Halaman

Rabu, 4 Ogos 2010

Kalau sudah rindu, moh ler kita Be-Reunion... 8th collage, UM


Minggu lepas maza sudah terjah satu sessi REUNION 8th, UM @ PD (Julai 24-25, 2010). Lokasi kali ini ialah di Tiara Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.

Mula-mula itu, maza sudah pasang angan-angan besar mahu tersadai macam buaya tembaga yang mati terdampar di pantai Port Dickson. Alahai... yang tiga orang pemancing jumpa bangkai buaya seberat satu tan terapung di Ixora Permai, Tanjung Agas, Port Dickson yang itu.


Mimpi indah itu punah sebaik tiba di Tiara Beach Resort. Puas maza mencari tepian pantai nan lautan dalam ke sana ke mari. Selangkor sudah, meranduk semak pun sudah, tapi bayangan pantai di Tiara Beach Resort haram tidak ditemui.

Yang ada cuma kolam besar gedabak, melingkar terkangkang luas di tengah-tengah penginapan kami.

Pun begitu, maza fikir..., ini pun jadilah, dapatlah juga melepaskan keinginan maza dan anak-anak bersidai penuh damai.

Akhirnya di kolam itu kami berendam jua. Pantai beralun landai sudah tidak terkenangkan lagi.


Kolam besar gedabak macam lautan nan luas ini dilengkapi dengan gelongsor besar, sotong gergasi, buaian berpusing dan macam-macam lagi. Ianya diutamakan untuk kanak-kanak.

Kalau sudah dinamakan untuk kanak-kanak, makanya orang-orang dewasa terpaksalah duduk diam-diam di tebing kolam!

Tapikan mana boleh jadi. Tidak tahan sehhh. Dengan beralasan mengawasi anak-anak, maka ada juga emak-bapak yang terlepas sama bermain gelongsor. Berdebus .... air melompat keluar setelah manusia berat itu curi-curi mendarat cemas ke dalam kolam tersebut. Bangkit-bangkit terasa bontot menjadi sengal terhentak lantai kolam disebabkan airnya toho (cangkat/cetek)! (ahaks ... rasakan)


Reunion kali ini telah menemukan 17 keluarga daripada Regimen Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya dengan kekuatan 60 orang anggota. Battalion yang satu ini juga dikenali sebagai Kolej Kelapan (KK8), UM.

Namun yang paling best dan mahu ditonjolkan di sini sebenarnya ialah 'muka maza sudah masuk surat khabar!'

Jadi sebagai kenang-kenangan dan nak bagi penghangat kengkawan yang sedia 'hangat', maka sukacitalah maza mahu menepek berita dari harian Kosmo! yang bertarikh Ogos 3, 2010; halaman 19 itu.

Inilah buktinya: -


YAHOOOOO!!!! Lihatlah DUNIA ... lihatlah!!!.. tontonlah sepuas-puasnya!... Hahaha (sila ketawa macam orang jahat)

psst Kujie: ... den pun dah masuk surat khobar. Kira den dah balas dondamlah ni, wakakaka

Akhir kalam, jangan marah aaaa! hehehe...


23 ulasan:

  1. reunion SMACHIAN 90 (SM Sains Machang, Kelantan) juga masuk paper Kosmo. Saya masih simpan keratan akhbar itu. Tahniah kpd Maza n kwn2 sbb berjaya menganjurkan reunion... biasanya reunion satu course senang sikit. tp reunion satu kolej kediaman ni sukar. cayolah kat maza sihat ni...

    BalasPadam
  2. ammvoiii glemerr abang maza tewww..
    tp kalo masuk paper dapat suku juta hinggit pown lagik glemer kanns.. ahaks

    BalasPadam
  3. Salam Kanda Maza......semoga sejahtera ke atas ekau & family.

    Amvoiiii jugak la mcm en_me ituuuuuuu........

    **Ekau pandai swimming ekkkkk?

    :)

    BalasPadam
  4. alaa..dengkinya tengok. bila la dpt join skali agaknya,..asyik ada hal memanjang..huhu..

    BalasPadam
  5. Huh..simpan paper tuh..nnti leh tnjk kat cucu plak..hehe

    Satu jerk kurang ari tuh..kita tak nyanyi lagu TERATAS DI PERSADA PERDANA..

    p/s: penat practice dgn amni dlm kete..hehee

    BalasPadam
  6. Best nya kalau dapat p sama...tapi duduk di Sabah memang menyukarkan p join aktiviti di S M'sia...

    BalasPadam
  7. Tahniah juga kpd daddy..

    simpan keratan akhbar tu utk tatapan anak cucu..
    tak pun buat link mcm network gak lerr.. hehehehe

    BalasPadam
  8. hehehehe...

    boleh dapat rasanya..
    kasik simpan banyak2 itu paper sampai beribu2 tan....
    kendian jual..

    heheheh

    BalasPadam
  9. salam zyma the vogue..

    pandai sangat tu tak lah.. mudah mengah2.. hehehe
    tapi kalau ada org bagi bikini mungkin lagi lama berendamnya... hehehehe

    BalasPadam
  10. harap2 yang best2 aje kan... huhuhu

    plus: jgn nakal2 sudah ler..

    BalasPadam
  11. make sure next two years (2012) you should be able to join us lorr..
    huhuhu

    miss u lough very much too...

    BalasPadam
  12. sudah tentu dibalut kemas2 dan diframekan lorr.. hehehhee

    errr.. entahnya pihak penganjur itu.. lagu fames tak dinyanyikan.. sedih jugakan..
    tapi mujur gak tak nyanyi, sbb masalah teknikal dgn P.A system tenggelam timbul, kan?
    kalau tidak sudah tentu merosakkan kemerduan suara abg yg encem lagi the vogue gitew..

    hehehehhe

    BalasPadam
  13. Iddin.. next reunion on 2012..
    boleh simpan berdikit2..

    huhuhu

    BalasPadam
  14. Dulu masa kecik, tak puas berkubang kot..tu yang masa dewasa ni tak tahan bila tengok air..hahaha

    BalasPadam
  15. Err.........
    Yang berbaju oren di tengah-tengah tu....
    .
    .
    Macam ku kenal !
    .
    .
    Pokcik mat rempit ko ??

    BalasPadam
  16. ha ha ha...berjaya juga dia menyelit dalam sotkabo ye....

    mesti tak sabar giler nak bgtau

    nak save pic tu, buat bukti...haha

    BalasPadam
  17. kak tirana.. depan rumah maza dolu2 ada taliair.. selalu berkubang kat situ, dan selalu gak kena hambat dgn pak andak jiran sebelah rumah.. sbbnya air jadi keruh dan dia tak boleh nak mandi.. heheheh

    BalasPadam
  18. wakakkaka....

    mari teka kacang.. mari teka, mari, mari!
    hehehehe

    BalasPadam
  19. wakakakakakka....

    kujie sudah ada pengalaman sama masuk surat khabar.. tentu feelingnya pun sama gak, kan? hehehehe

    BalasPadam
  20. Amboi, tak jemput pun ye... Ambo pun bekas penghuni 8th College daa..Tinggal di sana1 tahun je, lepas tu pindah ke Kg Kerinci, then tu Pantai Indah. Tapi berjaya utk college selama 3 tahun utk hoki dan badminton.. :D

    BalasPadam
  21. wakaka...Tahniah sebab berjaya memasukkan diri dalam surat khabar.
    Siap bagi bukti gitew...
    Zaman muda-muda dan pertama kali masuk surat khabar dulu memang teruja...
    Kalau boleh satu kampung nak bagi tahu dan kalau kena belikan surat khabar dan bagi dia orang free pun tak apa, kan?
    Datang PD tak bagitau Kak Long pun erk...

    BalasPadam
  22. Uiks.. la ya ke? huhuhu

    tak pe, next two years (2012) next reunion will be held.. location & date will determine later in FB...
    Hopefully this time we would be able to organize the biggest one lorr...

    nantikan next announcement ya abg mail..

    welcome back 8th collegian! huhuhu

    BalasPadam
  23. err.. kak long tak nak masuk surat kabor ke?
    heheehhe

    pergi PD naik bas
    naik bas pergi PD
    apa boleh buat sudahlah lepas
    umur panjang nanti jumpa di PD.. heheheh

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini