Oktober 3, 2010 (Ahad) - Masih mood raya dan kali ini maza sempat terjah ke rumah teman bloger; Yang Teristimewa.
Sedikit info tentang Yang Teristimewa.
Yang Teristimewa mengesahkan perjalanan hidup seorang anak istimewa Pn. Azma. Pn. Azma merupakan seorang cikgu di sekolah menengah yang terpaksa mengambil cuti dua tahun tanpa gaji. Semuanya dilakukan kerana kasih, sayang dan cinta terhadap Yang Teristimewa; Hasif & famili.
Bukan sahaja kisah sehari-harian dan diari kehidupan Hasif yang dipaparkan. Penulis juga sering menghulurkan bantuan dari segi info dan tips-tips berguna untuk membesarkan kanak-kanak istimewa.
Sebenarnya hubungan kami bukanlah baru. Sudah sekian lama. Bahkan sebelum wujudnya si Hasif itu. Mengimbau kembali yang tatkala itu kami berkenalan di sebuah kolej tempatan dan sama-sama belajar. Cuma bezanya maza senior (dibaca: bukan kaki buli) kepada Pn. Azma.
Di hari raya tahun 2010 ini, seperti lazim maza tidak lepas peluang untuk mengunjungi kawan-kawan. Cuma kali ini berlainan sedikit. Ada keistimewaan. Kami berhari raya di tepi kolam dengan membawa makanan masing-masing. Kata orang putih ala gala pot luck gitew... hehehe
Selain tidak mahu menyusahkan tuan rumah, juga kali ini seperti serampang dua mata; berhari raya & berkelah. Bagi kaum ibu-ibu lainnya, mahu berkongsi kuih-kuih air tangan masing-masing.
Selain keluarga maza, kami turut disertai oleh bloger Arena Nusantara, Lantera dan Cik Ayu.
Bukan setakat anak-anak kami yang gembira, tetapi mak, ayah dan kengkawan lain turut kecoh berteriakan girang.
(Gambar: Riang ria di dalam kolam)
Kecoh, memang kecoh. Tercengang-cengang segala isi alam yang ada di kolam renang itu. Kaum Ayah-ayah pun mengambil kesempatan untuk menyejukkan badan dengan turut menyelam sambil berenang-renang bersama anak-anak masing-masing.
Sambil-sambil itu, maza juga sempat mempotret gambar si gadis sunti dan bujangan anak-anak tuan rumah. Lokman (7 thn) dan Jaja (5 thn) sudah pandai berinteraksi dengan kamera.
Berikut ialah gambar Jaja yang sudah dilap kering-kering. Pandai anak ini berposing. Macam dalam Majalah 3, TV3. hehehehe
"Wah Ma! Pandai sungguh Lokman dan Jaja berposing ya. Macam ni punya gayalah, cepat laku. Tak lama lagi bermenantu tuan rumah ni," giat maza.
Mereka yang ada di situ semuanya tergelak kecuali budak-budak itu yang tidak tahu apakah yang makbapa mereka perkatakan.
Wah..jeles x dpt join!!
BalasPadamSy ada gak follow blog k.ma,
Tp x gheti nk post comment kat situ..
Nnti ar sy bljr cmner nak wat..hehehe
cantik la tukang gambar amik gambar..hehe
BalasPadamDak ehh... Cik BB.. tukang gambar tu encem orgnya....ahaks..
BalasPadamhehheh.. sudah gaharu, cendana pula si tukang gambar ni kan? heheheh malu ah...
la..kesiannya.. comment form akak tu tak betul sket fatt. Keluar kat entry post je tp bila pegi kat home(laman utama) dia x keluar. Tak betul cam tuan dia gak..hihi.. Kalau fatt nak komen apa2 tunggu org lain komen dulu. Akak akan masukkan dalam comment form blogspot nnt baru keluar yg mudah punya ok.. Apa lagi, cepatla jd follower..haha..
BalasPadamcepatnya kuar citer...segan la plak rasa. Ngape gambar yg lain2 x upload skali? Gambar lantera, koyu & anak2.. Anyway, mekasih banyak2. Rasa cam glamer je..ihik!!
BalasPadamLorr.. tak perasan lak yg lain tak der.. hehehe
BalasPadamsebenarnya, entry utk tuan tanah dulu, lain tahun boleh bikin lagi besar gitew..
gambar kengkawan lain akan menyusul kemudian di entry yg khas..
kalau tak kat sini, akan dipaparkan di FB kot.. hehehe
wahhh!!! suka gambar yg ada splash air tu!!!
BalasPadammmg terbaek!
gambar dinding hijau tu pun suka jgak!
pink + hijau! mmg mengancam!
maza punya blog tp saya nak jawab jugak.. :)
BalasPadammekasih puji dinding tu ..sbb dinding hijau tu dinding rumah saya..hihi..
Wah... pokcik semakin mahir ! Tahniah.
BalasPadamGambar yang background hijau tu macam dalam studio.
Pandainya........., hehehe.....
Salam,
BalasPadamKasih ibu ....memang tiada tandingannya.
Maza..... jom ajar chekdee macam mana nak sign kat photo tu???
adila... terima kasih.. belajar dari blog adila gak tu heheheheh
BalasPadamma... wah, tak dan abg nak menjawabnya ya.. hehehe.. tak pe, abg redha.. wakakaka
terima kasih kak tie..
BalasPadammaza masih merangkak-rangkak dan meniarap-meniarap belajar snap gambar..
dinding tuan rumah tu, mesti kembang kempis hidungnya... hahahaha
hehehhe... sebenarnya maza pun tgh belajar...
BalasPadammaza gunakan photoshop atau pun paint shop shoftware...
pergi kat lambang "T" atau text kendian tulis jer ler.. heheheh
**psst: sign maza itu simple jerk.. tapi kalau mahu best2 boleh ler belajar dgn Adila dan nono.. dia worg sifu maza ler.. hehehe
Amboi mak, satu album dia kasi keluar hari ini. He he... Cantik lah mcm URTV online.
BalasPadamMeniarap?
BalasPadamOrang Klate panggil 'heret dada'
Hmm.... tengah bayangkan Maza mengheret dada... waakakakaa......
ingatkan majalah mangga.. ekekeke. :D sbb ambik kat kolam renang katakan wee~
BalasPadamheheh.... memenuhi permintaan tuan rumah tempat maza beraya jerk.. hehehhe
BalasPadamterima kasih abg mail..
uiks.. majalah URTV lah.. wakakaka
BalasPadampsst: cik nono mahu maza tangkap gambar cik nono di kolam yg sama ke?!
wink! wink! wink!...
heheheh
uiks.. majalah URTV lah.. wakakaka
BalasPadampsst: cik nono mahu maza tangkap gambar cik nono di kolam yg sama ke?!
wink! wink! wink!...
heheheh
aisshhh..bila plak tuan rumah mintak n3 khas ni?? konpius..konpius.... :p
BalasPadam