Halaman

Isnin, 12 Julai 2010

Papan tanda sesat dalam petunjuk

Jun 2010
Taman Tun Dr. Ismail

Tempoh hari maza ada mission yang harus dilangsaikan. Maza teraba-raba mencari simpang yang menghala ke alamat yang hendak dituju.

Pening juga berpusing sana-sini mencari alamat yang satu itu. Ditambah pula dengan sikap vandalisme dan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang merosakkan papan tanda dan papan tunjuk arah. Papan nama jalan juga tidak terlepas terkena mushibah.

Habis bertepek-tepek dengan pelbagai iklan dan poster. Hatta iklan along dan pusat tukang urut berderet menutupi tulisan di papan tanda itu. Sampaikan papan tanda ke Masjid Al Ghufran yang gah itu pun juga menjadi mangsa.



Tulisan di papan tanda menjadi terhalang dan terkambus. Lantas menukarkan fungsi papan tanda daripada menyenangkan pengembara kepada teraba-raba mencari lokasi yang ditujuinya. Silap haribulan sesat sampai ke Bukit Belacan atau ke bulan pula. huhuhhu

Akhirnya daerah yang dilawati itu mendapat malu. Seolah-olah pihak berkuasa tempatan (dalam kes ini DBKL) gagal mengindahkan kawasan dan tidak membantu menjadikan kawasan tersebut mesra pelawat!

Ini belum lagi perihal papan tanda yang terhalang dengan pokok, tersorok ataupun terperosok di celah-celah bangunan.

Kegagalan memulihara dan menyelenggara papan-papan tanda ini telah menyebabkan wang rakyat yang dilaburkan untuk kemudahan itu menjadi lebur. Habis begitu sahaja.

Hal ini belum diperkirakan meletakkan papan tanda secara sebarangan. Sesetengahnya diletakkan secara bersimpang siur, bersepah dan sesuka hati hingga mengelirukan.

Di sesetengah tempat papan tandanya tidak mengikut piawaian yang seragam. Kadang-kadang saiz papan terlalu kecil dan tulisan halus-halus.

Itu belum lagi ada papan tanda tetapi selepas menjejaki beberapa jauh tiba-tiba penunjuk arah itu hilang entah ke mana!

Sebagai contoh dari dari Alor Setar jelas kelihatan papan tanda ke Bukit Kayu Hitam. Sebaik tiba di Changlon, tiba-tiba penujuk arah ke Bukit Kayu Hitam ghaib begitu sahaja. Ini menyebabkan ramai pengembara terkial-kial mencari arah! Apa lagi, maka bertambun-tambunlah maki hamun dihadapkan ke majlis tempatan.


Fenomena ini lumrah di negara ini. Namun keterbiasaan yang satu inilah telah mencacatkan negara. Ia membuatkan semua orang jengkel!

Pendek kata perkara yang remeh seperti ini sepatutnya tidak menjadi perkara besar jika pihak berkuasa cemerlang menyelenggara, menjaga dan bertindak efektif.

Begitu juga dengan awam, harus memelihara papan-papan tanda ini. Ia ibarat maruah sesebuah kawasan. Kalau papan tanda sudah penuh dengan daki, tempelan dan kotoran, seolah-olah ia menggambarkan kawasan itu penuh dengan onar, kemuraman atau ketidakamanan.

Kata seorang sahabat kepada maza, sewaktu dia pergi ke London, dia tidak pernah tersesat. Ini disebabkan papan tandanya begitu berkesan dan menunjuk arah tepat. Tetapi di Malaysia ada sesetengah tempat itu berlebih-lebihan papan tanda hingga mengelirukan dan membuatkan pengunjung sesat. Itu belum lagi papan tanda yang hilang, lesap dan lenyap dari pandangan.

Alahai kan?! huhuhu

Ralat
  1. Bukan semua orang mampu beli GPS
  2. Ada gadget GPS pun kalau tidak ada papan tanda petunjuk, kesukaran mencari lokasi menjadi beban berganda.

***Terima kasih Nizah Abdul Shukor, Pn. Azma, Cemara kerana sudi menjadi pengikut maza yang tak fofular ini.. hehehehehe



16 ulasan:

  1. Yang pastinya pihak PBT memang gagal mengekang masalah ini (vandalisme) daripada berlaku.

    BalasPadam
  2. tak fofulerr katanyerr.. ekeke

    BalasPadam
  3. kwn maza tu mesti sense of direction dia bagus
    sy slalu je sesat.. tu kalau jalan kaki la kan hiikkkss~
    psl sense of direction sy mmg ampeh~
    bila sesat, amik public transport orait la ekekek~

    BalasPadam
  4. uikss.. masih jauh keterbelakang daripada en.me itew..

    hehehehe

    BalasPadam
  5. entahnya kan?! huhuhu

    apa2 hal pun, benda yg ada org awam kenalah jaga juga, kan..

    BalasPadam
  6. wakakaka..

    nest time kena pasang sesungut.. kasi panjang sikit.
    biar berkesan radar itu mengesan laluan.. hehehhe

    BalasPadam
  7. Kalau orang yang tak biasa dgn taman tun ni memang mudah sangat nak sesat.. Duduk di KL, kalau tak pernah sesat, samada orang tu tak pernah keluar dan drive kete sendiri atau dia memang expert tentang jalan yang bersimpang siur. Betul kata Maza, kadang2 papan tanda dan petunjuk jalan mengelirukan

    BalasPadam
  8. Budak 8th Ex-Carlina14 Julai 2010 pada 9:44 PG

    Papan tanda membolehkan kita mencari along dgn senang, tapi akhirnya sesat dlm hutang....hehehe....

    BalasPadam
  9. WAH! Sungguh mendalam maksudnya tu.. Aku suka..
    & Aku setuju!

    heheheheh

    BalasPadam
  10. Patut ler maza tersesat!

    heheheheh

    BalasPadam
  11. Ooo... ingatkan PDRM tak buat kerja, rupanya orang lain.

    Salam ziarah dari Tie.

    BalasPadam
  12. mmg betul maza..tak semua org ada GPS..k.zue klu gi KL mmg slalu sesat.

    BalasPadam
  13. pss..lain kali kita pakai kompas pulak, apa mcm ek?

    hehehehhe

    BalasPadam
  14. uik... tu lain ...hehehe

    psst.. bukan tak buat kerja, buat... tapi kurang kemas.. mau kasi perbaiki.. kata worang lagi mau effisyen..

    sambil-sambil tu, jaga-jagalah tangan memasing jangan gatal2 membuat vandalisme.. huhuhu

    kan kak tie kan... hehehhe

    BalasPadam
  15. pasti maza sesat di tengah jalan...

    BalasPadam
  16. Pihak berkuasa kena buat sesuatu untuk pemantauan (mungkin cctv mcm kat London?)
    Selain daripada tu, sikap rakyat Malaysia masih lagi menyedihkan.

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini