"Bukan ke lagi dua bulan kita raya, bulan September nanti?" tanya Darling sambil makan kuaci, tersandar di atas sofa. Perutnya sudah berisi makan malam sebentar tadi.
"Aa'ah, puasa pun belum lagi, dah melambak-lambak iklan raya kat TV. Kat radio petang tadi pun sama. Kalau dulu-dulu, masa abah kecil, iklan raya ni cuma ke udara bila dua minggu lagi nak raya. Lagu raya pun sama. Start malam tujuh likur baru berkumandang kat corong radio," abah menjawab sambil matanya masih terpacak ke TV memandang pesanan komersial dari pengeluar minyak sapi di Malaysia.
"Dia orang buat strategi tu. Kan harga minyak, gas dan gula dah naik. Lagipun pola permintaan tahun ini untuk biskut, kuih raya dan baju raya menurun sedikit.
Ditambah lagi cuti semester sekolah dengan raya disatukan. Mana-mana yang ada anak besar yang bersekolah, cuti raya mereka setakat hari raya ketiga. Lepas tu kena balik ke sarang masing-masing.
Yang memeriahkan suasana kan budak-budak. Mak bapa budak pun terikut sama. Tu yang cuti raya sudah berkurangan masing-masing mengeluh!
Sepekara lagi, dia orang buat iklan awal-awal supaya pengguna meleleh air liur awal dan boleh budget perbelanjaan siang-siang. Kiranya beli awal-awal, buat stok awal-awal.
Lagipun trend sekarang ni berbelanja berdikit-dikit. Tak macam dulu, lagi tiga minggu raya, orang berbelanja sakan. Untuk maintan volume & momentum jualan mereka buat macam ni. Keluar iklan awal-awal!" maza membuat teori sendiri.
"WAH! Macam ni kita kena beli kuih raya awal-awal!" kata Darling.
"Hmm ... tak payah. Takut tak sampai raya dah tinggal seredak aje. Awak tu bukan boleh percaya. Kejap-kejap masuk ke dapur. Masuk dapur aje berlenggang makan kuih! Karang ada lak pinggang macam kembang semangkuk. Sudah! Tahun ni kita hidangkan lempeng dan jemput-jemput ikan bilis aje. Lagipun tahun ni cuti raya terhad. Tak ramai nak beraya ke rumah ni." celah maza pula.
Darling mencebikkan mulutnya, tanda protes dalam diam.
"Jangan takut. Nanti kita pow lah kuih mak kat kampung. Mak buat kuih sedap. Nanti kita bagilah modal sikit kat mak tu," pujuk maza sambil melemparkan senyuman manis.
"Habis kuih-kuih tahun lepas yang kita buat tu tak sedaplah? Tu buku resepi kita, bila kita nak praktikan?" rajuk Darling belum reda lagi.
"Pulak ..." maza mati kata.
camera: Pantex K1000
film: Kodak 35mm
ISO: 200
opps sebelum terlupa: Terima kasih denaihati kerna sudi menjadi pengikut maza.. hehehe
Kalau media dah heboh & kecoh pasal iklan raya.. Top blogger pun dah sibuk adjust keyword pasal puasa & raya :D
BalasPadamPart raya jangan dibuat main.. nanti boleh gaduh besar laki bini! Haha..
wakakak.. ya betul!
BalasPadamtak kiralah pengantin baru atau pun sudah berpuluh kawen ya tak?
pasal raya jer, boleh tarik muncung berjela-jela..
heheheh
biasalah tu.. strategi meniaga.. belum puasa lagi dah start citer kuih raya
BalasPadamtakut gak bang..nanti puasa kerana raya, bukan ibadah lagi..
BalasPadamsepatutnya raya itu meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa..bukannya kemenangan dapat membeli barangan yg baru2 dan mahal2 gitew.. huhuhu
psst: seram juga kalau semangat raya tiba2 hilang dek kerap sangat iklan raya.. tak thrill gitew.. heheheh
salam akhi maza....
BalasPadamtu belum bertekak nak balik raya kampong sapa dia lagi ... lagi kecoh ..
tak moh citer raya......huwaaa...huwaaa.....
BalasPadamTak de mood nak Raya.....
BalasPadamStart dr pas raya thn lps, sy dh berazam tak nk wat or bli kuih raya..
BalasPadamSbb lbh byk yg dibuang dr yg dimkn..
Lg pn, trend skrg nih, kalu org beraya kan kita bg makanan n kuih2 basah..
So, ada ar alternative lain..hehehe
Cukup ar 3 thn membazir..
Bkn mrh kuih2 ry skrg nih..
raya... setiap hari raya... kat jalanraya
BalasPadamhehehe...
nak tart nanas!
BalasPadamdgn almond london dari msia psl london xde kuih tu ekekeekekek~
biasalah maza citer2 raya ni...selagi raya belum tiba selagi tu x abis citer.
BalasPadammood ray a tiap thn mmg ada tapi yg x ada nya ongkosnya..huhuhu.
uiks.. adik tecik sudah boleh balik tanah air...
BalasPadamboleh relaks2 dulu..
jadinya raya ini boleh raya kat tanah air juga.. lepas tu, boleh ler adik tecik makan berbalang2 kuih2 idama tersebut lorr... huhhu
tapi lepas itu kalau transform (mcm transformer gak ler) jadi badak hippo, ahaks.. sendiri mau panggil kren kasi angkat itu diri sendiri aaa.. hehehehhe
poket sudah pepes kan?
BalasPadamhuhuhu
ahaks.. benar tiada yg benar melainkan benar belaka.. hehehe
BalasPadamsudah termaktub dalam perjanjian surat nikah.. tak leh nak gaduh2 sakan lorr..
BalasPadamhehehehhe
tahun ini rumah abg, tahun depan rumah dinda, tahun hadapan rumah abg dan untuk tiga tahun akan datang rumah abg, kemudian rumah dinda.. hehehhehe
tak sedap kanns.. ahaha
BalasPadamSalam Maza, nasib baik nekcun dah tak ada anak-anak kecik yang nak disibukkan beli baju raya atau nak makan kueh raya!.. Nak makan pemanis-pemanis mulut masa buka puasa pun tak boleh nak banyak-banyak kerana nekcun dan atuk dah memang manis!... jadi, save budget!.. hehehe...
BalasPadamSemakin debab ye itu Aqhlan........
BalasPadam:)
klu ada duit, hari2 boleh raya...
BalasPadamjgn lupa kuih bangkit & kuih makmur...
Berkobar2 semangat raya tahun nih? Dah dua posting BERTURUT-TURUT menyentuh topik raya. Ada apa2 ke???
BalasPadamsy sambung masters bln 9 ni kat sini gak ekeke~
BalasPadamtp.. sempat kot jadi badak hippo dulu wakakaak~
sempat raya kat msia woyeeehh!!!
raya ke 3 sy nak kahwin. esoknya majlis di umah sy. jemputlah ke umah di kelantan...
BalasPadamwahh.. makan nasi minyak kita nampaknya ni..hehehhe
BalasPadaminsyallah daddy!
hehehehe... yg benaran sahaja dong bang mail...
BalasPadamraya tak balik muar ke?
semakin sihat.. alhamdulilah gitew.. heheheh
BalasPadamBudak-budak UPSR pun tak boleh raya tahun ni...
BalasPadamsetengah kata mak bapak itew, selamat duit raya aku!
BalasPadamaderkkkk...