Halaman

Jumaat, 9 Julai 2010

Dah bayar pada majlis tempatan, tapi masih tak terbela


Jun 2010 sehinggalah ke hari ini.

Al kisah taman permainan di sebelah rumah maza, bunga lalangnya sudah merimbun tinggi. Kalau salah lihat sudah seperti di tanah tinggi di utara India sana! Memutih sana sini.

Dua kali tengok, macam uban di kepala teman-teman seblog maza. (huhuhu...jangan marah aaaa...hehehehe)


Duit cukai pintu, maza sudah langsaikannya awal-awal walaupun tarikh akhir bayaran ialah Ogos 30, 2010.

Tetapi apa yang menyedihkan maza ialah taman yang satu itu masih tak berbela oleh Majlis Perbandaran Petaling Jaya!

Semalu merata-rata di sana sini. Ia terbiar bermaharajalela. Ada tu sudah meninggi melepasi umbun-umbun kepala si kucing belang. Semalu itu juga sudah tidak malu-malu lagi. Tak segan mahu mencucuk kaki dengan duri berbisanya itu.

Sungguhppun demikian, bagi photgrapher yang berumur setahun jagung ini, senario tersebut merupakan rahmat juga. Tak payah bersusah-payah mahu pergi ke taman bunga di Arga, India sana mahu dapatkan scenery yang cun-melecun! (Eh! Cun ke gambar-gambar itew? wakakakaka)



Dan tidak perlu juga pergi ke negara Hidustan sana untuk berguling-guling mencari Twinkle Khana mahupun Karisma Kapoor atau Kajol sebagai modell!

Kebetulan cuaca indah di petang hari tersebut. Jadi maza menggunakan segala upaya dan model yang ada untuk beraksi. Nah kengkawan saksikanlah aksi-aksi mereka yang lupa diri itu kekononnya mereka ini hero dan heroin cerita Hindustan. hehehehe ...




Kendapati pun begitu, MBPJ mestilah memastikan taman-taman permainan yang di bawah jagaannya sentiasa kemas, bersih dan tidak semak samun. Takut juga mahu membawa si bayi comel dan kanak-kanak riang. Takut-takut nanti ada yang kena patuk ular atau pun terserempak dengan gajah, harimau dan kuda belang di dalam semaknya yang merimbun itu.


Aduhai, kan... lagipun kita duduk di Majlis Perbandaran, kan? Tak elok sepah-sepah lorr.. kebun estate sana kat kampung pun reti bersih dan cantik, inikan pula bandar yang happening gitew! huhuhuhu.


16 ulasan:

  1. jangan ikut rasmi lalanggg.. ahaha

    BalasPadam
  2. nmpak gaya, kena gak la maza berterima kasih ngan majlis tempatan sbb meminjam scenery yg cantik itew utk sessi posing2. pas ni baru baru la gi komplen.hihi

    BalasPadam
  3. Kena buat Majlis gotong royong ni :D

    BalasPadam
  4. Ha! Itu mmg betol..
    Tapi lalang, makin berbunga makin tunduk juga.. Macam mana tuu :P

    Saya suka ambik gambar tempat berlalang nie :D

    BalasPadam
  5. eh!!! sameeeee laa
    haha

    tgh idea sama ke ni? hikssss~

    BalasPadam
  6. barangkali ada terdengar suara2 halus di bawa dari hembusan London suruh bikin entry yg hampir sama.. heheheh

    salam adila gitew..

    BalasPadam
  7. wakakka.. betul tu..

    tapi dengar kata org2 kat sini semuanya sakit pingang..
    jadi masing guna kuasa RM jerklah..

    lagipun kita kan dah bayar cukai gitew.. jadinya mereka perlu ler tunaikan tanggungjawabnya itu.. huhuhuhu

    BalasPadam
  8. wah nono suka tempat bersemak-semak ya?

    ahaks.. wink! wink! wink!...

    BalasPadam
  9. ahaks.. betul juga kan...

    boleh siap guling2 macam film shah rukh khan dlm kuch kuch hota hei.. hehehhe

    BalasPadam
  10. cun pe abang maza..

    lalang² tu ada juga faedahnya kan time nak bergambar..hoho

    Entri terbaru chekgu

    Dalam Hati Ada Taman, dalam Taman Ada Bunga

    BalasPadam
  11. tu lah namanya "tanam padi tumbuhnya lalang"..

    BalasPadam
  12. Wahhhhhhh, cantiknya gambar2 ni.....

    Sejuk mata memandang....

    :)

    BalasPadam
  13. hehehhehe

    syukur gitew, kan...

    meh ler naman upah maza tangkap gambar naman fulaks disemak samun itw...hehehehe

    BalasPadam
  14. kat nusantara dan beberapa buah negara africa menggunakan lalang sbgi atap tau daddy.. hehehhe

    tempat berlindung dri panas dan hujan gitw..

    BalasPadam
  15. ahaks!
    tersipu-sipu lak den ni ha...

    hehehe.......... terima kasih mama zyma itew...

    BalasPadam
  16. alang2 dah meredah rimbun2 tu...bawalah helicopter tu sekali.....libas apa yg patut..hehe

    peluh pun keluar, badan pun sihat

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini