Halaman

Selasa, 23 November 2010

Mengendap kakak tua, Scarlet Macaw

Setelah keluar masuk hutan dan belukar, entah macam mana maza terserempak dengan burung kakak tua yang ini. Comel-comel sungguh burung-burung tersebut. Melihatkan telatah burung-burung itu sudah cukup menghiburkan.

Mereka berpasang-pasangan bertenggek di atas dahan. Rasanya mahu sahaja menangkap dan mengusap-gusapnya. huhuhu... Tetapi awas, burung jenis ini tidak boleh ditangkap dan disimpan. Ia spesis dilindungi.

Sekiranya Jabatan Perhilitan dan Perhutanan dapat tahu kita menyimpannya, ada harapan ke penjara dan di saman. huhuhu

Menurut kata adik maza (Bibiq), kalau spesis yang sedikit kecil dari yang ini dan keseluruhan bulu pelepah berwarna hijau, ia dipanggil burung bayan, sama spesis dengan burung kakak tua.

Maza menjadi begitu asyik dan seronok melihatkan warna-warni burung kakak tua ini yang begitu cerah dan ceria. Patutlah ada orang yang begitu teruja dan menjadikan membela burung sebagai hobi. Ada tu sanggup mengembara ke seluruh dunia semata-mata untuk 'birds sighting' (mencerap burung).

Jadi di sini maza ingin kongsikan beberapa keping gambar perihal burung kakak tua dengan kengkawan. Lagipun siapalah maza tanpa kengkawan yang best-best itew, kan?... huhuhu.

Scarlet Macaw

(Gambar: Bergotong royong menyisir bulu pelepah.)

Seorang anggota Margas Tua telah memberitahu maza bahawa gambar burung kakak tua di atas adalah dari spesis Scarlet Macaw. Kata nama Scarlet diberikan kepada burung ini sempena warna merah menyala yang terdapat pada pelepah, tengkok dan kepala burung tersebut.


(Gambar: Cinta, buah hati pengarang jantung)


(Gambar: Benci tapi rindu. Adat rumah tangga, ada pasang surutnya)

(Gambar: Siapa intai siapa ni?)

18 ulasan:

  1. Kalau yang lebih kecil dari bayan.. Rasnya orang panggil serindit.. :)

    BalasPadam
  2. ya betul... pandai si anif.. maza hampir2 terlupa... terima kasih...


    psst: Anif si org Kluang dari Gunung Lumut memang hebat seh.. hahaha

    BalasPadam
  3. nak beli satu letak kat rumahlah...cantik sungguh itew burung walapun sudah tua...

    BalasPadam
  4. Uiks.. seekor lagi burung kat rumah itu nak buat apa lak? burung itu asyik angguk-angguk jer itu lorr.. huhuhu.....

    BalasPadam
  5. cantik.. sifat kakak tua ni memang sentiasa berpasangan ke? macam spesis belangkas?

    BalasPadam
  6. entahnya, maza kurang pasti....

    tapi biasanya jenis burung ini suka berkawanan.. hehhehe

    BalasPadam
  7. tak lah abg naman..
    maza hanya ada 18-200 jerk...
    skrg tengah mengendap utk wide lens pula...
    any suggestion utk wide lens abg naman? huhuhu

    BalasPadam
  8. Cantik..gambar ambil kat mana bro?

    BalasPadam
  9. salam.....

    leka tengok burung kakak tua tu ....

    BalasPadam
  10. hehehe.. setelah keluar masuk semak dan belukar kat Melaka tetiba jer terserempak dgn binatang ini.. hehehe

    kalau mau senang, tak mahu susah payah masuk semak bagai, gi ajelah zoo melaka gitew... hahaha

    BalasPadam
  11. memang melekakan ummi...terutama tengok telatahnya.. hahahha.. best woo

    BalasPadam
  12. Amboi, masuk hutan sudah dia.... bersemangat ambik gambo.. Kawe pun kena masuk hutan juga cam nih... :D
    P/s: Makin canggih teknik jurugambar kembara jalanan ni.. isk isk isk

    BalasPadam
  13. cantiknya burubg2 tu..kalernya pun menyala2.. g mergastua ye? kat mana ekk?

    BalasPadam
  14. sebenarnya maza terinspire dari gambar burung yg di snap dlm blog photographer papa roq juga..
    heheheh

    BalasPadam
  15. hehhe.. di zoo melaka aje.. meh ler

    BalasPadam
  16. comelnya burung2 ni macam sedang bercinta..berpasang pasangan ye

    BalasPadam
  17. ...ahaks.. tetiba teringatkan alkisah lagu dua insan berchenta! hehehe

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini