Halaman

Selasa, 2 November 2010

Di Tasik Biru itu...

Beberapa sahabat telah menghubungi maza dan bertanyakan perihal lanjut Tasik Biru, Kuang, Selangor itu. Teman-teman ini berasa kurang puas hati dengan laporan singkat maza tempoh hari.

Klik sini untuk lihat entry lalu. (Skodeng di Tasik Biru, Kuang, Selangor).


Tidaklah dapat maza menggambarkan betapa indahnya tasik tersebut. Takut juga kalau-kalau ada orang tuduh mata maza keror! huhuhu


Untuk itu maza pun tepeklah beberapa keping gambar yang sempat maza 'menembak' tempoh hari. Namun jika ada sesiapa yang tidak puas melihatnya dan inginkan kepastian lanjut, besarlah harapan maza agar pihak tuan badan itu pergi menyaksikan sendiri.

Jom ke Tasik Biru!

(Gambar: Darling sedang meneropong. Apalah yang dia teropong tu kan?)

Tasik Biru, Kuang, Selangor ini juga dikenali sebagai Tasik Biru Kundang, Kuang, Selangor. Lokasinya berhampiran Sungai Buloh dan Paya Jaras. Tasik ini cukup luas bak saujana mata memandang. Tasik Biru merupakan bekas lombong. Kedalamannya pula cukup untuk menenggelamkan tubuh badan anda huhuhu.


Terdapat beberapa pembangunan fizikal di sekitar kawasan tasik indah ini seperti apartmen, banglo dan kondo. Setakat hari ini pembangunan tersebut tidaklah lagi menjejaskan persekitaran tasik tersebut.


Kalau tak silap maza, di tempat maza berehat ini, di seberang jalan sana terdapat sebuah dewan atau kompleks atau balai raya (tak berapa pasti).

Maza telah memilih sebuah pondok untuk bersantai. Terdapat beberapa pondok khas dengan beratapkan rumbia, bersaiz kecil, molek, cantik dan kelihatan kemas dibina di tepian tasik. Di tengah-tengah pondok ini terdapat sebuah meja segi empat tepat. Jadinya anda akan bersila di atas tikar dengan mengadap meja itu.

(Gambar: Pandangan belakang salah sebuah pondok yang terdapat di situ)

Dari pondok ini juga kita boleh menikmati pemandangan indah di tasik tersebut. Tasik ini seolah-olah terjaga dan cukup bersih. Airnya jernih dan kehijau-hijauan. Kilauan cahaya matahari dari kocakkan air itu memberi refleksi menyilaukan mata. Tetapi ia cukup indah dan mendamaikan.

(Gambar: Kilauan pantuan sinar matahari dari kocakan air tasik)

Pondok kecil ini dihiasi dengan dua anak tangga. Manakala dindingnya pula diperbuat daripada belahan buluh. Kemudian pondok kecil ini diwarnakan dengan warna perang.

(Gambar: Anak tangga pondok tepian tasik)

Di entry yang lalu maza ada menyebut tentang gerai dan warung yang terdapat di persisiran Tasik Biru. Gerai dan warung ini sebenarnya berderetan memanjang dan terletak di sepanjang jalan utama.

(Gambar: Sebuah papan tanda besar kedabak memaparkan menu yang disediakan)

Kami menjamu selera di petang berbahagia itu dengan air kelapa muda bersama mee kari.

Dengan panorama yang asyik nan indah ini, betul-betul telah mmeukau dan membuka selera kami. Pesonanya sukar digambarkan.

Dengan tenang kami menghirup kuah mee kari. Perlahan-lahan meneguk air kelapa pula. Sekali-sekala kami menegangkan tengkok menjengah ke hujung sana melihat keindahan alam. Kemudian kembali menghirup kesegaran udara yang menghembus! Sesekali pul memandang telatah pengujung yang menghiburkan.


(Gambar: mee kari Tasik Biru)

Di tasik yang terbentang luas ini pelbagai aktiviti boleh dilakukan. Antara aktiviti yang kebetulan maza saksikan ialah permainan jetski.

(Gambar dari atas pondok kecil: Jetski)

Di hujung seberang tasik terdapat kawasan yang belum berusik. Pokok-pokok dibiarkan tumbuh liar.

Menurut kata mereka di situ, kawasan di seberang sana ini biasanya dijadikan kawasan perkhemahan, berkelah dan memancing.


(Gambar: maza sedang mencari beberapa maklumat dari penduduk sekitar)

Kata mereka lagi, di kawasan lombong ini terdapat kawasan landai. Kawasan yang landai ini selamat dan dijadikan tempat bermandi-manda.

Sungguh pun begitu, pada pendapat maza, kawasan lombong seperti ini masih tetap berbahaya untuk dijadikan tempat bermandi-manda. Ini disebabkan kawasan lombong yang sudah dikorek dan hasil buminya telah diambil akan menyebabkan di sesetengah titik kawasan tersebut mempunyai tarikan graviti yang kuat.

(Gambar: Lampu yang terdapat di syiling pondok)

Jika tersalah hemat ditakuti tatkala asyik bermain dan berenang jauh ke tengah, boleh menyebabkan kita terperangkap ke dalam kawasan titik graviti tersebut. Lalu kita merasakan seolah-olah ditarik ke dasar lombong.

Lebih malang lagi jika kita gagal keluar dari kawasan tersebut, lalu lemas.


Antara aktiviti lain yang dijalankan di sini ialah berkayak atau bermain perahu layar.

Berhampiran Tasik Biru ini, terdapat sebuah kawasan pesta rakyat. Kalau kena harinya, kita dapat menyaksikan pelbagai pesta diadakan di sini.

Kawasan tasik menjadi begitu indah di waktu malam tatkala pesta rakyat berlangsung. Lampu-lampu neon menerangi alam dengan pelbagai acara dihidangkan.

(Gambar: kocakan air di Tasik Biru)

Kalau tidak ada pesta sekalipun, tasik ini tetap menawarkan pemandangan yang menawan. Bulan yang dipagari bintang yang kemudiannya limpahannya di permukaan air memberikan satu pengalaman yang cukup romantik dan cantik sekali.

(Gambar: Tanah airku indah)

Maza juga ada mendengar, di Tasik Biru ini ada menawarkan perkhidmatan homestay. Jadinya, kengkawan bolehlah menginap di sini disamping menghayati keindahan alam.

Sebenarnya negara kita ini cukup cantik dan jelita sekali. Kita harus bersyukur dan hargai setiap apa yang kita miliki.

Jadinya, jom kembara; Malaysia Tanah Airku!

19 ulasan:

  1. hhhmmm..menarik gambarnya..kata2 tuan blog pun bukan main lagi..Menggoda jiwa utk ke sana je... :)

    BalasPadam
  2. Cantik-cantik gambar-gambar tu.
    Pokcik dah mahir pon!
    Tahniah!

    BalasPadam
  3. heheh,,, sebenarnya maza baru jumpa software yg betul...
    dan skrg masih berexperimentasi...

    thanks kepada kengkawan yg sudi menghulurkan bantuan dan khidmat itu juga....
    dan tanpa kak tie dan kengkawan itu, siapalah maza kan..
    huhuhu

    BalasPadam
  4. Aiseh, mcm masuk website Cuti-Cuti Malaysia lak... Btw, Makin hebat teknik fotografi blogger nih.. jelous tgk. :D

    BalasPadam
  5. Mcm pro kan si kembara jalanan tu kan?

    BalasPadam
  6. belajar slow bang..
    masih tak tentu arah lagi ni.. hehehhe

    kalau ada mana2 gambar yg perlu dikomen silakanlah...
    maza mahu improve lorrr...

    BalasPadam
  7. Mahu improve?..so komen gambar sikit he he... Ok kan? Rasanya masaalah pada gambar yang Maza ambil (berbanding dgn si Adilla) adalah terlalu banyak distraction pada gambar tu. I mean subject matter tu tak boleh kena ganggu oleh lain2 benda mcm kasut, tiang lampu, sampah dsb. The quality of the pic mmg tip top cuma kena cari angle mcm si Dilla tu buat aje. :D .. he he 5 cents je..

    BalasPadam
  8. terima kasih bang..
    memang berguna maklumat ini..

    love it... heheheh

    BalasPadam
  9. maza..maaf sbb tak sedar terlepas byk tulisan..sbb terpana dgn gambar2 yg maza persembahkan...cukup jelita bak kata maza..cantik gambar ni...

    pssst..mata keror tu ape maza??hehe

    BalasPadam
  10. boleh masuk list tempat untuk shoot nie! :)

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum...

    akak pernah ke rumah kawan hubby dekat situ ( tasik ) tp masa tu belum cantik lg pemandangan persekitaran nya..

    ttg berita SKS9 nanti akak risik2 dr ( jiran akak akak ) ustazah situ

    BalasPadam
  12. kalau ada model, pakai dress, lps tu dgn topi yg mcm org pegi sawah tu (yg cantik la hihihih), angin tiup2...
    perghhhhhhh mmg mengancam!

    sy lame sgt kot xambik gambar permandangan
    cuba klo maza try angle lain2 utk gambar yg sama?

    utk gambar last tu, kalau angle lain skit mungkin boleh dpt daun kelapa tu tutup empty space tgh2 tu
    suka gambar jetski tu! :D

    jetski yg last tu kan.. klo maza kurangkan kanan tu lg best kot
    nmpk jetski tu jln ke dpn (kiri lebih byk kosong, jetski letak kat hujung kanan)

    sy xpnah gi situ pun!!!!!
    rs2 nya la hihihihi~
    tergoda tgk mee kari tu
    slurrrrpppp~ :P

    BalasPadam
  13. Terima kaasih Adila.. hehehe

    1) huhuh... betul tu kata adila..tapi maza tak der model, dan tak plan proper pun.. huhuhu

    2) segala nasihat adila akan maza jadikan pedoman.. hehehe.....

    3) 8 daripada 7 gambar di sini adalah gambar2 yg disnap oleh org rumah maza... hahahah... dia pun mau try test.... lorrr

    4) gambar jetski yg maza snap akan maza publish. & dgn rendah hati mintalah tuan guru adila komen ya.. hehehehhe

    BalasPadam
  14. oh ummi.. memang maza nantikan berita dari ummi.. huhuhu...

    BalasPadam
  15. jgn lupa ajak maza ya.. heheheh

    psst: meh ler komen gambar tu...
    hentam pun no hal.. hahahha

    BalasPadam
  16. hehehe.. terima kasih...

    mata keror tu maksudnya bermata juling gitew.. hehehhe

    BalasPadam
  17. mana2 gambar yg nono suka nak komen lah.. hehhe

    BalasPadam
  18. aduhai Maza...lama dah tak pekena ABC tepi Tasik Biru ni

    p/s - ustazah sy rumahnya depan masjid tu..lepas Tasik

    BalasPadam
  19. pulak tu kena keropok/pisang goreng panas sekali.. perkhhhh...

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini