Sebanyak tujuh buah kereta dari Palong dan sebuah dari KL (maza lah tu) menjadi rombongan pengantin.
Pada awal perancangan, majlis pernikahan tersebut akan diadakan di Masjid KLIA pada jam 10.00 pagi. Jadinya pada awal-awal pagi, kami telah bertolak ke Masjid KLIA ini.
Masjid KLIA juga dikenali juga sebagai Masjid Sultan Abdul Samad KLIA yang beralamat seperti berikut:-
Pada pengamatan maza, Masjid KLIA ini punyai kawasan yang luas. Seni reka bentuknya cukup indah.Masjid Sultan Abdul Samad KLIA,Jalan Masjid, 64000 KLIA
Oleh kerana kami sampai awal iaitu jam 9.00 pagi, jadi sempatlah maza meronda-ronda sambil menangkap gambar secara senyap-senyap di sini. Terhendap-hendap macam kucing Tom hendak memerangkap si tikus Jerry. hehehe
Sudahhnya tiba-tiba maza dimaklumkan majlis itu dibatalkan dan berpindah ke masjid lainlah pulak. Dengan bergegasnya maza berlari keluar mendapatkan kereta takut ditinggalkan oleh kaum kerabat yang itu.
(Gambar: Sebahagian interior masjid. Kelihatan mamar-mamarnya bagaikan air. Memantulkan bayangan objek seperti cermin) iso : 400, f : 22, s : 1/25, fl : 50mm |
Dalam tergesa-gesa itu sambil tonggang langgang, berguling-guling maza mengetip kamera. Lensa di hala ikut sesadap rasa dan sesuka hati. Mujur juga tidak dihambat oleh penjaga masjid. Kalau tidak tentulah lagi haru.
(Gambar: Dewan solat yang di atasnya dinaungi kubah. Tetiba teringat pula alkisah Kubah Al-Syakrah) |
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang menarik itu seni
Yang indah itu bahasa...
(Gambar: Kapal Terbang MAS (tak tahulah jenis Boeing 737 atau Airbus A380 atau Sesna) sedang melewati Masjid KLIA) |
Sambil mengunyah-gunyah rendang dan nasi himpit ini, mahulah maza mengucapkan "Selamat Hari Raya Qurban" kepada semua kengkawan yang best-best itu. Tanpa kengkawan siapalah maza ini, kan? huhuhu
(Gambar: Kiri; antara salah satu dari dua menara masjid. Kanan; kubah kecil yang merupakan tempat pintu masuk para jamaah) iso : 400, f : 25, s : 1/250, fl : 28mm |
(Gambar: Pintu gerbang penghadapan masjid diukir begitu indah sekali. Kalau dilihat dari atas lantai mamar, pantulan cahaya dari ukiran tersebut terlihat begitu indah sekali) |
p/s: terima kasih kepada ABU SIRR kerana sudi mengikuti blog maza dari kejauhan itu.
salam aidiladha wat abg maza ittewww.. ehehe
BalasPadamsalam aidiladha maza..as usual..gamabar2 menarik ;)
BalasPadamsalam eidul adha...
BalasPadamcantik2 sungguh gambar yg dikongsi kat sini... tu ler kot sampai terguling2 dok amik gambaq ...
akhirnya rombongan pengantin tu berpindah kemana plak?///
1) terima kasih ummi...
BalasPadam2) entah, apa ke nama masjid kampung tu pun maza tak ingat.... maza hanya tahu membontoti (dibaca bukan kes anuar ibrahim) aje.. hehehhe
menarik tapi masih belum kebambomm kan? hehehe
BalasPadamselamat hari raya en_me....
BalasPadamcantiknya gambar kawasan kubah yg kat dalam tu.. dah terguling2 tu betul ke landingnya.. sakit pinggang nnt kan susah...;D
BalasPadamMasjid selain dari tempat beribadah juga merupakan tempat yang menarik untuk photographer. Saya suka dengan seni khat dan architecture Islam yang unik dan cantik. Saya teringin nak gambar masjid negeri waktu malam.. tapi depa selalu bukak sikit je lampu time malam.. so postponed lah dulu niat itu.
BalasPadamalaah.. nanti jangan lupa tepek kat blog photog tu ya... mahu tengok hasilnya juga.. hehhee
BalasPadamtgh tunggu malam jumaat mahu kasik urut satu badan... volleh?
BalasPadamhehehehe
Pernah bersembahyang jumaat di Masjid ini.. :) Masih seperti dahulu.. Cantik!
BalasPadam..tapi bila kapal terbang lalu, aderkkk.... ngeri pun dok ada, terasa dekat sangat macam nak sangkut kat menara masjid jerk.. hehehhee
BalasPadamwah bestnya..artu bru singgah msjid klia htr mak g umrah balik tu sggah sini utk solat zohor heeee
BalasPadamBesar kan kan kan mesjidnya... lepas tu cantik..
BalasPadamkejap-kejap kapal terbang lalu.. hehehehe