(Gambar: Menyangkol juga aktiviti senaman yang amat elok untuk badan.
Bilakah kali terakhir anda menyangkol)
"Nasrun, ayah buat apa tu?" soal Daniel (4 tahun).Bilakah kali terakhir anda menyangkol)
Nasrun dan Daniel termengah-mengah setelah mengangkat beberapa ketul batu bata. Mereka beriya benar mahu mengangkatnya. Mahu tolong ayah katanya.
Sambil memegang pinggang dengan gaya bersahaja maza menjawab, "Ayah tengah cangkul. Buang rumput."
"Ayah nak tanam sayur ke?" tegur Nasrun ingin tahu (6 tahun).
"Haaa ... Nasrun tahu. Ayah nak buat batas macam cikgu buat kat sekolah. Nak tanam kacang soya ke ayah?" telahan Nasrun lagi yang belum pun sempat maza menjawab soalan yang pertama tadi. Serentak itu juga maza teringat akan projek di sekolah Tadika Nasrun. Cikgunya mengajar beliau tentang bercucuk tanam dan bertani. Alahai bercucuk tanam di dalam pasu bunga sahaja.
Hampir tergelak pula maza mendengarkan tekaan Nasrun itu.
"Bukan ayah nak tanam sayur. Ayah nak bersihkan dan betulkan kubur atuk ni. Dah berumput sana sini. Ayah nak elokkan tanahnya," jelas maza pada anak kecil itu.
Melopong mulut Nasrun dan Daniel. Mereka tetap tercegat di tepi kubur arwah ayah. Dan maza kurang pasti sama ada mereka faham atau tidak tentang kubur ini.
Semenjak umur maza sepuluh tahun lagi maza sudah tidak berayah. Kalau dihitung-hitungkan, maza masih bertuah kerana dapat bersama dengan arwah ayah dan menatap wajahnya. Berbanding dengan adik bongsu maza, Ali, yang ketika itu baru belajar merangkak. Kalau tidak silap maza dia baru berumur 18 bulan. Apalah yang dapat dikongsikan si anak kecil itu dengan ayahnya yang telah arwah. Ali langsung tidak merasa jauh sekali mengenal ikatan kasih sayang seorang ayah kepada anaknya.
Hari ini maza membawa Nasrun, Daniel, Darling dan emak pergi melawat ke kubur. Jam baru menunjukkan 11.00 pagi, tapi terik matahari cukup untuk mengeluarkan keringat di badan.
(Gambar: Emak bersama Aqlan memantau dari jauh.
Papan tanda: Tanah perkuburan Islam, Kampung Sri Lukut)
Papan tanda: Tanah perkuburan Islam, Kampung Sri Lukut)
Sudah agak lama juga maza tidak menyangkul. Kalau dulu-dulu tatkala zaman remaja, cangkul adalah teman biasa untuk maza. Maza akan usung cangkul, parang panjang dan tajak ke sana ke mari untuk mengusahakan kebun demi sesuap nasi kami sekeluarga.
(Gambar: Batu tanda bertulisan jawi,
"Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sri Lukut, Mukim Kahang, Kluang)
Setelah berhijrah ke bandar dan melanjutkan pelajaran ke IPT, sejak itu jugalah cangkul sudah di luar kesebatian rutin harian maza. Termengah-mengah maza mengerjakan tanah yang tidak seberapa itu."Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sri Lukut, Mukim Kahang, Kluang)
Usai menajak rumput, tanah di sekeliling makam itu dinaikkan. Ditimbun ke atas menjadikannya seolah-olah kuburan yang baru. Walhal sudah hampir dua puluh lima tahun kuburan itu berpenghuni.
Maza mengajak anak-anak untuk sertai dan melihat apa yang ayahnya buat adalah untuk mengajar anak-anak dan menasihati diri sendiri bahawa hidup ini adalah sementara. Dalam kecepatan itu jugalah kita harus berbakti kepada manusia dan alam. Kita harus melakukan kebaikan dan meninggalkan perkara-perkara mungkar.
Maza juga ingin membuktikan bahawa maza mengingati arwah ayah dan sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa maza.
Diharapkan dengan pembersihan makam arwah ayah ini menjadi satu peringatan dan pengajaran buat anak-anak maza agar mereka akan sentiasa ingat, sayang dan kasih kepada ibubapanya waema tatkala kami tua sehinggalah kami di alam barzakh.
Beginilah salah satu tanda ingatan dan kasih sayang kita kepada kedua ibubapa yang telah tiada. Makamnya dipelihara dan doa kesejahteraan sentiasa dititipkan kepada mereka.
Dan besar harapan ayah agar anak-anak ayah kesemuanya menjadi anak-anak yang soleh. Ayah tak perlukan kamu menjadi seorang kaya-raya dan banyak harta. Tapi ayah mahukan anak-anak ayah menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Ya, menjadi orang-orang yang alim dan soleh!
Peluh masih berjurai. Rumput tadi telah dihumbankan ke tepi. Kemudian batu-bata disusun rapi.
Batu-bata yang disusun rapi itu bukanlah sebagai tanda bermegah-megah atau 'memperhebatkan' kubur tersebut. Lain tidak tidak bukan ianya bertujuan agar tanah di atas kuburan tersebut tidak mudah menggelangsar; menggelongsor pergi hingga sukar membezakan antara tanah yang rata atau kuburan manusia. Biar ia kelihatan sedikit kemas, terurus dan menandakan di kuburan itu masih ada waris yang ingat dan sayang kepada si mati.
Keringat yang mengalir dilap. Guni plastik buat mengangkat batu-bata tadi dibentangkan. Nasrun dan Daniel sudah mendapatkan ibunya di hujung tanah kubur sana. Lagipun hari semakin terik, takut nanti anak-anak maza pula yang mendapat demam.
Senaskah Yassin diselak satu persatu. Maza membacanya. Tenggelam dengan suasana hening di kuburan itu. Hanya suara maza memecah kesunyian. Sesekali terdengar kenderaan menderu berlalu di tepian jalan sana. Maza masih tekun membaca Yassin. Di hadapan maza di atas pusara itu maza letakkan sebekas jag air.
Di bawah panahan matahari terik yang memeritkan kulit, airmata maza tiba-tiba mengalir. Tahlil dan doa berbalam-balam dengan sendu yang tidak disengajakan. Di saat itu jugalah terimbau wajah ayah, senyumannya, kelembutannya dan batuk-batuk kecilnya di tengah malam dan pagi subuh sebelum kami pergi ke sekolah.
Ayahku inilah yang bersusah payah. Bergelut dengan keringat bersama perih jerih hidupnya membesarkan kami. Ayah inilah yang pernah berjuang untuk sesuap nasi tatkala sukar di zaman perang dahulu. Dan ayah inilah yang pernah membela tanah air bertuah ini. Dialah pembela kedua ibubapanya dari anasir jahat sang penjajah.
"Ya Allah, rahmatilah penghuni kubur ini. Ampunilah dosa ayahku, kasihanilah dia sebagaimana dia mengasihani aku semenjak kecil lagi. Tempatkanlah ayahku dalam kalangan orang-orang soleh dan orang-orang yang Kau redhai." Setelah mengumpul kekuatan dan mengesat air mata, maza bangkit perlahan-lahan. Air dari jag itu maza curahkan. Bermula dari hujung kepala hinggalah ke kaki. Tujuh kali maza ulang-ulanginya sehingga air di dalam jag itu habis kesemuanya.
"Tinggallah ayah dan ahli kubur semua. Mudah-mudahan kita semua berbahagia di dunia dan akhirat. Damailah di alam sana. Sesungguhnya ayah di kuburan ini telah pergi dahulu mengadap Illahi dan tidak lama lagi giliran anakanda pula menyusul ayahanda," maza pun bergerak meninggalkan pusara ayah. Kini ayah kembali sendirian.
Alfatihah...
(Gambar: Beginilah keadaan pusara ayah setelah diselenggarakan ringkas. Selamat tinggal ayah.
Selamat bersemadi di tempat abadi. Moga ayah damai dan ditempatkan bersama-sama
dengan orang-orang yang soleh)
Selamat bersemadi di tempat abadi. Moga ayah damai dan ditempatkan bersama-sama
dengan orang-orang yang soleh)
sebak baca entry en maza ni...
BalasPadamrasa nak nangis la ploks..isk..isk.
BalasPadamYg dah tak ada ayah tahu bagaimana nak menghargainya yg dah tiada, semoga ma mampu menunjukkan penghargaan buat ayah ma yg masih hidup..insyaAllah..
:) Mengingati mati itu sunat..
BalasPadamhuhuhu.. yg pasti kita dan kami sudah sunat kan.. huhuhu
BalasPadammudah2an berlimpah2lah hendaknya pahala gitew..
sob! sob! sob!.. .sabar ma, sabar.. insyallah masih ada waktu lagi mahu berbakti...sob sob
BalasPadamsob! sob!.. tetiba terkenangkan kenangan silam bersama arwah.. err.. arwah garang sebenarnya.. tapi garang2 manja mcm anak dia gak.. hehehhe
BalasPadamGood entry bro...mengingatkan kita semua tentang hakikat hidup di dunia ni yang hanya persinggahan sementara. Amin, semoga Allah memakbulkan doa kita semua.
BalasPadamramai pergi time raya - sebagai budaya
BalasPadamberbondong2..dgn baju warna warni, riuh rendahnya
bangga ada sohabat mcm Maza ni. sentiasa ingat jasa ibu bapa biarpun tak jumpa sangat. tahniah..
BalasPadamSemoga Arwah ayah Maza akan termasuk ke dalam golongan orang-orang yang Soleh!. Tentu dia bangga punya anak yang baik macam Maza...
BalasPadamSemoga arwah dan semua ahli keluarga kit yg telah kembali dirahmati dan ditempatkan dalam hambaNYA yg Soleh...ameen
BalasPadamKita yg masih bernyawa, teruskan kehidupan mencari bekalan yg abadi...
Terima kasih Maza berkongsi cerita ni...cukup terkesan..
amennnn
BalasPadampsst: perkataan 'anak yg baik mcm' itulah yg menakutkan maza.. huhuhu
takut ada penyakit hati sehh.. huhuhu
aduhaiii abg mail....
BalasPadamabg mail pun anak yg baik juga.. ameenn gitew..
psst: maza takut penyakit hati menerpa lah fulaks.. huhuhu
ameennnn..
BalasPadamterima kasih hafis..
semoga arwah ayah maza dicucuri rahmat. ibu sy kembali ke rahmatullah pd hari raya haji ke3 pd thn 2002 setelah 8 thn menderita sakit. bersama2lah kita menjadi anak yg soleh. Amin....
BalasPadamameeennnnnn...
BalasPadambegitulah hendaknya.. huhuhu
kena selalu2 pergi ke kubur..insyaallah akan ingat akan kematian & terbit keinsafan dlm diri...kita asyik terleka dgn dunia...
BalasPadamhuhuhu.. maza pun... mudah2an kita sentiasa berbahagia di dunia dan akhirat.. ameennnn
BalasPadamsedihnya bila yg d sayang pergi..al-fatihah utknya
BalasPadamgitewlah..
BalasPadamterima kasih kerana mendoakan arwah ayah maza.. ameennn
al-fatihah...semoga arwah ayah abg ditempatkan di kalangan orang-orang soleh dan beriman....amin......
BalasPadamameeennnnn gitew..
BalasPadamSalam tuan, saya mohon izin memuat turun sekekeping gambar tuan sedang membaca yassin di kuburan dalam blog ini sebagai latar sajak saya.
BalasPadamsilakan puan...
BalasPadamsaya benarkan