Halaman

Ahad, 31 Oktober 2010

Skodeng di Tasik Biru, Kuang, Selangor

Oktober 24, 2010 (Ahad) - maza berwasita ke Kuang. Dengar khabar di sana ada sebuah tasik yang cantik, luas terbentang dan banyak aktiviti boleh dilakukan.

Tasik tersebut merupakan bekas lombong dan terletak betul-betul tepi jalan Kuang-Rawang. Tasik lombong ini diberi nama Tasik Biru.

Kawasan tasik ini cukup besar. Ia berlatar belakangkan bangunan pangsapuri dan tumbuh-tumbuhan hijau. Ia betul-betul terletak di tepi jalan utama yang agak tenang.

Apa yang menarik di tasik ini ialah terdapat deretan gerai di sepanjang jalan di tepian tasik. Apa yang maza dapat perhatikan ialah aspek kebersihan terpelihara dan dijaga rapi.

Warung-warung ini menawarkan pelbagai juadah di sepanjang jalan utama itu. Bahkan terdapat gerai yang menawarkan hiburan karaoke. Sambil menikmati juadah dihidangkan, terasa terhibur juga mendengarkan lagu-lagu segar malar yang terpancar dari corong speaker karaoke itu.

Beberapa pondok didirikan untuk memberikan keselesaan kepada para pengunjung. Tatkala ini terdapat aktiviti riadah 'jetski'. Jadinya kita bersantai sambil memerhatikan aksi-aksi pemain tersebut.


Di samping itu juga pondok-pondok kecil ini boleh dijadikan tempat istirehat, melepaskan lelah sambil menikmati pemandangan indah di tepian tasik. Pekena air kelapa muda pun syok juga...

Sambil-sambil maza menenang lensa ke alam maya, tetiba sahaja maza terbandang sekujur tubuh dengan pakaian unggu. Lantas ia menarik perhatian maza. Mulanya maza skodeng, kemudian merangkak-rangkak cuba menangkap gambarnya.

Setelah puas mencuri, lalu maza pun pergi dekat si gadis suci ini. Kemudian maza menunjukkan gambar-gambar skodeng tersebu. Sebaik terlihatkan gambarnya terakam, Cik Lela Lala terperanjat.

Setelah keadaan menjadi tenang, maza pun meminta kebenaran untuk menayangkannya di sini sebagai hasil kreativiti (jahat) maza (yang tak lah seseni mana pun * hahahah, ketawa).

Jadi, maza tinggalkan kengkawan dengan ucapan selamat kembali bertugas setelah berhujung minggu.


19 ulasan:

  1. Salam...... aha...... siapa skodeng... kang naik ketumbit kat mata..... hehehehe

    BalasPadam
  2. sukalah gambar-gambar di atas itu...emmm... gambar no 6 tu best! ngee...

    BalasPadam
  3. Haha.. mujurlah cik Lela tak bagi lebam mata tu, ekeke.....

    BalasPadam
  4. birularr sangat kanns.. ammvoiii

    BalasPadam
  5. betul2 cantik ek tempat tu..ke sebab maza yg amik angle2 menarik..

    BalasPadam
  6. uik... itu hari maza sudah kena ketumbit..huhuhu
    tapi sudah tahu bagaimana mengatasinya..hahaha

    BalasPadam
  7. uiks... skodeng profesional ala2 paparazi gak ler.. wakakaka

    BalasPadam
  8. ah'hak...ahak.. ahak...

    minta maaf ler maza terputuskan keinginan en_me
    hahaha

    BalasPadam
  9. bagi maza cun lah tempatnya tu...
    tapi rasanya elok cik BB singgah sendiri...

    sebelum itu nantikan entry maza seterusnya berkenaan Tasik Biru ini...hehehe

    BalasPadam
  10. Rajin nya pegi Tasik tangkap gambar. :D

    BalasPadam
  11. kebetulan sambil menghiburkan hati gitew.. hehehe

    BalasPadam
  12. cam menarik je tmpat ni..nak g la..ramai x pengunjungnya??

    BalasPadam
  13. yg penting ada tempat makan2 tau...
    tempat mandi pun ada... tapi berani dgn tidak aje.. almaklumlah bekas lombong..

    tapikan rindulah fulaks dgn Gunung Lumut.. ingat Depavali ni mahu singgah Gunung Ophir lah pulak.. hahaha

    BalasPadam
  14. masa abg pergi tu memang santai.. best giler..
    kami minum air kelapa sambil makan mee kari.. perkhhh wa cakap lu..
    kami duduk bersila kat dlm pondok khas.. ada lebih 4 pondok betul2 kat tebing tasik yg bersih lgi cantik...

    nanti abg uploadkan lagi gambar2 yg best2 itew ya... hehehe

    BalasPadam
  15. Dekat je ni dengan my house.  Tapi dulu rasanya ramai yang mati lemas kat sini.  

    BalasPadam
  16.  pulak!
    Ngerilah pulak.... huhuhu

    BalasPadam
  17. Do you Need Instant Loan from £2000 to £15,000,000.00 with no collateral required and receive a no obligation loan approval.We welcome the opportunity to show you how effective we are at helping our clients obtain the money they need to succeed. Our professional staff is available for a Free Consultation.At America One Funding, we understand that unexpected events arise requiring extra money that may not be readily available to you(greenlightcapitalcorporation@gmail.com)
    Application Form:6

    =================
    Full Name:................
    Loan Amount Needed:.
    Purpose of loan:.......
    Loan Duration:..
    Gender:.............
    Marital status:....
    Location:..........
    Home Address:..
    City:............
    Country:......
    Phone:..........
    Mobile / Cell:....
    Occupation:......
    Monthly Income:....

    Email Us:(greenlightcapitalcorporation@gmail.com)

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini