Halaman

Isnin, 20 Disember 2010

Malaysia Gampang!

Disember 18, 2010 - sebuah sejarah telah tercipta. Malaysia akhirnya mengesahkan melangkah ke perlawanan akhir pertandingan bola sepak Piala AFF Suzuki setelah berjaya mempertahankan seri 0-0 dengan Vietnam pada perlawan separuh akhir kedua di Hanoi, Vietnam.


Sebelum itu, pada perlawanan separuh akhir pertama di Kuala Lumpur, Malaysia telah menewaskan pasukan Vietnam dengan 2-0.

Tahniah kepada pasukan negara. Ini merupakan kali kedua Malaysia di ambang juara setelah 14 tahun kejohanan diadakan. Kali terakhir pada tahun 2008 Vietnam adalah juaranya dengan menewaskan Thailand.

Kita harap kemaraan akan diteruskan dan kali ini kita menjadi JUARA!

Sekiranya kita juara, ini bermakna kita melengkapkan kecemerlangan di persada antarabangsa yang bermula pada tahun lalu (2009) dengan menjuarai pertandingan bola sepak di Sukan SEA.

Sedang asyik maza dan kawan-kawan meraikan kejayaan ini, tiba-tiba Suib bersuara; "Wah! Selepas ini Malaysia akan bertemu Indonesia di final."

Dari kerusi sebelah Wak Parjo dari tanah Jakarta menyampuk, "Wallah, Indonesia usah takut. Gampang Malaysia, janjinya usaha kita kena tekun. Kalau tidak Indonesia persis kehilangan mahkotanya!"



Kebetulan Suib yang penuh bersemangat itu terdengar kata-kata Wak Parjo lalu menyergah Wak Parjo, "Hoi! Apa ni cakap Malaysia gampang. Kau nak kena lempang ke?"

Wak Parjo terpinga-pinga dengan muka tak bersalahnya.

Mujur ada maza dan beberapa teman yang lain menahan dan menyabarkan Suib yang tengah berkobar-kobar itu. Akhirnya kami dapat menahan daripada berlakunya peristiwa 'ganyang' antara peminat dan penonoton bola sepak di kedai mamak itu.


Dari itu kengkawan, maza inginlah berpesan sedikit. Kita harus mencontohi penonton Vietnam yang setia menanti perlawanan hingga tamat walaupun pasukannya sudah tiada harapan lagi. Namun jangan pula kengkawan meniru perangai mereka di Hanoi yang sukar menerima kekalahan lalu mahu merusuh sana sini termasuklah memecahkan bas dan kenderaan pasukan lawan.


Kamus hari ini:-
Gampang - 1) anak haram (kamus Malaysia);
-2) Mudah atau senang (kamus Indonesia)



20 ulasan:

  1. Maaf la maza. saya skipped issue bola.. hehe saya tak minat. ;P

    cuma nak cakap potrait jejaka itu sungguh bagus. 50mm f1.8 kah? hee

    BalasPadam
  2. uiks.. hebat Cik nono.. meneka dengan hebatnya.. heheheh

    gambar pertama gunakan 18-200mm f.3.5
    dan dua lagi gambar lagi gunakan 55mm f1.8

    terima kasih nono..

    BalasPadam
  3. itula bola, menyatukan semua kaum tanpa mengira fahaman politik...... semua atas nama MALAYSIA..............

    BalasPadam
  4. ehehe.. tak sangka aishah pun suka bola ya. hehehe

    BalasPadam
  5. kira agak fanatik la juga wp tak pernh pi stadium..... sanggup juga berjaga malam dgn hubby semata2 tgk Liverpoll.....

    BalasPadam
  6. wahhh!! masa kami menonton piala dunia masa kat kolej dolu2, tak kelihatan lak kelibat aishah.. hahahaha..

    anyway... tahniah.. bukan senang nak cari org perempuan suka bola sepak ni.. hehehhe, kecuali terpaksa ikut suami gitew..

    BalasPadam
  7. masa tu keadaan yang tak mengizinkan haaaaa
    family saya memang kaki bola...., dulu masa sekolah siap buat buku scrap (betul tak ejaannya) lagi tentang pemain bola Kedah (masa zaman Radhi mat Din).... hehhehe

    BalasPadam
  8. kahakahakaha.. sudah ketahuan.. hehehe
    kalau dulu2 ni.. sudah lama kena boikot tu.. hahahhaa

    its okay.. bola is a good games kan.. hehehe
    saya ikut keadaan.. tak adalah nak minat sesangat..
    ...psst: kekadang minat tidur dari bola gitew.. heheheh

    BalasPadam
  9. Lain tempat lain makna bahasanya... sebab itulah kena berhati-hati bila berbicara di tempat orang...

    BalasPadam
  10. Biasa dengan perkataan gampang tidak semesti bermaksud mencarut. Saya mempunyai kawan Jawa yang berbinkan GAMPANG. Pada mula saya ingat guruan memang betul nama bapanya

    BalasPadam
  11. Aku yakin kita boleh menang Maza... :D

    Ps : jangan sejarah berulang dah hehehe

    BalasPadam
  12. nekcun tak minat bola sama ke?
    tentu kat cafe sana ramai jejaka yg minat bola dan nekcun tentulah terperangkap bila mana terpaksa mendengar mereka bercerita, kan?

    heheheh

    BalasPadam
  13. hahahha... lain padang lain belalang, kan? hehehhe

    BalasPadam
  14. insyallah dengan berkat usaha dan doa... ameennnn

    BalasPadam
  15. aisshh..ingatkan ada org menyumpah tadi.. bila baca barula den paham..hihi.. seriau den membaca tajuknya tuh!

    BalasPadam
  16. Uiks.. bila lak org Termerloh bertukar macam Transformer jadi org N.9 ni?

    hahahhaha

    BalasPadam
  17. Aish masalah bahasa antara 2 negara :)

    BalasPadam
  18. tapi kita serumpun, kan?
    hahhaha

    BalasPadam
  19. takpe, jangan buat perangai macam bedera dah :D

    BalasPadam
  20. Harap2 majikan2 di Malaysia kasi OT sikit sama pekerja Indonesia 26hb nih... he he .. Kurang sikit diaorg di stadium. Kalau tak nanti mcm timbal balik di Indonesia je... Ya, penyokong2 kita ni pendiam sikit.... Glory Glory 1Malaysia...

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini