Halaman

Rabu, 22 September 2010

Satu Hari Di Felda Palong, Negeri Sembilan


September 11, 2010 (Jumaat: 1 Syawal 1437) - Raya tahun ini maza pulang ke rumah mertua terlebih dahulu. Malam raya jam 12 tengah malam barulah maza bertolak ke Palong, Negeri Sembilan dari Kuala Lumpur. Sampai di rumah jam 4.00 pagi.

(Gambar: Aqlan Sholehin)

Selepas solat subuh, maza terdengar dari corong pembesar suara masjid di Felda Palong tentang pengumuman solat sunat Aidilfitri akan dilakukan pada jam 8.30 pagi.

Usai sempurnakan solat subuh, maza mengambil waktu bertenang dengan melelapkan mata sebentar. Sedar-sedar jam sudah menunjukkan 8.20 pagi. Apa lagi, macam lipas kudung bersiap untuk ke masjid.

(Gambar: Aqlan & Daniel)

Sampai di masjid 8.35 pagi. Ingatkan imam sudah pun berdiri dan mulakan solat sunat, tapi rupa-rupanya baru sudah bertahmid! Kini giliran pengerusi masjid memberi ucapan selamat hari raya. Sesudah itu tok ketua kampung, tok siak dan akhirnya tok imam pula membacakan perutusan daripada Pengurus Besar Persekutuan Felda.


(Gambar: Nasrun & Aqlan)

Selepas membacakan perutusan itu barulah tok imam membuat 'flash back' tentang cara-cara solat Aidulfitri. Tatkala ini jam sudah menunjukkan 9.30 pagi. Aduhaii... punyalah lama nak menantikan solat sunat tu, hingga menyebabkan lutut maza mulai lembik. Tahun-tahun sudah, tidaklah begitu lama. Cuma tahun ini tiba-tiba ada perutusan dari Pengurus Besar dan pelbagai ucapan lain pula.



Habis solat sunat terus berangkat pulang ke rumah. Mata di rongga ini sudah memberat sangat. Ulas mata semakin rapat untuk tertutup. Maza meninggalkan jamaah lain untuk mendengarkan kutubah raya yang kemudiannya diteruskan dengan majlis tahlil.



Sudahnya, raya pertama dihabiskan dengan melepaskan lelah setelah penat pulang dari ofis dan memandu lama di jalan raya. Mujur juga tidak berlaku kesesakan jalan raya yang amat sangat kecuali di Ampangan dan Paroi.

(Gambar: Di malam raya, jam 2.00 pagi, jalan masih sesak di Ampangan, Seremban, N. Sembilan.)


(Gambar: Stadium Paroi, Ampangan, manusia masih berduyun-duyun di dinihari.)


(Gambar: Stadium Paroi, Ampangan, gadis dan kanak-kanak kecil masih berkeliaran di malam raya. Mereka membeli-belah di saat-saat akhir untuk persiapan raya)

Rehat punya rehat dengan solat Jumaat sekali terlanggar. Aderrrkk....

Hari raya pertama dan kedua di kampung Felda Palong ini agak sunyi juga. Sebab masih ramai lagi peneroka-peneroka yang pulang ke kampung halaman. Atau mungkin juga mereka (pemuda & pemudi kampung) kepenatan setelah bertelungkus lumus menyiapkan juadah raya, ketupat dan lemang.


Namun kemeriahan tidaklah luput begitu sahaja. Meriahnya raya amat terasa apabila malam hari. Dengar kata dari sehari sebelum malam raya hinggalah ke malam-malam berikutnya kampung menjadi gempar-gempita dengan bunyi meriam, mercun dan bunga api. Lebih asyik lagi apabila meronda-ronda sekitar kampung. Di halaman rumah penuh dengan hiasan sama ada pelita, lampu kelap-kelip atau langsir baru.

Pada keesokan harinya (hari raya kedua) setelah matahari meninggi, seisi rumah mertua di kampung Felda Palong itu mula bergerak beraya. Kali ini kami akan pulang ke rumah uwan di Tanah Datar, Gadong, Rembau.

Untuk laporan seterusnya, akan maza bawakan pada entry akan datang. Jadi tunggulah ya kengkawan untuk mengetahui gaya maza beraya gitew.. hehehe


18 ulasan:

  1. Saya tunggu post seterusnya. hehe. Orang 1st komen ke ni?

    BalasPadam
  2. Saya suka sangat picha no 4 tu.. Comel sangat!

    Fuhh kul 2am tu jammed.. Ish ish ish..

    BalasPadam
  3. Tahun nie kat muor cepat lah sembahyang raya dia. Tak tahu lah kalau ada kena mengena dengan Sultan mencemar duli sembahyang di masjid kami. :D

    BalasPadam
  4. salam akhi maza...

    kat tempat ummi di utara , solat sunat aidil fitri , jam 9 dah selesai semuanya

    BalasPadam
  5. raya pertama kami pun tak kemana... sebab bertembung dengan solat jumaat masing2 jadi malas nak bergerak

    BalasPadam
  6. YA! Tahniah anda telah berjaya menjadi pengomel pertama...
    heheheh

    KEBAMBOMMMM.....

    BalasPadam
  7. Thanks for voting... hehehhe... really appreciate it..

    err.. & also dont forget to register as a voter for very next General Election kat SPR atau di Post Office lorr... tu pun kalau dah cukup umur baligh nyerlah.. hehehhe

    BalasPadam
  8. Wah jauhnya Sultan Ibrahim bersolat raya. hehehhe

    Betul2 berjiwa rakyat tu.. Daulat Tuanku!

    BalasPadam
  9. Hmm.. ini mungkin juga disebabkan belah utara masuk waktu solat awal dan buka puasa pun lagi awal dari di KL, kan? hehehe

    tapi rasanya.. hari raya jatuh hari Jumaat... jadi banyak perkara hendak disettlekan... betul tak?..

    BalasPadam
  10. .. nasib baik juga solat sunat aidilfitri tak boleh dijamakkan dengan solat Jumaat.. hehehhe

    BalasPadam
  11. Selamat ari raya…maaf atas segala salah n silap selama ini..

    BalasPadam
  12. Selamat pulang ke semenanjung Fatt...
    abg sempat main fun fair kat Ulu Tiram tu..
    gambarnya nanti akan menyusul gitew..

    heheheh

    BalasPadam
  13. Salam Maza, rasanya masih tidak terlambat untuk nekcun mengucapkan selamat hari raya pada Maza sekeluarga... kalau ada kelapangan, jemputlah datang ke rumah nekcun di SA....

    BalasPadam
  14. saje je nak kasi sy homesick!!!
    huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~
    nak maaakkkk!!!

    BalasPadam
  15. Insyallah.. tengah planning pun nak serbu ke rumah siapa lepas ni.. jemputan pun boleh tahan.. heheheh

    BalasPadam
  16. uik.. cik adila sudah pulang ke London ke?
    ishk, ishk, ishk... kesian..
    heheheh,,,sabar jerlah ya..

    BalasPadam
  17. salam aidilfitri dari me jauh dimata.. chewahhaks

    BalasPadam
  18. WAH! sudah lama en_me menghilang.. mesti tgh menceret dgn seredak kuih raya ni.. hehehe

    selamat hari raya juga gitew..

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini