Halaman

Isnin, 6 Disember 2010

Menyulam yang baharu

nasrun

Hari ini bermulalah lembaran baru. Buku lama ditutup untuk dihisab nanti dan buku baru akan dibuka.

Hari ini juga menandakan sudah terkoyaklah tabir kalender Zulhijah bertukar kepada Muharam. Ini juga bermakna tahun 1431 Hijrah sudah pun meninggalkan kita. Selamat datang pula 1432 Hijrah.

Kini kita menginjak di tahun baru Ma'al Hijrah.

Tahun baru membawa erti sudah 1431 tahun Rasulullah SAW dan para sahabatnya berjuang menegakkan Islam untuk generasi manusia hinggalah kepada kita dan anak-anak kita.

Dalam pada itu mari kita berdoa agar buku lama yang punyai tanda hitam dapat diputihkan dengan menadah tangan memohon keampunan kepada Allah SWT.

Dan buku baru pula kita hiasi dengan warna-warna kemeriahan pahala dan kecemerlang akidah!

Dari itu, maza ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru. Mudah-mudahan tahun ini kita beroleh keberkataan dan bertambahlah kebaikan dalam kehidupan ini. Insyallah ... ameeennn


Tepek satu gambar anak sudah. Juga menandakan dulu dia sebesar dua tapak tangan, sekarang sudah sepemeluk pula.. huhuhu

** Terima kasih Alai Jaya Enterprise kerana sudi jadi pengikut maza... huhuhu.. tambah lagi kengkawan gitew.... terharu seh..


7 ulasan:

  1. Selamat menyambut Maal Hijrah :) Tutup buku lama.. Buka buku Baharu..

    BalasPadam
  2. selamat tahun baru.. sempat ke masjid ke?

    BalasPadam
  3. Salam maal hijrah buat maza sekeluarga..

    BalasPadam
  4. sama-samalah kita gitew...
    tak ke mana2 ke sempena cuti2 hari ni?

    BalasPadam
  5. mak mari sini..duk berkumpul adik beradik kat rmh je..

    BalasPadam
  6. Salam Maal Hijrah jugak... sori lambat.. :D
    Hensem anak.. ikut muka sapa tu?

    BalasPadam
  7. ahaks... malu lak nak mengakunya.. hehehhe

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini