maza amat setuju dengan kenyataan abg mail (Ismail N a.k.a Papa Roq) tuliskan itu… (sila rujuk dan klik di sini)
Jangan ada yang bodoh piang pula cakap dengan "orang itu" siapa suruh tak jaga sistem reproduksi dengan lahirkan anak berderet-deret setahun satu itu tanpa perancangan!! Jawab simpel lagi kurang didikan dari maza ialah awak tu orang kaya mampu buat aktiviti lain di malam hari, mereka itu tak mampu tiada aktiviti kecuali riadah dengan isteri. Lagipun dia tak mampu mahu beli kondom, silap-silap kondom pun dia orang tak tahu!
Memang kos meningkat sekarang ini., terutama kos makanan dan keperluan asas menyebabkan poket-poket makbapak pepes! Mereka yang bergaji berangka tinggi dan senderaha sudah nampak semputnya apatah lagi yang bergaji tak sampai RM1000 itu…
Sesetengah sekolah yang terlalu pentingkan metarlistik, pencapaian dan kemajuan sekolah hingga mengesampingkan perkara pokok di dalam soal pendidikan awal yang paling utama, iaitu “Pendidikan adalah untuk semua”... kesan akhirnya yuran dan kos-kos lain melambung tinggi dan menafikan hak pendidikan murid-murid dari kalangan orang-orang yang kurang berada…. (termasuklah golongan mak bapak sederhana dan miskin juga).
Jangan ada pulak mak bapak yang berkemampuan bersikap bangang dengan mengeluarkan kenyataan “perlu berkorban lebih/berhabisan untuk pendidikan anak-anak.″ Kalau pengakuan ini dipakai, jawabnya sektor pendidikan akan mengalami inflasi paling parah!
Setiap orang lain kemampuannya. Adakalanya terpaksa memilih antara persekolahan seorang anak dan anak-anak yang lain atau dengan sesuap nasi untuk seisi keluarga! Dan ianya bukan berkenaan mak/bapa tak mahu berkorban untuk pendidikan anak-anak.
Sesetengah kes mereka terpaksa memilih anak yang mana satu untuk dihantar ke sekolah!
Sesetengah dari kita hanya mampu bertahan jika seorang atau dua anak pergi ke sekolah.. sekiranya lebih daripada bilangan itu, kantong poket terus sesak dan dihenyak-henyak.
Tidak seorang pun makbapa mahu anak-anaknya tidak terdidik dan tersingkir dari golongan masyarakat berjaya!
Dek kerana menjaga prestasi dan pretij sekolah, ada yang menolak mentah-mentah murid yang kurang berkemampuan dari segi kewangan mahupun jurang pendidikan. Walhal jarak antara rumah dan sekolahnya hanya sekadar sekangkang kera. Sedih! Tapi itulah realiti..
Akhir kata, kos pendididkan anak-anak amat penting dan perlu dipantau agar anak-anak kita tidak ada yang tercicir disebabkan pertaruhan antara pendidikan dan kehidupan! Pun begitu janganlah ada yang mengusulkan instrumen kewangan komersial seperti insuran atau SSPN itu sebagai alternatif jawaban di dalam masalah ini. Bukan semua makbapak, walaupun tinggal di bandaraya ini (apatah lagi mereka yang tinggal di pedalaman seperti di Sabah, Sarawak, Terengganu, Pahang atau ceruk rantau di mana jua) mampu memiliki insuran pelaburan pendidikan atau menyimpan dengan tekal di dalam SSPN. Sedangkan mereka masih bertarung antara menyambung nyawa dan simpanan untuk pendidikan. Kadang-kadang simpanan untuk kesihatan mereka sekeluarga juga kosong atau terpaksa dikosongkan! Lebih-lebih lagi akhir-akhir ini 'kadar inflasi benar' meningkat dan menggila. Susu, tepung, gula, minyak masak, petrol, diesel, gas memasak semuanya meningkat harganya. Itu semua barang keperluan dan untuk perut teruskan kehidupan. Belum lagi mengambil kira kos-kos lain yang turut meroket ke bulan!
Ni baru sekolah, Maza, belum lagi ke IPTA@IPTS. Maza dah sedia ke belum?
BalasPadamKami dah awal-awal lagi buat tabungan setiap bulan (tolak gaji), cukup umur bolehlah menuai, dapat juga tampong yuran dan pendaftaran ke U, itupun jika ada rezeki.
Bagi maza pendidikan awal amat penting untuk menentukan grass root terutama dlm bab akidah (sekolah agama lah tu heheheh)..
BalasPadamini pendidikan awal pun sudah ke laut, haruskah bermimpi pendidikan tinggi? aderkkk..
Bab IPTA maza tak heran sangat....
lagipun PTPTN kan ada.. hehehee
Kerajaan perlu meningkatkan subsidi di sektor pendidikan. Inilah sektor yang menjamin kemajuan di masa akan datang iaitu dengan melahirkan modal insan yag berkualiti untuk negara.
BalasPadamMaza, saya teringat time kecik-kecik masa tinggal di kampung dulu.. semuanya serba susah. Tapi alhamdullillah semua adik beradik kami ok dalam pelajaran dan sekarang menimati hidup yang better dari ibubapa kami. Kalau dulu2 travel dalam Malaysia, sekarang ayah saya sudah tiba London, Paris, Holland, Sydney, Mekah dsb.Tapi semua ini takkan tercapai jika kami tidak menerima pendidikan yang sempurna.
BalasPadamPendidikan sempurna juga bermakna pelajar bukan sahaja dapat pergi ke sekolah akan tetapi cukup keperluan untuk bersaing dengan pelajar-pelajar lain. Sekarang ini bukan sahaja anak-anak kaya berpeluang belajar dengan tutor yang bagus-bagus, malahan advantage ini dilebarkan dengan ketidakupayaan ibubapa keluarga miskin membeli buku-buku rujukan tambahan serta keperluan alat tulis yang mencukupi.
Saya teringin melihat sekolah-sekolah di kampung atau dipinggir bandar dilengkapi dengan perpustakaan, makmal yg lengkap, bilik sumber dan lain-lain keperluan yang boleh meningkatkan tahap prestasi mereka. Yuran-yuran juga wajar dikurangkan ke tahap serendah yang mungkin. Buku-buku teks juga dijaga kualitinya agar tidak terjadi kejadian seperti byk kesalahan sbg mana yg terjadi pada buku teks BI tahun ini.
Akhir sekali mungkin Kementerian kerajaan boleh berkerjasama utk create talent scout bagi mencari bakat-bakat yang tidak menonjol dalam bidang akademik tetapi berpontensi tinggi dalam bidang lain.
Well said abg mail.. well said.. huhuhu
BalasPadamlebarkan bantuan ke kawasan luar bandar juga....
BalasPadamhuhuhu
Kemudahan pembelajaran patut diperoleh oleh semua bukan segelintir sahaja. Bukan setakat anak-anak tertentu sahaja perlu dapat kemudahan melimpah-ruah, tapi biarlah semua. Yang kurang berkemampuan tu patut diberikan peluang untuk menikmati kemudahan pembelajaran yang sama. Setuju dengan Ismail, kita patut beri peluang pada mereka yang tidak menonjol dalam bidang akademik tapi amat berpotensi dalam bidang lain, baru kita dapat masyarakat seimbang, bukan hanya robot.
BalasPadamKalau ikutkan yuran rasmi sekolah rujuk resit rasmi dari Kementerian Pelajaran Malaysia masih boleh dianggap rendah. Cuma yuran sampingan mengunakan resit bukan rasmi kerajaan apabila dicongak melebihi yuran kementerian.
BalasPadamYang sedih sangat masa minggu orientasi tahun 1, cikgu-cikgu terjerit macam murai dicabut ekor kerana tidak ada hailer ketika memberi taklimat kepada murid-murid tahun 1. Kesian pun ada kalau bayangkan 7 hari menjerit memang hilang suara. Heran juga hailer sebagai pembesar suara adalah sesuatu yang perlu ada. Saya melihat kesabaran cikgu memang tinggi melayan murid-murid yang ramai itu.
Kalau melihat didinding penuh dengan falsafah dan kata-kata hikmat tetapi sedih kemudahan audio pada tahap yang amat rendah. Saya rasa pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran jengah-jengahlah cikgu-cikgu dan kemudahan disekolah. Kita dah sampai tahun 2011 banyak perkara masih tidak berubah.
Harapan agar pendidikan dapat menjadi sesuatu yang ditawarkan secara percuma kepada rakyat pada masa hadapan seperti di Sweden, Germany dan Finland.
BalasPadamtu lah pasal....
BalasPadamjangan ada pulak yg mengatakan 'itu adalah subsidi yang menyusahkan negara dan generasi akan datang. Negara Malaysia boleh bankrupt mcm Greece pula!" aderrr..