Halaman

Sabtu, 17 Julai 2010

Perlukan GRO untuk hiburkan hati. Makin hari makin robek poket. Jalan-jalan cari ketenangan.


Hati masih rungsing. Tak karuan. Apatalah lagi setelah mencongak-congak kesan yang dihadapi setelah harga petrol RON95 naik 5 sen ke paras RM1.85. Bukan setakat itu sahaja gula, gas memasak dan diesel tidak terlepas daripada menghadapi kenaikan harga.

Gula naik 25 sen menjadikannya berharga RM1.90 sekilo. Gas memasak naik RM0.20/ kilogram berubah kepada RM1.85/kilogram. Diesel pula naik menjadikannya RM1.75.

Setakat belanjawan sebulan dua ini mungkin boleh diselaraskan. Tetapi belanjawan sampai hujung tahun hadapan agak kabur. Ini kerana kenaikan tersebut akan mendatangkan refleksi kenaikan harga barangan lain juga. Dan pendapatan diterima tidaklah seanjal kenaikan harga tersebut. Atau dalam kata lain ... keanjalan gaji=0.

Ini bermakna perbelanjaan maza akan terus meningkat dengan gaji dari tahun lepas memang tiada kenaikan. Bonus jauh sekali. Boss cakap ekonomi tak baik, pendapatan syarikat juga jatuh.

Kalau ikutkan kata gomen, ekonomi sedang pulih dan meningkat dengan perkembangan hampir 10%. Lantas membenarkan Kadar Simpanan Semalaman OPR dinaikan oleh Bank Negara untuk menstabilkan ekonomi negara. Katanya untuk mengawal inflasi.

Sebagai timbal balas kenaikan OPR itu, BLR dan BFR juga naik. Jadinya kos membayar pinjaman perumahan dan pinjaman lainnya turut meningkat. Silap-silap haribulan kadar bunga pinjaman yang dikenakan oleh Ah-Long dan si Cheti meningkat juga.

Setelah direnung-renung di pejabat kecil ini, keadaan ekonomi yang digembar gemburkan tu tak ada kesan pun ke atas syarikat eksport maza ini. Di benak sempit ini mula merasa ragu, betulkah ekonomi negara bertambah baik dan terdapat lambakan wang yang banyak hinggakan kita perlu naikan BLR?

Kalau betul ekonomi sudah bagus, rasanya kadar pertukaran asing juga meningkat. Kita mengalami kelebihan 'Forex', jadinya harga bahan mentah seperti gula, petrol, diesel pastinya menjadi lebih murah disebabkan kadar pertukaran RM dan USD meningkat baik! Tapi ....

Menurut kata Perdana Menteri Dato' Seri Najib, kenaikan subsidi adalah pada kadar yang paling rendah. Pemotongan subsidi perlu untuk membantu negara untuk berkembang pada masa hadapan. Kita perlu mengurangkan perbelanjaan difisit yang sekarang ini membimbangkan. Subsidi melambatkan kemajuan negara!

Hal ini juga mengingatkan maza perihal laporan Dato Idris Jala tentang Malaysia akan bankrupt pada 2019 jika subsidi tidak dipotong terutama pemberian subsidi minyak!

Entahlah, fikiran maza masih bercelaru. Rasa di hati masih membengkak dan membalam-balam. Masih terasa hempedu lalu di hulu hati ini walaupun alasan yang diberikan itu munasabah. Barangkali memerlukan masa untuk menelan itu semua. Cuma kadang-kadang takut juga hati ini kalau sudah lama menahan rasa boleh "membengkak dan membarah'!

Untuk itu, maza cuba tenangkan fikiran dengan meninjau-ninjau alam sekitar. Melihat sekeliling mencari ilham dan kesuburan akal. Mudah-mudahan bukan sahaja keluarga maza terkeluar dari bencana dan mala-petaka tetapi juga kepada segala isi di negara ini.



psst: raya tahun ini sudahlah cuti semester sekolah digabungkan dengan cuti hari raya. Jadi, hari raya ketiga sudah masuk sekolah. Ditambah menderita lagi kenaikan kos perjalanan balik kampung dan perbelanjaan harian, termasuklah duit kuih, berbuka puasa dan duit raya meningkat, menjadikan perut pipis menjadi senak.



Soalnya adakah raya tahun ini mempunyai makna kekeluargan lagi? Keluarga dan sanak saudara semakin sukar dihubungi lantaran semakin menjauh disebabkan halangan kos.

Makna raya di dekad milinium ini semakin sukar dicari. Kemeriahan di samping sanak saudara semakin kabur, kelam!

Besar kemungkinan beraya sahaja di dalam rumah sendiri sambil tutup pintu nangis. Bukan sahaja anak menangis tak pulang, ibu dan ayah juga mengalir air mata kerinduan untuk kesekian kalinya.

nota:
1) terima kasih kepada Penjejakmaya kerana sudi menjadi Pengikut maza.. hehehehe..


2) gambar-gambar di atas maza berekspremental dengan teknik HDR sebagaimana dicadangkan oleh cik adik manis Adila. Terima kasih Adila.. hehehehhe



32 ulasan:

  1. Takkan sampai tak balik kampung masa raya geng! Sabarlah. Bukan anda sahaja yang terjejas.

    Mulai sekarang kita kena ubah sikit strategi. Kurangkan apa yang boleh. Janji boleh balik kampung masa raya nanti.. :D

    BalasPadam
  2. memang betul bukan maza sorg shj terjejas...ramai lagi..sbb itu dgn beraninya menyatakan dgn tegas agar mesej yg satu ini dipandang serious.... bukan main sembrono membenar dan mengikut tak tentu fasal...

    kalau didiamkan shj, apakah mereka faham, mengerti keadaan sebenar? apakah mereka tahu response rakyat ttg perihal yg satu ini?!

    kalau nak menurut dan mengikut pun kena tengok akar nya bro!

    memang belanja dah ketat, nak buat mcm lagi... terpaksa berkorban melepaskan perkara yg itu..
    apatah lagi bila terkenangkan anak2 nak bersekolah akan datang, balik kampung menjadi pilihan terakhir!

    kalau bro nak tolong, boleh.. meh ler kurangkan belanja yg sedia meruncing ni!

    BalasPadam
  3. Actually satu dunia merasai kegawatan ekonomi encik Maza oiii... Bukan 1Malaysia je. Ni lah padah kalu yg dah kaya mahu terus kaya lagi tanpa pikirkan yg miskin. Saya ingat my boss dulu, harta lebih MYR 1 billion, yet ada perkerja yg still dibayar pada kadar RM 12 sehari. Tak logik kan? Anyway, samalah mcm kita jugak maybe. kalau gaji seribu, sewa rumah. Bila bertambah, beli rumah, then beli keta besar. So tak pernah cukup kan? Maybe kalu kita jadi kaya mcm my ex-boss pun, silap2 jadi mcm dia... harap2 tak lah. Awal jugak pikir pasal RAYA???

    BalasPadam
  4. kalau dah tahu gawat, kenapa nak senak kan lagi? tak cukup2 kah menyemakan fikiran rakyat?!...

    Bab boss tu lebih bersifat akhlak!

    nampaknya kalau beginilah, memanglah rakyat akan berpendapatan tinggi, tapi hanya sebilangan aje.. apalah maknya kalau nama aje wang banyak tapi nilai wang jatuh, kuasa bei tak ada...mcm duit pokok pisang gak lah...

    BalasPadam
  5. pendapat maza, yg kaya biarlah dia kaya.. memang rezeki dia..kita pun harus berbangga sbb dlm kalangan kita ada org kaya!

    tetapi janganlah sampai menekan rakyat jelata.. atau pendek kata orang lain! Menipu dan kelentong tak habis2...

    BalasPadam
  6. yg kaya bertambah kaya,yg miskin semakin papa kedana...

    BalasPadam
  7. gambar yg manis tewww.. uhuhu

    BalasPadam
  8. salam,

    bercelaru emosi bila memikirkannya hehe..

    BalasPadam
  9. Jangan sampai kena kencing manis sudahlah kan...

    terima kasih en.me

    BalasPadam
  10. penjejakmaya juga bercelaru?

    kena cari 'pil penenanglah' ini macam... huhuhu

    heheheheh

    BalasPadam
  11. Haa...... begitulah peritnya hidup ni.

    Macam Tie ni, elaun dapur dah tak cukup. Asyik korek tabung je. Maklumlah, tahun ni semua ada exam, yuran tuisyen, kem motivasi lagi... mujurlah Tie ni jenis cermat (naik lift sikit), kalau tak lagi haru. Teringat harga telur dulu.... tapi sekarang ni, RM 2 dapat 5 biji je. Adoi laa... Tak sabor nak dok kampung, boleh start bela ayam itik dan tanam sayur.....

    BalasPadam
  12. Lepas ni kita ikat perut dengan kain batik/pelikat..lepas tu kita pergi minta sedekah kat rumah PM... Maza ada anak kecik, bawak sekali... buat muka kesian..untung-untung PM kita bersimpati dengan nasib kita...hehehe

    BalasPadam
  13. tak berapa reti tang ekonomi ni,,hehe

    HDR pakai software pe en maza?

    p/s : ada tag untuk en maza ye

    BalasPadam
  14. Maza, kalau kita tulis luahan hati paling dalam ini, selalu ada orang komen

    kena bersyukur, kena terimakasih pada kerajaan kerana bagi hospital, bagi jalanraya, bagi sekolah..bla..bla...

    kadang2 org tak faham antara tanggungjawap pemerintah pada rakyat

    p/s - faham perasaan ketua keluarga yg mengambil berat ttg keluarga

    BalasPadam
  15. Salam Kanda Maza.......

    Rakyat yg susah s`makin susah, sempot & sempit. Pemimpin & golongan kaya-raya yg kaya & senang-lenang b`tambah kaya-raya & mewah sana-sini.

    Semua bisnes t`jejas sejak b`berapa tahun lalu. Tak pulih2 juga even PM atau Pak Menteri2 m`jamin ekonomi telah s`makin pulih. Yang menanggung "k`sakitan perit" adalah RAKYAT.

    Kerana itulah byk t`jadinya kemelut atau penyakit2 sosial yg tiada noktahnya. Semuanya b`kait rapat.

    2010, belum m`jamin k`stabilan apa2 dlm k`hidupan. Ada yg sanggup m`bunuh diri sbb tak sanggup menanggung bebanan hutang. Projek MEGA sana-sini.......tapi masih ada rakyat yg hidupnya b`gantung dgn makan PASIR setiap hari. Kes ni mmg WUJUD di KEDAH.

    Moga ALLAH s.w.t pelihara & lindungi semua kita. Insya Allah.

    BalasPadam
  16. Kanda Maza......

    Try amalkan surah Al-Waqiah setiap kali lepas solat. Lepas tu baca pula Yassin s`sudah surah Al-Waqiah tu b`serta doa2 lain. D`tambah dgn surah2 lain pun lagi BAGUS.

    Apa pun, jgn risau sgt. Insya Allah, pasti ada pintu2 rezeki yg HALAL lagi bersih dari ceruk2 t`sembunyi d`buka utk golongan2 serba k`kurangan seperti kita. Hati juga tenang.

    :-)

    BalasPadam
  17. SUKAAAAAAAAAAA!!!!!
    cantik la gambar2 tu berHDR
    awan mmg sgt cantik!!!!

    BalasPadam
  18. Minyak naik lg..gula naik..
    Definitely rantaian ini takkan terhenti stkt ini shj..
    Ada lg rentetan nya..tunggu dan lihat..

    Next year GST will be coming..
    In fact selama nih pn kita dah byr dah GST
    (x percaya?cb tgk bill kfc, mcd etc..hehehe)

    Just wait n see…

    BalasPadam
  19. terima kasih adila..

    berkat tunjuk ajar Adila gak tu.. hehehhehe

    BalasPadam
  20. we paying GST ever since, yeap its very true..

    cuma worng tak perasan jerk... huhuhu

    BalasPadam
  21. WAH! best ni...

    terima kasih zyma..
    nanti maza amalkan sama, mudah2an kita jadi org2 soleh jua, kan!
    huhuhu

    BalasPadam
  22. aduhaii....

    tak mau lah sampai ada yg ramai2 bunuh membunuh dan mencabut nyawa sendiri.. huhuhu
    stress di tanah air sendiri yg di dakwa penuh dgn kekayaan... huhuhu

    BalasPadam
  23. terima kasih kak kujie..

    huhuhu
    sedih kan...

    BalasPadam
  24. maza guna software Corel Pro Paint jerk...
    baru bereksperimental..hehehe

    nanti tag itu maza rebat ya..
    terima kasih chegue..

    BalasPadam
  25. mungkinkah dia perasan kewujudn org seperti itu?

    atau sudah rabun? huhuhuhu
    sedih, kan!...

    BalasPadam
  26. Kak Tie, tempoh hari maza call org kampung, emak di kampung itu pun menjerit tau!

    dia cakap kalau harga gas LPG naik lagi, terpaksa dia turun ke belukar dan pinggiran hutan mencari kayu api...

    tu lah kan, org kampung tu masih ada pilihan, tapi worang di kampun baru di KL atau di bandar2 mcm fulaks.. huhuhu

    BalasPadam
  27. Ditto bro. Actually kalau boz2 semua tamak, mereka pun rugi juga sbb org ramai yg tak puas hati sbb tak cukup makan, so negara pun tak tenteram... in the end, pahem2 ajelah....

    BalasPadam
  28. Pandangan peribadi aku ekonomi Malaysia dan DUNIA khas nya memang tidak akan kembali pulih dan akan terus menurun hingga perang dunia ke 3....mungkin tidak???

    BalasPadam
  29. harga barang keperluan asas ni bila naik x turun2. Anu pun reti gak turun selepas abis tugas...(oppsss!!! sorry maza... terlebih 18SX sudah!)

    BalasPadam
  30. alahai.. janganlah mcam tu..

    tak mboh perang2 ni.. huhuhuhu

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini