Halaman

Selasa, 3 Ogos 2010

Perkara Remeh Yang Anda Tidak Patut lakukan ketika Memandu

Tatkala khusyuk memandu di lebuh raya, tiba-tiba anda menjadi perhatian. Pengguna jalan raya memandang anda dengan merekot-rekot mukanya. Bibir terherot-herot. Ada yang menjuih bibir ke kiri atau ke kanan. Dan ada juga yang menutup mata sambil memandu, sepantas itu juga mulutnya terpacul perkataan, "eeeee..."

Entah macam mana sedang asyik memandu, sambaran kilat memancar ke muka. Terperanjat seketika. Berpinar biji mata. Terkedu sambil menarik nafas semput. Lalu tersedar dari khayal memandu.

Sekarang kelakuan anda sudah dirakam oleh pita rakaman!


"Hah! Inilah buktinya. Perkara remeh yang tidak patut seorang pemandu lakukan. Abang akan memandu dalam khayal dan membahayakan orang lain. Abang juga membuatkan orang berasa kurang senang dan boleh menyebabkan orang lain kemalangan" seorang isteri memperdajalkan suaminya. Kononnya demi sebuah pengajaran agar si suami tidak 'melombong' dan karam dalam keasyikannya...

maza seperti biasa membuka ruang luas untuk kengkawan memberikan tips dan menambah perkara-pekara remeh yang tidak patut kita lakukan ketika memandu.


Terima kasih kepada Neeza dari Saudi Arabia yang tak jemu-jemu menjadi pengikut setia blog ini.

Juga tidak dilupakan untuk rakan baru yang mendaftar di ruang pengikut maza iaitu Cik Hartini Md Yusof, dan Puan Azma. Siapallah maza yang ini tanpa anda semua, kan? huhuhu



8 ulasan:

  1. hahaha..syok sgt melombong tu pasal jd cenggitu tu..
    Satu lg selain dr melombong, menggunakan hp masa memandu. Eiii..berbulu mata ni menengoknya. Dah macam2 kisah accident berlaku pasal hal yg satu ni kan, still x serik2 jugak. nak tggu diri sndri melanggar org sampi mati agaknya baru nak insaf.. heeh...marah sungguh nih!! :@

    BalasPadam
  2. hehee... selalu tengok orang melombong ni.. macam syok je kan. Tapi eeeeee... gelinyeeee... :D. Ada sekali tu kami pergi kedai. Tokey kedai tu melombong depan kami.. tak jadi nak beli kat kedai dia.. geli tuuuu...

    eheemmmm.. walaupun kejap ada kejap takde, masuk gak nama.. tak jemu2 lagi tu kikikiiiiiii...

    BalasPadam
  3. Eeekk.. Maza, bukan aje tak patut di buat masa memandu!!!! TAK PATUT DI PUBLISHED di blog jugak nie!!!! Batal air sembahyang sunat aku sbb terkentut tengok!

    BalasPadam
  4. apa ke jadah ko tepek gambo tu...separuh jari dah masuk.
    nasib baik ada si comel..'jgn jadi mcm bapak'..x senonoh.

    BalasPadam
  5. Kak Long Mawar Merah5 Ogos 2010 pada 12:09 PG

    Maza,
    Sungguh bahaya aksi tu. Patut ada peringatan "Sila jangan tiru aksi ini kerana hanya boleh dilakukan oleh orang yang berpengalaman dan professional sahaja!"

    BalasPadam
  6. haha..kena..kena..

    erm..tidur perkara remeh tak?hehe

    BalasPadam
  7. haahaha..tak tau lah kenapa time memandu mmg best buat perkara ni kan?

    cik Maza, pandai tak nak buat watermark gambar? :D

    BalasPadam
  8. tak berapa pandai buat watermark...
    biasa yg simple aje.. pakat main taip dan tepek.. hahahahh

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini