Halaman

Isnin, 6 Disember 2010

Dua Peristiwa Besar ... Tarian Berair

Disember 5, 2010 (Ahad) - Ada dua peristiwa besar berlaku kepada negara pada hari ini.

Pertama ialah kita berjaya memecahkan rekod dengan penyertaan tarian rakyat yang terbesar di Malaysia. Peristiwa bersejarah ini dirakamkan di dalam Malaysia Book of Record.

(Gambar: Perdana Menteri bersama isterinya)

Program tersebut yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor telah berjaya menghimpunkan seramai 15 ribu orang rakyat Malaysia menari bersama di pagi hari bermula jam 7.00 pagi di Dataran Merdeka.

Majlis tersebut diberi nama Cuti-cuti Tarian 1Malaysia.

Diberitakan juga program tersebut akan dijadikan program tahunan dan menjadi salah satu kalender pelancongan Malaysia kelak.

Katanya lagi, ini juga sumbangan untuk kemajuan negara dan rakyat. Terutama untuk kesihatan dan pelancongan.

Peristiwa Kedua.

Di sebelah tengah hari sekitar selesai solat Zuhur satu lagi perhimpunan besar berlaku. Kali ini di Masjid Negara.

Bukanlah acara tahlil mahupun konsert 1Malaysia. Tetapi kisah Menteri Besar Selangor bersama barisan rakyatnya mahu menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan.

YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mahu pihak istana campur tangan perihal isu air di Selangor. Khususnya perihal pemulangan pengurusan air Selangor kepada kerajaan negeri daripada diuruskan oleh kerajaan pusat dan Syarikat Syabas.

Isu ini berkaitan kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat Syabas.

Menteri Besar juga dikatakan mahu menyelamatkan rakyat Selangor daripada menanggung kenaiktan tarif air +-30% dikelolakan oleh Syabas.
Kesimpulan

  1. Kedua-dua peristiwa pasal rakyat dan negara.
  2. Peristiwa satu berlibur dan berpeluh. Peristiwa dua berpeluh, berperih jerih lari dari disirami oleh water canon FRU.
  3. Peristiwa satu tersenyum-senyum, tersengeh-sengeh masuk TV. Peristiwa dua tersengeh-sengeh, termengah-mengah kena selalu hati-hati.
  4. Dua-dua peristiwa ada pengkritik tegar!
  5. Anda bolehlah fikir dan tambah sendiri... hehehhe

@maza: selamat hari Isnin. Baik-baik kerja. Esok sudah cuti Tahun Baru Ma'al Hijrah....

15 ulasan:

  1. huh!!!
    air mata akan sentiasa mengalir..
    hehee

    BalasPadam
  2. salam maal hijrah...

    air oh air .. semoga dimanfaatkan

    BalasPadam
  3. huhuhu.... ada org menari-nari di atas air mata yang bercucuran tau... hahahha

    BalasPadam
  4. air anugerah Tuhan kan umi kan...
    hehehhe

    BalasPadam
  5. ada air pun susah, xde air lg susah...akhirnya rakyat yg menanggung susah...pg2 dah kena bebaris utk ambil air dr lori catuan...
    salam maal hijrah buat maza...

    BalasPadam
  6. Dah menari-nari Cuti-cuti Tarian 1Malaysia tak ada air pun susah, kan.... huhuhu

    BalasPadam
  7. Lebih susah kalau semua isu dipolitikkan..

    BalasPadam
  8. dapat 'like' je, nak komen x reti..hehe..

    BalasPadam
  9. ini pun boleh aje.. jadilah.. daripada tak ada komen langsung gitew... hahhaha

    BalasPadam
  10. heheh... terima kasih....

    kebetulan meniru abg press yg ada kat sebelah masa tu.. hehehe

    BalasPadam
  11. org m'sia suka berhimpun mcm org puteh skrg. tak kira lah utk berhibur atau berdemo.. :D

    BalasPadam
  12. entahlah abg mail... katanya lambang sebuah negara demokrasi.. huhuhu

    BalasPadam
  13. vote untuk nombor 2..hehe..

    apekah???untuk bersenam?untuk kesihatan??dengan menari2, menjerit-jerit?tunjuk nasi lemak, kain tak cukup??macam tu ker?hehe...

    entahlah..susah loh mau cakap ini zaman :)

    BalasPadam
  14. kan... kekadang ada worng mempermainkan dan memperkudakan frasa 'demi rakyat' gitew....
    teruk kan.. huhuhu

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini