Halaman

Ahad, 14 November 2010

Majlis Konvokesyen Nasrun


November 13, 2010 (Sabtu) - Jam dua petang bermulalah majlis konvokesyen Tadika Ummi. Di tadika inilah Nasrun (6 tahun) menamatkan pengajiannya. Selepas ini beliau akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi pula di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9.

Nasrun telah diberi anugerah khas di atas usahanya melewati puasa Ramadhan. Nasrun berjaya berpuasa 26 hari. Ini jugalah kali pertama anak tersebut berpuasa.


Kepada cikgu-cikgu Tadika Ummi, maza mengalungkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih di atas didikan yang dicurahkan. Didikasi tuan-tuan hanya Allah SWT sahajalah yang mampu membalasnya.


Bagi ayah dan ibu, kami amat bersyukur kerana anakanda telah berjaya menamatkan pengajian. Dan di waktu-waktu akan datang moga-moga anakanda lebih cemerlang. Kami doakan yang terbaik untuk anakanda sekalian.

Harapan kami semoga anak-anak ayah menjadi anak-anak yang soleh dan berguna kepada agama, bangsa dan negara walaupun tercampak ke mana pun jua berada.




14 ulasan:

  1. Alhamdulillah...
    Tahniah dari makcik Tie.
    Semoga menjadi kebanggaan ayah dan ibu nanti, insyaAllah.
    .
    .
    .
    Ingat Nasrun dah tahun satu, rupanya tahun depan.... :)

    BalasPadam
  2. Tahniah.. Lepas ni tunggu "the real graduation day" bila abis U nanti. Insyallah.

    BalasPadam
  3. AMEENNNN

    WAH! lapan belas tahun lagi mahu menanti tu... hahaha
    insyallah vollehhhh

    tq anif

    BalasPadam
  4. terima kasih kak tie.. hehehe

    dia cakap mahu cemerlang mcm isha dlm UPSR yg itew.. hehehhe

    BalasPadam
  5. Aiseh, makin hebat teknik fotografi Kembara Jalanan ni.. jeles jeles...
    makin pro aih... Lain kali ceritakan sikit setting yg digunakan supaya org lain boleh belajar. :D
    Btw, tahniah atas konvo anakanda Maza tu.. hencem pakai jubah.. Macam sapa tu?

    BalasPadam
  6. tahniah nast=run.. dengan spek tu nampak cam genius je.. (memang genius kan???!! ). Maza mmg daftar nasrun kat sek 9 ke @ di tempatkan kat situ?

    BalasPadam
  7. Tahniah Nasrun..Semoga lebih berjaya in future ;)

    BalasPadam
  8. Tahniah Nasrun!... semoga lebih berjaya apabila belajar diperingkat lebih tinggi kelak!...

    BalasPadam
  9. hehe..

    sebenarnya memang apply kat situ pun..
    seksyen 5 sepatutnya sekolahnya di seksyen 11, tapi kami mahukan Nasrun lebih tawadhuk dlm keadaan penuh berkhalawat di tempat sunyi di kaki bukit Sekolah Seksyen 9...

    almaklumlah nasrun jenis kanak2 yg perlukan perhatian yg lebih... bab membaca agak perlahan, tapi bab mengira (duit) laju mencanak2.. huhuhu

    BalasPadam
  10. terima kasih abg mail.. hehehhe

    insyallah nanti di entry yg lain maza akan titipkan perihal setting yg itew ya..
    maza pun tengah belajar & sentiasa belajar juga abg mail...heheheh

    BalasPadam
  11. katanya mahu lagi cemerlang macam kak BB gitew.. heheheh

    BalasPadam
  12. salam nekcun.. wah sudah lama tak berayau berblog ya.. hehehe

    terima kasih nekcun..

    BalasPadam
  13. salam aidiladha maaf zahir bathin wat abg maza ittewww dr me dikejauhan ..

    BalasPadam
  14. kecik2 pun dah ada konvokesyen...tahniah buat Nasrun...blh ikut jejak ayahnya...

    p/s: masih dlm proses membersihkan sawang dkt blog..hehe..

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini