Halaman

Sabtu, 18 Disember 2010

Cik Asyura KL ini Kotor...

"Bangsat!!!"

Haruskah maza bertempik begitu? Atau memekik, "Hoi, jangan main bangsat la!"

Semuanya bermula di Kepong. Di sebuah persimpangan lampu merah bertingkat di Kepong-Selayang. Di hadapan Pajero buruk kepunyaan syarikat terdapat sebuah kereta MyVi bertepekkan pelekat "P" berwarna merah di hadapan dan belakang cermin keretanya. Pemandunya seorang berbangsa Cina.

(Gambar: Kami pencinta alam)

Dalam keadaan yang sedikit sesak dan lampu hijau sudah bertukar merah. Kereta pula berderet-deret berhenti. Di tengahari yang suram-suram dan mendung itu, pemandu MyVi tadi membuka tingkap keretanya. Kemudian berdezuppppp keluar dari tingkap itu sejemput sampah!

Bundar biji mata maza. Tidak puas hati dengan peristiwa yang menyakitkan mata itu, maza pun membunyikan hon.

Pemandu kereta MyVi memandang cermin sisi dan belakangnya. Sambil mengangkat bahu bersahaja dan menjuihkan bibir dia kembali memegang steering. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tiada kesalahan!?

(Gambar: Err... kami juga pencinta wanita. Ahaks!)

Tidak sampai beberapa detik, sekali lagi berdezupppp keluar sampah dari tingkapnya juga. Kali ini sedikit kecil dari sampah tadi; tisu.

Sesuka hati mak bapak dia sahaja membuang sampah di atas jalan raya di atas pembahagi jalan di barisan kanan sekali.

Maza mahu menekan hon lama-lama. Tiba-tiba boss berkata, "Dah jalan. Lampu dah hijau tu. Cepat, cepat..."

Dalam hati maza masih menggerutu. Geram melihatkan kelakuan pemandu MyVi tadi. Jika dalam keretanya tahu pula dia menjaga kebersihan. Tetapi tidak reti pula menjaga kebersihan alam sekitar!

Dia fikir dengan membuang sampah demikian tidak mengganggu orang lain atau akan ada kuli hendak mengutipnya!

Come on
... bertimbanglah rasa sikit. Kalau pun ada orang membersihkan jalan itu, apa salahnya kita memberi kerjasama. Kalau bersih bandaraya ini untuk kita semua juga. Yang untung kita!

Alam akan bersih. Kos penyelenggaran akan dapat dijimatkan. Dan tidak adalah kerajaan mahu jadikannya alasan untuk tingkatkan cukai taksiran; atau cukai pintu!


(Gambar: Isyarat dua jari,
boleh ditafsirkan dengan pelbagai makna)


Setelah melewati lampu isyarat itu, boss berkata, "Inikan kawasan Cina Jinjang. Biasalah tu. Karang kita buat bising-bising karang, tak pasal-pasal dia belasah kita pula."

maza sekadar menelan liur pahit sahaja.

"KL ini kotor. Kotor dengan palitan noda," Cik Asyura yang duduk di sebelah bos berfalsafah.

"Huh! Takkan nak tunggu Tuhan bersihkan kot?" jeling maza kepada mereka yang duduk di belakang itu.



Pictures stats.
Location: Sungai Congkak, Ulu Langat, Selangor
Wardrobe: Nature
Iso: 200
Tv: 1/400
AV: 1.8
Focal Length: 50mm

12 ulasan:

  1. ah.. ramai yang bila ditegur, "aku bayar cukai... itula gunanya duit tuuu" cliche kan?

    tak faham betul orang2 macam ni

    BalasPadam
  2. kan.. sakit hati mendengarkannya....
    mungkin dikategorikan, "bodoh sombong" kot.. hahahha

    kalau kat Singapura tu, dah lama bontot dia bernanah, kena bayar saman.. hahahahha

    BalasPadam
  3. tak paham ngan perangai org mcm tu... tak suke la...

    BalasPadam
  4. entahnya.... tak suka maza ke?...huhuhu

    err... dah lama maria tak singgah..
    terima kasih daun keladi ya.. hehehhe

    BalasPadam
  5. isshh..garang tul maza..hehe..tp mmg sakit hati+ benci+rasa nak langgar je kete org cam gini. nasib baik ma ni x kaya tuk bayar baiki kete kalau rosak. kalau x lama dah kete tu kena langgar agaknya..hehe..

    BalasPadam
  6. kat sini lagi teruk tau Maza.. diorang minum air tin, selamba je buang kat luar, padahal kereta belakang ada ni... baru ni ada pakcik ni baling 2 botol air besar (plastic) kat tepi tong sampah. Dia campak, bukan letak elok2.. dan dia on the way nak pergi masjid lagi...

    BalasPadam
  7. huhuhu...amat merbahaya .. kalaulah yg lalu di belakang itu motor atau basikal.. aniaya kat dia org jerk.. silap2 masuk sepital lak dia org tu. haisshh.. huhuhu

    BalasPadam
  8. ma.. abg pun sama.. hehehe..
    lagi2 lak badan org tu besar macam keta dia.. abg tak berani ler..
    tapi kalau badan besar macam lokman dan tinggi macam lokman gak. mungkin abg kasik gheghet terus.. huhuhu

    BalasPadam
  9. Menjaga kebersihan dan kesedaran sivik mesti bermula dari rumah. Kalau dah pengotor kemana-mana perangai tetap sama dan tidak berubah

    BalasPadam
  10. ada gak yg pembersih di rumah.. tetapi hanya pentingkan diri dgn menjaga kebersihan dirinya sahaja..

    kebersihan yg lain dibuat selamba dan tak ambil peduli.. huhuhu

    BalasPadam
  11. saya seorang penyepah tp saya x buang sampah merata2.. berdosa tu rosakkan alam sekitar..

    BalasPadam
  12. Sesekali dapat tangkap mereka yg buang sampah merata-rata ni.. kasi hukuman pungut sampah 3 jam di KL. Baru sedar diri kot?

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini