukak belum pernak jejak lagi dalam tuuuu... walaupun seminggu 3 kali g giant! hahaha..
BalasPadamtapi sejak simpang masjid kuning tu jadi 4 makin malas nak lalu situ sebab sangat lama nak tunggu trafik lite tu jadi hijau
Best la Maza. happening giler pasar malam Carefour nih. Sayur2 fresh and murah.. setiap satu RM1 tuh. if org yang jenis masak kat rumah tentu heaven giler nih :D
BalasPadamThanks sbb ikut pendapat supaya gambar2 tu kasi besar sikit. Baru nampak jelas skrg. Shot kali mmg bagus. The best yet! Dari segi komposisi dan lighting mcm pro. Tabik!
BalasPadamkalau dah ada pasar malam, macam mana lak jualan barang basah kat Carefour lak? mesti tak laris kan. tak pernah singgah lagi carefour ni, selalu pergi uptown je.he..
BalasPadamKak Tie, kat sini kekadang harga pasar malam lagi mahal dari harga di kedai..
BalasPadamkena hati2 lorr.. hehehe
psst: berita bergambar belajar dari ondscene.com dan kak tie juga..hehheeh
hahaha...
BalasPadamsenang2 meh ler singgah kat pangsapuri lama tu.. tak rindu ke kat worng sini gitew.. hehehe
macam2 ada...
BalasPadamyg muda, yg bergetah, kecik, yg besar... juga yg tua kerepot.. hahaha
"psst kak nono bila nak ke rumah nasrun.. meh ler kita jalan2 kat sini gitew.. " kata nasrun.. hehehhe
BalasPadamNasihat yg baik drpd abg mail mestilah maza ikut.. terima kasih abg mail kerana mengusulkan cadangan yg begitu bernas sekali.. heheheh
BalasPadampsst: abg mail lagi hebat dlm photography tu... maza suka dengar cadangan dan pedoman yg diberikan.. heheheh terima kasih abg mail..
opps.. betul gak kata azwan itew.. heheheh
BalasPadamapa kata kita singgah kat tempat tu sekali sekala.. lagi pun ramai org kita yg berniaga kat situ gak.. hehehe
cuma kat uptown D'kota tu dah macam medan selera lah pulak.. melambak2 kerusi meja jual makanan.. hehehhe
wah..kagum dengan maza, semua gambar boleh snap..hehe..kalau saya tempat org ramai jadi penyeganlah pulak..
BalasPadammestilah org lagi suka ke pasar kan, sebab lebih segar barang basah dia
Maza, tak sangka pasar malam ada jual semua tu ya!.. sebenarnya nekcun ni tak pernah pun pergi pasar malam kerana takut nak bersesak-sesak!... Sampaikan pasar Ahad yang famous satu Malaysia di Stadium Shah Alam tu pun nekcun tak pernah pijak walaupun dah bertahun-tahun duduk di Shah Alam... nampak gayanya, kena pi cuba jugaklah satu hari nanti kalau macam itulah barangan yang terdapat di pasar malam!... nampak lebih fresh dari di hypermarket... good info!...
BalasPadamsecara harafiah begitulah..
BalasPadamselain relatif barangan yg ditawarkan harganya agak murah dan berpatutan gitew....
hehehe
harus dicuba tu nekcun.. hehehe
BalasPadampaling tidak pun dapat pengalaman baru.. barulah truly malaysian gitew..
Di Braitain dan US dia org glamour dgn Flea Market. Di negara kita pula dg pasar malam, pasar Rabu dan Pasar minggu..
Jadi.. kalau gi overseas boleh ler citer kat dia org ttg pasar malam kita.. hehehe
bestnya ke pasar malam..
BalasPadamlagi seronok kalau kantung poket penuh dgn RM....
BalasPadammcm2 boleh angkut bawa balik ke rumah, tak gitew.. hahaha
sejak 3 minggu lepas, pasar malam kat Carrefour ni dah 'hilang', ke mana pergi agaknya?
BalasPadamuiks.. ya ke?
BalasPadamtak perasan lah pulak....
sekarang ni main layan Giant dan pasar malam di seksyen 7 itu... hehe
salam nak tanya pasr malam kat cerrefour tu ade lagi ker dan seiap hari aper
BalasPadamsalam pak Ungku...
BalasPadamsaya kurang pasti pula.. sudah lama tidak pergi ke sana...
dengar kata dah tak ada... tapi entahlah..
walau macam mana pun, di kota damansara itu ada banyak lagi destinasi Pasar Malam gitew.. heheheh
akhir kalam, selamat membeli belah...
maaf abg saya nak ge sana sebab nak cari suppleir pau sebab ade tgk pakci tu ade jual kat sana? kalau dah pindah mana nak cari hehehehe selalu hari aper?
BalasPadamsekarng pasar malam kat kota damansara hari aper kan dia banyak seksyen
opps.. mintak maaf pak ungku, maza kurang maklum tarikh2 rasminya..
BalasPadamtapi kata org kat sini ialah hari Jumaat (seksyen 6) dan selasa (Seksyen 3)...
psst: tak nak cuba kat Kota Damansara Uptown.. tiap2 malam ada pasar malam.. hehehhe
Ooo..baru sya tahu kisah sblm pembinaan carefour. Tapi kan bro, sya rasa lagi best pegi Giant KD tu berbanding carefour nih suasananya suram. Haritu ada pasar malam kat bawah paking carefore tp tak lama lepas tu dah lenyap pasar malam huhu..Kalu tak seronok je pi pasar malam ni
BalasPadampst: bro, kat KD ada kat mana lagi ya pasar malamnya?
Lama tak pergi pasar malam.
BalasPadam