Halaman

Selasa, 21 September 2010

Sireh Pulang ke Gagang

Alhamdulilah, 17 September 2010 (Jumaat) maza sudah pulang ke pangkuan rumah sendiri di KL ini dari kunjung-kunjugan sempena Hari Raya Aidilfitri 2010 lalu.

Senak perut penuh dengan ketupat dan kuih raya masih bergelora. Mujur juga tandas bukan menjadi bilik tidur nombor dua.

(Gambar: mendayung perahu dari Kg. Belemang, Sungai Muar hendak pulang ke Kuala Lumpur. Apa macam, ada sesiapa mahu ikut?)

Isnin ini (20.09.2010) maza mulakan rutin harian seperti biasa. Pergi kerja balik kerja. Pergi jam 8.00 pagi pulang jam 6.30 petang. Hampir dua minggu juga maza bercuti. Dan rasanya mahu pinta cuti lagi, sebabnya rendang di dalam perut ini rasanya masih belum lawas benar. Lemak-lemak dan air sirap masih berkocakan lalu membuatkan tubuh berasa sengal-sengal dan otak melayang-layang tersenyum mengingatkan peristiwa raya.

Tapi kalaulah maza buang tebiat mahu pinta cuti lagi, ada harapan muka hijau boss akan bertukar menjadi raksaksa kryptonite ... hehehe

Pada kengkawan yang dikasihi sekalian, maaflah sebab tak dapat nak balas segala kad raya, ucapan dan jengahan tuan-tuan di blog yang tak fofular ini ... Insyallah, nanti maza akan ceritakan sebuah kembara jalanan di hari raya itu. Buat masa sekarang, maza mahu betulkan sendi-sendi dan urat-urat yang melintang-pukang disebabkan sendawa seredak kuih raya ... hehehe

psst... maza masih dalam mood raya.. kira macam "hantu" raya gak ler ... wakaka

Kepada Cik Nurul ... terima kasih kerana sudi menjadi pengikut blog Gubuk Kecil Kembara Jalanan ini ... syukran, syukran ... gitew.

17 ulasan:

  1. salam akhi maza...

    kat belakang rumah ummi ada rumah Wak yg beroperasi mengurut badan , urat dan sendi , elok ler pergi ke sana ... he he he

    BalasPadam
  2. Wahhhh...

    err tak kena serbu polis ke nanti...
    takut gak tengah2 syok2 pakai kain pelikat tiba2 mazidul akmal datang dengan kamera besar kedabaq itew.. hehehhe

    BalasPadam
  3. amboiiii...raya sakan no....siap naik perahu gi beraya...

    BalasPadam
  4. takutnya kalau maza jadi 'hantu' raya,,hehe

    tapi mesti maintain hensem gitu

    BalasPadam
  5. alahai.... antoo pun tau nak encem ek?

    hehehhe

    BalasPadam
  6. Hmm..berjaya sampai ke Kota Damansara tak ngan perahu tu? Kalau sampai nak tumpang gak.. Jimat minyak kete... :)

    BalasPadam
  7. err.. sampai tu sampai... tapi makan masa sikit lah... mau cuba ke? hehhee

    sepekara lagi, rasanya berperahu ini bukan sahaja dapat menjimatkan minyak kereta, tetapi boleh juga menjimatkan duit makanan dan duit raya sekali apabila berperahu ke Temerloh atau ke Kelantan... tak caya, moh ler aok mencubanya weiii..

    hehhehe

    BalasPadam
  8. Kita kat sini tak main sampan-sampan ni. Kita guna speed boat, baru ada class, hehe...

    Eh... pokcik tak pakai life jacket ke ? Bahaya tau, kalau tenggelam siapa yang susah ? Kita.... jugak! Ekekeke..........

    BalasPadam
  9. Bersampan melalui sungai muo' dia. Nape tak terus dan singgah di Tg Emas. Boleh raya sekejap di rumah ambo. Hencem dia dayung sampan... Macam pendekar bujang lapuk!

    BalasPadam
  10. Dah lalu dah, dah bagi salam tiga kali pun,.. tapi tak der orang jawab.. terpaksalah teruskan dayungan.. hehehe

    Pok! Pok! Pok.. bujang lapok gitew.. wakakakka

    BalasPadam
  11. cit.. tak tradisional langsung pakai speed boat.. huhuhu

    life jacket tak disediakan, buah kelapa adalah.. katanya boleh gak dibuat pelampung gitew.. hehehe...

    lagipun katanya ada atuk sedara menjaga sg. muar tu.. macam pawang buaya gak ler.. sekali dia menyelam berpuluh2 tahun lalu, sampai skrg tak timbul2.. kira hebat tak atuk sedara maza yg itew?! hehehheh

    BalasPadam
  12. cit.. tak tradisional langsung pakai speed boat.. huhuhu

    life jacket tak disediakan, buah kelapa adalah.. katanya boleh gak dibuat pelampung gitew.. hehehe...

    lagipun katanya ada atuk sedara menjaga sg. muar tu.. macam pawang buaya gak ler.. sekali dia menyelam berpuluh2 tahun lalu, sampai skrg tak timbul2.. kira hebat tak atuk sedara maza yg itew?! hehehheh

    BalasPadam
  13. Dah lalu dah, dah bagi salam tiga kali pun,.. tapi tak der orang jawab.. terpaksalah teruskan dayungan.. hehehe

    Pok! Pok! Pok.. bujang lapok gitew.. wakakakka

    BalasPadam
  14. Pawang buaya ?

    Err.... maza tak cuba ke ? Selam sampai berpuluh-puluh tahun tu..... Mana tahu boleh cerita pengalaman hebat tu nanti, hahaha....

    Hmm..... agaknya berapa ratus biji buah kelapa yang boleh dibuat pelampung Maza, ekk ??

    BalasPadam
  15. Macam pendekar mustar daa...kayuh jgn tak kayuh...hehe..

    selamat hari raye Maza sekeluarga..moge sihat dan bhgia dalam rahmat Allah jua..ameen

    BalasPadam
  16. ameennnn... terima kasih gitew...

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini