September 30, 2010 - Hari ini insuran dan cukai jalan untuk Cik Silvy sudah dihidupkan. Selama hampir sembilan bulan juga Cik Silvy tertambat di dalam kandang tanpa sebarang pembelaan.
Bukan apa, tak tahu hendak ke mana. Lagipun semua anak-anak dan isteri sudah kembali ke KL. Cuma dua tahun akan datang mereka akan kembali pula ke Kuantan.
Kendapati pun, maza tidak berasa ada kepentingan sangat mahu berkuda sana-sini. Dan maza juga bukanlah kaki kelab sosial (ahaks.. iyakan ajelah).
Fikir punya fikir daripada menolak Cik Silvy yang berat bertan-tan itu untuk ke PUSPAKOM hendak mendapatkan sijil FOMEMA kerana telah setahun tak bercukai, dari itu eloklah maza mengambil langkah awal. Apa lagi berpeluh-peluh ketiak hendak membayar cukai tersebut.
"Berapa cukainya cik?" tanya maza kepada seorang gadis muda pengawai JPJ cantik jelita nan manis itu.
"Semuanya RM250, encik," di sebalik senyuman manis, lembut sahaja pegawai cantik jelita itu menjawab.
"Ha! Bukan ke RM200. Tahun lepas saya perbaharui cukai cuma RM200 aje," sambil menggaru kepala maza cuba bertenang setelah dipanah petir guntur di dalam hati, terperanjat dengar caj yang dikenakan itu.
"Oh! Itu tahun lepas encik. Tahun ini kerajaan tidak berikan subsidi."
"Eh! Mana ada perkataan subsidi untuk pembayar cukai. Pemotongan cukai atau tax relief adalah. Janganlah cakap subsidi, macamlah kami ini yang berhutang giler dengan kerajaan. Walhal kamilah yang menggeluarkan duit sendiri untuk kerajaan!" hilang sudah muka manja maza setelah tersentak dengan jumlah wang cukai yang perlu dibayar.
"Maaf encik. Saya tak sengaja. Pemotongan cukai jalan tidak ada pada tahun ini untuk motor berkuasa tinggi seperti kepunyaan encik. Pengurangan cukai hanya diberikan kepada kenderaan motor di bawah 250cc. Minta maaf encik ya," pegawai JPJ cantik jelita masih menguntumkan senyuman dan membalas setiap sergahan dengan sabar, tenang dan manis sekali.
Sekali lagi maza menggaru poket seluar untuk mengeluarkan tambahan wang RM50 untuk menjelaskan cukai tersebut. Di dalam hati maza selain menggerutu perihal kenaikan kos tersebut, juga terdetik kagum dengan sikap dan tindakan pegawai kerajaan yang seorang ini. Rasa hormat terhadapnya bertambah-tambah.
Setelah menghulurkan kesemua bayaran tadi dan memperolehi cukai jalan, sekali lagi pegawai JPJ cantik manis dengan senyuman paling ikhlas dan manis disedekahkan kepada maza seraya berkata, "terima kasih abang. Senang-senang datanglah lagi. Kalau ada masalah dengan kenderaan abang, kami sedia membantu."
Ah'hak, hati yang panas tadi terus padam seperti dijirus dengan air batu pula. maza tersenyum simpul dan berhati senang. Hilang segala kegusaran setelah dilayan sebegitu.
Lepas ini langkah panjang akan bermula. Ruang lingkup berita di Gubuk Kecil Kembara Jalanan akan diperluaskan. hehehe...

baru dua ratus setengah je tu bang...belum lagi satu ribu setengah...ha ha ha ...
BalasPadamCit... terima kasih lah kerana menghidupka road tax .. huhuhu
BalasPadamhhmmm...lelaki.. pompuan senyum meleret sket.. daah cair. kena panggil abg lg cair tmbh2 kalu pompuan cantik..hheeehhh... :p
BalasPadamMaza....... entri ni makan dalam
BalasPadamcek baru je petang tadi p beli insuran cik kancil dgn LC
terbang dah sebelah tangan
esok jumaat baru nak p JPJ
terbang lagi suku belah tangan kot..huhuhu
5/10 - encik pajero pula...yg tu lagi besar...terbanggggg lagi dua belah tangan!
hidup kita rakyat marhaen
salam akhi maza...
BalasPadamha ha ha , kasi no hp isteri maza jap , ummi nk berkenalan ... opsss bkn kenalan tp nk ngadu ttg suami dia nie , haaaa amik koo ..
ummi tak wat o.house pun , senang2 dtg ler , kalau nk tahu rumah ummi tanya ler kt cafe tu ,mana rumah ummi tmpt anak2 dia ngaji .... he he he
Dah nama pun motor berkuasa tinggi.. cukai lebih apa salahnya.
BalasPadamMau murah downgrade kapcai :)
p/s - Saya sudah tukar domain.. http://www.mdanif.com
Mana gambar Cik Silvy? Dah tak larat angkat kamera ke Maza? :D
BalasPadamamboiii!!! :P
BalasPadamkalau maza bawak basikal ke xde la nak kena road tax :P
Erk..FOMEMA tuh bkn ntk foreign workers ker?
BalasPadamMotor p ada fomema jugak ker?
aderk... memang senak bila semua kenderaan yg kita ada roadtax dan insurannya mati serentak...huhuhu
BalasPadamhazab, hazab, sehhh...
WAH! itu macam nanti maza serbu.. hehehe
BalasPadamsemalam pun baru menikmati Lamb Chop di kedai Pak Ayob tu..
heheheh
WAH! tahniah Anif..
BalasPadamselangkah ke hadapan sudah...
hehehe
Cik Silvy kemaluan.. dia menyorok balik tiang aje..
BalasPadamdia tak mau posing hari ni.. hehehe
UIKS! Dolu2, masa zaman 1940-1980-an (awal), basikal pun kena road tax tau..
BalasPadamhehehhe
menurut ilmu sastera dewa satria..
BalasPadamitu semua adalah perbandingan metafora.. mcm klorofil gak ler.. hehehhe
***sijil FOMEMA tidak dikenakan untuk motor, tapi utk amah luar negara yg itew..
heheheh
motor lepas road tax mati lebih setahun kena ambil sijil Puspakom sebenarnya...
BalasPadamharap ia membantu gitew..
Ooo..... Darling tolong pokcik ya....
BalasPadamWaaakakakaa..............
Ingat Maza dah jual kuda besi tu.... rupanya ada lagi.
BalasPadamPetang-petang bolehlah ronda2 keliling taman.. gilir-gilirlah bawak abang dan adik...
UIKS.. nilai cinta dan kasih masih menebal lagi tu...
BalasPadamhehehehe
sebenarnya dia yg pergi bikin itu road tax, maza hanya tahu berita sahaja....
BalasPadamkihkihkih...
psst: jgn bagi tau worg lain tau. Rahsia antara kita jerk.. hehhee
jalan kaki pun boleh hihihi :P
BalasPadamxtau la smpt sampai ke destinasi ke tak je.... :P
"abang..nanti nak renew datanglah lagi yer"
BalasPadamterus sejuk yer...hihihi
kudaku lari gagah berani.....